BAB 1

Romance Completed 16501

Tepat jam 9 pagi, pintu dikuak kasar dari luar. Pelajar-pelajar yang sedang khusyuk belajar terganggu dek kehadiran seorang gadis yang sedang tercunggap-cunggap masuk ke dalam kelas. Baru lepas berlari je gayanya.

“Selamat pagi!”

Perli pensyarah muda yang berada dihadapan kelas.

Mia, hanya tersengih bersalah kerana masuk lewat setengah jam dari waktu kelas. Habis la dia! Mr. Rayyan memang anti benar dengan late comer. Mia garu belakang kepala yang dilapisi tudung.

“Kenapa lambat?”

Tanpa nada Rayyan bertanya kepada Mia. Pelajar-pelajar lain hanya diam tak menyampuk. Anis yang tahu sebab Mia lambat pun tak sanggup nak back up Mia bila tengok Mr Rayyan masuk mode mengamuk. Seram!

“Saya…saya..”

Tergagap-gagap Mia menjawab. Nak bagi tahu ke alasan? Nanti kang dia kata aku ni bagi alasan jer. Prinsip hidup aku ‘No excuse!’ sebab ikut diri kita untuk buat sesuatu. Aku yang pilih nak buat benda ni. Jadi aku yang kena ambil risiko.

“Saya salah.”

Mia berkata yakin sambil memandang tepat pada muka Rayyan. Rayyan angkat kening. Impressive! Mengaku salah sendiri.

“Okay. Then, get out!”

Rayyan pandang kearah pintu yang berada dibelakang Mia. Tak sanggup nak pandang muka penat Mia. Salah tetap salah. Tak kan lah dia nak berlaku tidak adil pada pelajar lain dengan menerima bulat-bulat pengakuan Mia.

Anis melopong. Mr Rayyan ni! Mia mengaku salah pun kena. Kalau tak mengaku pun dia kena jugak! Mia ada sebab la dia lambat!!! Rasa nak menjerit jer tengok Mia perlahan-lahan berpaling dan meninggalkan kelas. Kesian Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience