BAB 2

Other Completed 1426

Walaupun, perubahan drastiknya itu dipandang serong oleh segelintir rakan sekolahnya.

“Tudung labuh bai! Bila insaf?”

“Wah, ustazah!”

“Eh, kau salah masuk sekolah ni. Ini bukan maahad.”

“Kau pakai tudung ke telekung ni? Labuh gila.”

Kehinaan demi kehinaan. Cacian demi cacian. Kata-kata perlian yang dilontarkan oleh mulut-mulut yang tiada insuran tidak pernah melemahkan imannya. Kini dia sedar, benarlah kata-kata Mak cik Milah. Tudung labuh ini memang untuk orang yang beragama. Kerana jika tidak beragama, akhlak seseorang itu pasti tidak dapat dijaga.

“Alhamdulillah. Aku sudah insaf. Kau, bila lagi?”

“Alhamdulillah. Terima kasih banyak sebab panggil aku ustazah. Nanti aku akan buka kelas agama. Kau boleh join. Demi kau, aku kasi diskaun. Apa macam?”

“Aku salah masuk sekolah? Patutlah terasa asing semacam. Akhir zaman ni, benda baik selalu dipandang asing.”

“Alhamdulillah. Tudung aku serupa telekung? Senang lah aku nak solat nanti. Kalau kau tiada telekung, aku boleh pinjamkan.”

Ya. Terukir senyuman di bibir nipisnya. Dalam waktu yang sama, hatinya pedih seperti dihiris-hiris dengan pisau.

Pakai tudung labuh pun salah ke?

Getus Khadijah. Soalan itu hanya dipendam. Allah ada jawapannya. Kerana Allah Maha Mengetahui.

Jarum jam tepat menunjukkan 11 pagi. Kelihatan ustazah Normah sedang memasuki kelas 5 Ikhsan dengan wajah yang tenang. “Assalamualaikum, ustazah.”

“Waalaikumussalam. Okey, imam? Tolong baca doa.”

“Kamal. Baca, kamal.” Pinta Afiq tiba-tiba. Dia cuba menyuruh kamal, satu-satunya pelajar lelaki yang pendiam dan pemalu di kelas itu untuk membaca doa belajar.

“Awak lah baca, Afiq. Suruh-suruh orang pula.” Balas ustazah normah. “Saya baca? Suara saya sedap sangat ni ustazah. Takut ustazah melting je..” satu kelas ketawa besar mendengar kata-kata Afiq yang seakan berkata besar dalam memuji diri sendiri. “haktuih!” “Sampai hati husin haktuih dekat saya. Merajuk ah macam ni, hm.” “Awak lah baca, Husin.” Semua pelajar yang dari tadi menadah tangan untuk berdoa tidak henti ketawa. Akhirnya, Husin yang membaca doa belajar sambil di-aminkan oleh pelajar-pelajar lain.

“Hari ini kita belajar bab 6, Hukum menutup aurat.”

“Tajuk ni memang sesuai untk kau, Ainul! Haha” bisik perlahan Balqis yang duduk di hadapan Ainul. Ainul menjeling.

“Okey, Dolah. Baca ayat kefahaman hadis itu. Surah An-Nur ayat 30-31.” Dolah atau nama sebenarnya Abdullah pun patuh dan membacanya dengan bertajwid.

“Dalam ayat itu Allah suruh lelaki dan perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan daripada memandang yang haram, memelihara kehormatan mereka..”

Tepat mata Ustazah Normah memandang beberapa orang pelajar lelaki yang suka memandang pelajar perempuan di belakang mejanya. Silalah terasa!

“Perempuan yang beriman juga tidak boleh memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir. Selain itu, kena tutup belahan leher bajunya dengan tudung mereka. Haa, saya tengok remaja baya awak semua ni suka pakai tudung. Tetapi, nampak leher. Patutnya pin la, atau jahit terus..”

Perkara ini nampak biasa. Selalu sangat berlaku. Sedangkan Allah sudah pesan awal-awal. Tutup!

“Akhir zaman, ustazah..” satu suara muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience