BAB 8

Romance Completed 16501

“Sayang, auntie mintak maaf.”

Kata Mia sambil cuba membangunkan budak perempuan kecil yang jatuh terduduk kerana terlangar kaki dia. Budak kecil perempuan, sangat comel. Dengan rambut tocang dua, siap ada klip rambut Hello Kitty.

Budak kecil tu hanya mengangguk. Mata dia melilau mencari orang yang dia kenali. Semua wajah-wajah yang dia tak kenal. Dia mula rasa takut lalu menangis kuat.

“Sayang, jangan nangis. Auntie tak sengaja. Nama siapa?”

Kata Mia sambil membawa budak tu ketepi kerana tadi mereka menghalang laluan orang ramai didalam shopping complex tersebut.

“Mia Liana.”

“Okey Mia, nama auntie pun Mia. Kita kawan nak?”

Mia menghulurkan tangan untuk berkawan. Mia Liana dah berhenti menangis lalu salam tangan Mia.

“Mana papa Mia?”

Mia Liana hanya mengeleng.

“Jom, auntie tolong carikan papa Mia.”

Badan Mia Liana didukung Mia. Mungkin Mia ni tiga tahun lebih kot.

“Mia!”

Mia menoleh. Dia terkedu. Rayyan? Rayyan juga seolah-olah terkejut nampak dia.

“Papa.”

Ucap Mia Liana membuatkan Mia makin terkedu. Papa?

Perlahan-lahan Mia Liana diturunkan dari dukungan. Berlari si kecil kepada Rayyan lalu memeluk kaki Rayyan. Rayyan mengangkat si kecil lalu cium kepala Mia Liana bertalu-talu.

Mia sayu. Segera dia berpusing untuk pergi dari sini. Namun, langkah kaki dia terhenti bila ada tangan yang memegang lengan dia.

“Mia, lama tak jumpa.”

Ucap Rayyan. Mia pamer senyum manis tapi nampak sangat janggal.

“Tak sangka Mia Liana anak awak.”

Balas Mia bersahaja. Kawal diri Mia! Jangan kecut sangat.

Rayyan hanya tersenyum kelat. Awak? Mana panggilan abang selama ni? Dah 4 tahun dah Rayyan. Mungkin Mia dah ada orang lain.

“Mana Lisa?”

Tanya Mia lagi. Sekadar berbasa-basi.

Air muka Rayyan berubah mendung.

“Dia dah tinggalkan abang.”

Jawab Rayyan lemah. Mia terkejut.

“Mia tak faham.”

“Dia kahwin dengan abang semata nak hidup senang dan selesaikan hutang dia dekat along. Lepas setahun kitorang kahwin, dan lepas dia melahirkan Mia dia terus tinggalkan abang dan Mia.”

Cerita Rayyan lagi. Mia Liana hanya diam berada dipangku Rayyan sambil kepala terlentok didada Rayyan.

Rayyan masih segak macam dulu, walaupun nampak lesu. Mungkin penat menguruskan Mia Liana seorang diri. Padahal selama ni, di rumah Rayyan umpama budak kecil yang tahu membuat sepah rumah dan tidak tahu memasak. Bagaimanakah hidup lelaki itu bila Lisa dah tinggalkan dia?

“Mia mintak maaf. Mia tak tahu.”

Mia serba salah. Kesian Rayyan.

“Okeylah, Mia dah lambat ni. Mia pergi dulu.”

Terus Mia meminta diri apabila teringat akan Haikal yang dah lama tunggu dia di food court. Dia sebenarnya nak pergi beli novel di MPH tetapi terlanggar pula dengan Mia Liana.

“Mia.”

Mia menoleh kembali kepada Rayyan. Kening diangkat tanda bertanya.

“Boleh tak kita kembali macam dulu?”

Mia tergamam. Kembali macam dulu? Mustahil!

“Sayang!”

Mia menoleh pula kebelakang bila dia terdengar suara yang dikenali. Haikal!

Haikal meluru kearah Mia lalu menarik dalam pelukan. Orang sekeliling yang memandang tidak dihiraukan. Risau dia bila nak dekat setengah jam menunggu Mia masih tak muncul. Bila dicari di MPH batang hidung Mia pun dia tak nampak.

“Haikal, orang pandang.”

Bisik Mia yang masih tenggelam dalam pelukan Haikal.

Haikal melepaskan Mia. Dia tersengih sambil garu belakang kepala.

“Sorry, saya risaukan awak. Mana awak pergi? Ni sape?”

Tanya Haikal sambil memandang Rayyan dan Mia silih berganti.

“Karl, ni Rayyan. Rayyan, ni Haikal. Suami saya.”

Rayyan tersenyum paksa sambil menyambut huluran tangan Haikal.

“Bila korang kahwin? Tak ajak pun.”

“3 bulan lepas. Saya ada pos kad kahwin kami kat rumah ibu dan ayah.”

Terang Mia. Haikal yang disebelah hanya tenang berdiri, tangan dia dipinggang Mia dipeluk erat. Cemburu bila tengok Rayyan seperti ada hati pada isteri dia.

“Kami balik dulu. Bye Mia! Auntie and uncle balik dulu tau.”

Pipi gebu milik Mia Liana dipegang sekejap lalu dia dan Haikal meninggalkan Rayyan dan Mia Liana disana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience