BAB 5

Romance Completed 16501

“Abang, langit mendung.”

Mia berkata perlahan. Kepala dia bersandar pada dada bidang Rayyan. Mereka sedang duduk berdua diberanda rumah sambil tengok langit. Aktiviti wajib Mia setiap petang lepas asar. Mia suka tengok langit.

“Mana ada mendung, sayang. Cerah jer abang tengok.”

Rayyan berkata polos. Mia diam.

‘Langit mendung dihati Mia, bang.’

Mia berkata dalam hati. Air mata yang nak menitis ditahan. Macam ni ke rasa sakit bila orang yang kita percaya buat kita. Macam ni kot rasanya heroin dalam novel bila tahu suami sendiri ada perempuan lain. Sakit jugak ek? Macam ada benda tersekat kat kerongkong dan dada ditumbuk kuat sampai senak. Air mata rasa nak mengalir tapi bila kena tahan dari keluar rasa dia sakit sangat!

Mia tarik nafas. Relaks Mia! Seorang wanita kena kuat! Tak boleh tunjuk lemah.

“Siapa perempuan ayu, tinggi-tinggi, putih, and pakai shawl yang selalu keluar dengan abang tu?”

Mia bertanya selamba. Padahal dalam hati rasa macam nak pecah hempedu!

Rayyan terkedu. Ya Allah, Mia nampak? Serta-merta dia cuba cari anak mata Mia untuk menjangka perasaan Mia waktu tu. Tapi Mia mendongakkan kepala untuk tengok langit. Lebih tepat untuk tak tengok mata Rayyan.

“Mia, jangan salah sangka, tu kawan sekolah dulu.”

Rayyan mengengam tangan Mia. Nak salur rasa kejujuran. Kejujuran? Hurmm…

“Jangan menipu abang, kawan sekolah apa kalau siap peluk pinggang, pegang tangan, makan bersuap. Kawan? Kalau Mia buat macam tu kat luar dengan Zairul boleh ke?”

Mia bertanya sinis. Zairul kawan sekolah dia yang paling dia rapat.

Rayyan diam.

“Jangan percaya cakap orang Mia.”

Mia mengeleng kepala.

“Mia tak percaya cakap orang abang. Mia percaya pada mata Mia sendiri.”

Tangan yang berada didalam genggaman Rayyan ditarik perlahan.

“Siapa dia?”

“Lisa, ex-girlfriend abang dulu. Serious! Mia, abang cuba nak elak dari dia. Tapi dia goda abang. Abang ingat, abang dah tak cintakan dia. Tapi, makin lama, abang rasa…”

“Shuush.”

Mia meletakkan jarinya dimulut Rayyan. Tak sanggup nak dengar pengakuan cinta dari mulut suami sendiri terhadap perempuan lain. Air mata dah bergenang dekat tubir mata. Tinggal tunggu masa untuk jatuh. Tapi bibir menarik senyum ikhlas untuk suami.

Langit. Bagi Mia, langit warna dia tak pernah berubah. Dengan kehadiran matahari, bulan, awan, dan bintang, maka, menambah kecantikan langit. Warna langit yang sebenar semua orang tak tahu selain Allah yang mencipta. Tapi dengan hadirnya Matahari, langit kelihatan terang kebiruan dilindungi oleh awan. Bila malam, matahari hilang. Langit gelap. Bulan datang menyuluh. Menerangkan langit yang kelam. Menjadikan langit cantik tambah pula dengan kehadiran bintang.

Mia rasa, manusia seperti langit. Hanya Allah dan manusia tu sendiri yang tahu diri sendiri, tapi kehadiran manusia sekeliling yang mewarnai dan mempengaruhi diri kita.

Langit Mia sekarang mendung dan mungkin akan ribut petir.

“Abang minta maaf Mia.”

Rayyan berkata perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience