BAB 3

Romance Completed 16501

Bag galas yang berada dibahu dilurutkan dan dicampak keatas sofa diruang tamu rumah. Apartment yang dua minggu ditinggalkan kelihatan sangat bersepah.

Baju kemeja merata-rata, diatas sofa, ditepi TV. Pinggan dan cawan yang belum berbasuh penuh didalam singki. Bantal-bantal kecil yang sepatutnya berada disofa dah tercampak sana-sini. Ya Allah! Bersepahnya! Ini belum lagi tengok bilik!

Kaki melangkah pula ke arah bilik tidur yang berada dipenjuru rumah. Lemah semangat bila tengok bilik tidur lagi macam kapal lanun nak karam. Meja kerja dah tak macam meja, macam tong sampah.

“Abang, bangun.”

Dengan lembut Mia mengejutkan Rayyan yang sedang tidur diatas katil, siap ber-comforter bagai. Rayyan diam. Tak bergerak. Kaki Rayyan dicuit lagi.

“Abang!” Mia menguatkan suara.

Sayup-sayup Rayyan dengar suara Mia. Mia! Dia dah balik! Dengan cepat dia membuka mata. Terhidang matanya dengan muka Mia yang tengah marah sambil bercekak pinggang. Mata ditenyeh-tenyeh lagi. Betul ke ni Mia?

“Abang! Wake up now!” Mia bersuara geram.

“Mia? What’s wrong?”

Rayyan blur! Balik-balik nak marah-marah. Dua minggu dia tak balik rumah, sepatutnya Rayyan yang marah, baru nak protes dekat Mia.

Mia angkat kening.

“What’s wrong? Cuba abang tengok rumah kita ni jadi macam mana? Bersepah macam baru lepas kena rompak! Baru dua minggu Mia tak balik, abang jadi macam ni. Tak terurus! Selama ni boleh je hidup sorang-sorang waktu Mia belajar. Kenapa sekarang jadi macam ni?”

Mia dah mula nak membebel. Sejak hidup dengan Rayyan Hakim ni mulut dia dah jadi macam Mama, suka membebel. Betul la orang kata, bila kita dah ada tanggungjawab ni dengan sendirinya sifat nak menegur a.k.a nak membebel wujud dalam diri.

Rayyan tarik tangan Mia menyebabkan Mia terduduk diriba Rayyan diatas katil. Pinggang Mia dipeluk erat sebelum dengan selambanya Rayyan cium pipi kiri Mia. Mia terkedu. Benda ni berlaku dengan pantas sampai dia tak boleh elak.

“Abang rindu Mia.”

Rayyan bersuara perlahan ditelinga kiri Mia. Mia mengeluh perlahan. Aduh! Sifat mengedik Rayyan dah datang.

Mia mengusap pipi Rayyan perlahan.

“Abang, Mia kan dah sem last. So, banyak kerja la nak kena buat. Assignment lagi, projek lagi, presentation lagi, lepas tu subjek makin payah la sekarang so, kena ar selalu bertapa kat library.”

Rayyan tarik badan Mia pula untuk baring disebelah dia.

“Abang tahu, tu sebab abang tak nak paksa Mia balik rumah kita ni”

Mia tersenyum. Bersyukur dapat suami yang memahami seperti Rayyan.

Dia dan Rayyan bukan kahwin atas dasar suka sama suka atau kahwin paksa. Entah. Dia pun tak tahu macam mana boleh kahwin. Yang pasti, setahun lepas, dia dipinang oleh keluarga Rayyan, mama dan Abah tanya pendapat dia. Dia hanya bersetuju. Mungkin sebab dah sampai waktu dan jodoh dia.

Rayyan pula, Ibu yang carikan jodoh untuk dia. Rayyan yang baru habis master ketika itu pada mulanya tak mahu berkahwin. Tapi bila Ibu mula buat iklan ciri-ciri menantu pilihan dekat dia. Cepat-cepat dia kata terpulang pada Ibu asalkan yang baik. Apatah lagi bila dia terbaca tentang…

“Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.”

Rayyan rasa dia dah sedia untuk mengalas tanggungjawab tu. Alhamdulillah pilihan ibu tepat. Mia Adila gadis yang sopan dan baik. Yang memenuhi tuntutan dia zahir dan batin. Hehehe.

“Mia, kenapa semalam masuk kelas abang lambat? Abang risau tahu! Ingat apa la terjadi dekat Mia sebab pagi tu abang telefon Mia elok jer berborak.”

Muka Mia ditenung. Rambut Mia diusap lembut.

Mia senyum lagi pada Encik Suami yang berbaring disebelah dia.

“Alia jatuh dalam toilet, Mia tolong hantar pergi klinik tu jer.”

Mia berkata selamba. Pipi Rayyan diusap lembut. Rindu sangat pada suami dia ni.

Terkejut Rayyan.

“Kenapa Mia tak cakap? Kan dah kena halau.”

“Ala, benda kecil jer pun. Tak pa. Time ni la merasa nak ponteng kelas. Haha.”

Mia tergelak kecil bila tengok muka geram Rayyan.

“Amboi, ada niat nak ponteng ek!” Pipi Mia dicubit geram.

Mia menjerit kecil.

“Sakit la!”

Merah pipi Mia dibuatnya. Lama-lama gelebeh pipi aku! Rayyan gelak. Rindu Mia!

Mia bangun dari berbaring. Muka Rayyan dipandang tajam.

“Abang! Kemas rumah sekarang!”

Rayyan tercengang. Ala! Spoil mood betul. Baru nak bermanja.

“Jangan nak buat muka macam tu. Siapa suruh buat sepah, kemas sekarang. Mia nak pergi masak ni. Bangun! Bangun dari katil ni.”

Mia tarik-tarik tangan Rayyan agar duduk. Tapi badan Rayyan macam apa jer. Tak bergerak langsung. Saja Rayyan buat-buat malas.

“Abang!”

“Okey..okey.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience