BAB 7

Romance Completed 16502

4 tahun kemudian.

Langit berwarna biru lembut. Sangat mendamaikan. Sedamai hati Mia. Dengan terbentangnya laut biru dihadapan mata. Subhanallah. Allah bagi nikmat mata untuk melihat ciptaan Dia dan nikmat hidup untuk terus memuji Dia.

“Hai.”

Mia memalingkan muka untuk melihat orang yang menegur dia.

“Hai.”

Mia senyum manis.

“Boleh saya duduk.”

Tanya si Jejaka.

Mia hanya menganguk.

“Flight awak besok kan?”

Mia mengangguk.

“Awak?”

“Sama.”

Keadaan kembali sunyi. Mereka hanya diam untuk menikmati saat-saat akhir dibumi dibawah bayu ni. Setelah 2 tahun bertungkus lumus menyiapkan master, akhirnya dia berjaya. Dan si Jejaka sebelahnya inilah yang banyak membantu semenjak dia menjejakkan kaki diuniversiti disitu.

“Mia, saya nak cakap sikit.”

“Awak nak cakap apa, Haikal?”

Haikal resah. Tangan digenggam kemas sambil membetulkan duduk. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan perlahan nak hilangkan gemuruh.

“Saya dah lama sukakan awak, dan cintakan awak. Sudikah awak menjadi peneman saya didunia dan bidadari saya di akhirat nanti?”

Haikal bertanya lancar pada Mia yang tercengang disebelah dia.

Mia terlopong.

Haikal bangun dari duduk. Dia berlutut pulak dihadapan Mia.

“Mia, saya ikhlas nak peristerikan awak. Saya janji! Saya akan setia hingga akhir hayat saya.”

Ikhlas Haikal berkata. Anak mata Mia mula bergenang.

Janji? ‘Si dia’ tu pun pernah berjanji. Tapi …

“Awak, saya tak boleh.”

Mia berkata perlahan. Lengan baju Haikal ditarik agar bangun dari berlutut dan duduk disebelah dia.

“Kenapa?”

“Saya tak layak untuk awak”

“Kenapa?”

“Saya janda. Saya pernah berkahwin,” perit.

Tapi dia terpaksa berterus terang. Iya, dia dan Rayyan dah bercerai empat tahun lepas. Dua bulan lepas bercerai, Rayyan berkahwin dengan kekasih hati, Lisa. Itu sahaja yang dia tahu. Selebihnya dia melarang Mama dan Abah untuk terus bercerita. Dia tak sanggup dan dia terus membawa diri kesini. Sabah. Ibu dan Ayah Rayyan pula mengamuk habis bila tahu mereka bercerai dan kecewa bila dapat tahu sebab Rayyan ceraikan dia.

Haikal tarik nafas panjang.

“Saya tahu.”

“Saya terbaca dokumen penceraian awak ketika awak mintak tolong saya ambilkan fail awak dulu. Saya mintak maaf”

“Tak apa. Benda dah lepas.”

“Saya tak kisah awak pernah kahwin ke apa ke. Saya tetap nak teruskan jugak niat untuk jadikan awak isteri saya. Saya betul-betul maksudkan niat saya ni Mia. Bagi la peluang pada saya untuk bahagiakan awak.”

Haikal pandang muka putih mulus Mia yang telah kemerahan kerana menangis.

Mia… kalau awak halal pada saya, saya yang akan lap air mata awak.

“Saya takut family awak tak boleh terima saya. Mesti dia nak anak teruna diorang kahwin dengan gadis.”

Mia menunduk. Dia rasa rendah diri walaupun umur dia masih muda. Namun… entah lah. Berat nak cakap.

“Family saya tak kisah. Mak saya lagi suka saya kahwin dengan awak. Dia tak sabar nak jadikan awak menantu dia.”

“Hah!” Cepatnya dia ni bertindak.

“Betul Mia. Saya dah bincang dulu dengan family saya. Tinggal tunggu jawapan dari awak je.”

Mia terkedu.

Haikal angkat tangan seperti orang bersumpah.

“Mia, walau apa pun kisah hidup awak yang lepas dengan bekas suami awak. Saya tak kisah. Malah, andai dia telah melukakan awak, saya sangup jadi penawar pada luka awak. Saya sangup! Please, bagi saya satu saja peluang.”

Mia menangis terharu. Cinta dia pada Rayyan dah lama terkubur. Dia dah lama gali dan timbus cinta Rayyan siap bertandakan batu nisan. Dia tak sangup untuk terus mencintai lelaki yang dah menjadi milik orang lain walaupun lelaki itu bekas suami.

Haikal mengeluh. Mia hanya diam merenung laut dari tadi. Adakah sebab Mia tak sudi? Dia mula rasa dah putus asa. Buat apa lagi dia menanti andai diri Mia sendiri masih mencintai bekas suami.

Haikal bangun dari kerusi. Lambat-lambat kaki melangkah meninggalkan tempat mereka berbual tadi.

Mia pelik. Ek? Nak kemana Haikal? Adakah sudah berputus asa?

“Haikal!”

Laung Mia. Haikal menoleh.

“Takkan dah putus asa kot? Perjalanan baru nak mula.”

Ujar Mia sambil pamer senyum manis kepada Haikal.

Haikal yang dah dapat tangkap kata-kata Mia tersenyum gembira. Dia berlari kearah Mia lalu berlutut.

“Mia, bersaksikan alam ciptaan Allah ni, saya berjanji dan InsyaAllah saya akan tunaikan selagi mampu. Saya akan terus mencintai awak. Dan terus setia berada disamping awak sampai akhir hayat saya.”

Haikal berkata yakin. Matanya bergenang air mata kerana terlampau gembira dengan jawapan Mia.

Mia pula, dah menangis terharu.

“Haikal, saya takut dengan janji sebab saya takut untuk dikecewakan sekali lagi. Tapi, saya harap, awak mampu bersabar dan terus membantu saya untuk mencintai awak.”

Kalau lah mereka halal. Dah lama Haikal tarik Mia dalam pelukan dia untuk memberhentikan tangisan Mia dan mengembirakan Mia.

I love you, please say

You love me too, these three words

They could change our lives forever

And I promise you that we will always be together

Till the end of time

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience