BAB 6

Romance Completed 16501

Mia hidup seperti biasa. Pergi kelas, balik kelas. Bila cukup hujung minggu balik rumah Rayyan. Rayyan. Bila sebut nama tu, rasa sakit mencucuk-cucuk datang balik kat dada. Alia dan Anis dah lali tengok Mia menangis setiap malam. Tapi besoknya, kembali ceria. Pelik! Manusia bernama Mia Adila memang pelik.

Mia layan Rayyan seperti biasa. Sama macam dulu. Tak ada yang berubah sedikit pun. Rayyan dah mula jarang jumpa Lisa. Tapi Mia sedar, setiap malam Rayyan mesej dan telefon perempuan tu. Mia hanya senyum. Dalam hati, tuhan yang tahu. Betapa hancurnya hati Mia. Hanya jasad Rayyan yang berada didepan mata dia, tapi hati dan fikiran Rayyan hanya pada Lisa.

Mia sebenarnya memerlukan masa memikirkan rancangan dia. Tapi dia kena kuat.

Betul la kata orang, ‘kau cakap senang la! Nak mintak cerai konon kalau suami curang. Cuba kena kat batang hidung kau! Lelaki yang kau sayang, susah weh! Nak mintak cerai!’

Dush! Kena batang hidung sekali. Memang payah. Tapi dari dia merana sebab jealous baik dia cari kehidupan baru. Tapi! Aku baru 23 tahun kot! Tak kan la nak jadi janda!

Daripada bersuami tapi kau menangis setiap malam. Lama-lama suami pun jemu tengok muka sembab kau tak berseri langsung!

Banyak tapi la kau ni Mia!

Mintak petunjuk Allah, Mintak Allah lapangkan dada.

‘Ya Allah, kenapa kau uji aku dengan ujian ini Ya Allah. Kuatkanlah aku. Mama, abah, Mia mintak maaf. Mia tak mampu nak pertahankan lagi perkahwinan Mia. Mia tak mampu. Mia nak balik langit biru Mia yang tenang, Mia nak bahagia Mia balik.’

Rintih hati Mia.

Mia menarik nafas perlahan sebelum memanggil Rayyan.

“Abang, Mia nak tanya sikit.”

Rayyan yang sedang membaca mengangkat kepala memandang Mia yang sedang berada diatas katil.

“Tanya apa?”

“Abang, sayang Mia?”

Lambat-lambat Mia bertanya.

Rayyan sekadar mengangguk lalu meneruskan bacaan.

Mia senyum.

‘Abang, Mia nak abang yang dulu. Yang selalu cakap sayang kat Mia, selalu telefon Mia tanya khabar kat asrama. Tanya Mia apa Mia buat hari-hari.’

Mia berdehem sebelum meneruskan soalan lagi.

“Abang, masih cintakan Mia?”

Rayyan terkedu sebentar.

“Apa punya jenis soalan ni Mia? Cinta, sayang, sama je kan”

Mia masih senyum. Tapi, hambar.

‘Tak sama abang. Sayang? Semua orang kita boleh sayang. Tapi cinta? Hanya pada yang layak.’

Rayyan meneruskan bacaan. Mia yang terus memandang kearahnya dibiarkan.

“Mia nampak abang tadi. Jalan dengan Lisa.”

Perlahan Mia memberitahu. Sayu. Rayyan kata dia ada kelas ganti, so, tak dapat nak balik sama dengan Mia. Tapi rupanya, Allah nak tunjuk kat Mia yang Rayyan keluar dengan Lisa. Wahai hati, jangan bersedih. Kau kena kuat!

Rayyan diam. Sebelum mengeluh panjang. Buku ditangan ditutup. Perlahan kaki melangkah kearah Mia.

Mia hanya memandang lesu pergerakan Rayyan.

Tangan Mia digengam Rayyan erat.

Kenapa abang? Abang nak hancurkan lagi hati Mia ke?

“Mia, abang…”

Rayyan menelan liur. Perit rasa tekak.

Mia mengangkat kening bertanya kenapa?

“Abang… abang nak…”

“Nak apa?”

“Abang nak kahwin dengan Lisa.”

Senafas Rayyan menuturkan. Mia pejam mata.

Setitis air mata Mia jatuh terkena tangan Rayyan yang masih memegang erat tangan Mia.

Akhirnya… Abang dah cakap benda yang paling Mia takut dan tak nak dengar.

“Mia?”

Rayyan seka air mata Mia dipipi dengan jari.

“Abang mintak maaf Mia.”

Mia buka mata sambil menghadiahkan Rayyan dengan senyuman ikhlas.

“Tak ada apa yang perlu Mia maafkan abang. Abang tak buat salah pun.”

Pipi Rayyan diusap Mia lembut.

“Habis, kenapa Mia nangis? Mia boleh ke terima semua ni?”

Seperti orang lurus Rayyan bertanya.

Mia menarik nafas berat. Abang… sayu hati dia. Alia, Anis! Aku nak korang. Aku nak pinjam bahu untuk menangis.

“Abang, Mia nak bagitahu. Orang perempuan ni mana ada yang boleh terima benda macam ni dengan sekelip mata. Dia perlukan masa untuk hadam. Mia pun. Sudah tentu Mia tak boleh terima abang. Tapi, kalau Mia marah-marah, tak terima, Mia tak sanggup nak tanggung dosa Mia sebab marah abang. Mia tak sanggup nak tengok abang tanggung dosa tipu Mia lagi. Mia tak sanggup abang terus berdosa keluar dengan bukan muhrim. Mia redha kalau ini jalan hidup Mia.”

“Mia, abang mintak maaf.”

Rayyan memeluk erat badan Mia. Mia dah teresak-esak.

“Abang, Mia nak abang bahagia. Abang happy tak selama hidup dengan Mia?”

Rayyan mengangguk. Mata dia dah berair dan merah. Sedih melihat Mia.

“Abang, cintakan Lisa?” perit. Tapi terpaksa bertanya.

Perlahan Rayyan mengangguk. Menitis air mata lagi. Kuatkan aku Ya Allah.

“Abang bahagia dengan dia?”

Angguk.

“Abang, Mia pernah mintak sesuatu ke selama ni dengan abang?”

Rayyan menggeleng. Mia tak pernah meminta. Dia yang memberi.

“Mia nak mintak tolong abang boleh?”

“Apa?”

Mia tarik nafas dan lepaskan perlahan. Rayyan masih setia menunggu permintaan Mia.

“Lepaskan Mia.”

“Mia!”

Rayyan tersentak. Kenapa? Adakah sebab dia mintak nak kahwin dengan Lisa?

“Abang, please? Abang je yang boleh tolong Mia. Orang lain tak boleh.”

“Kenapa? Mia tak sayang kan abang dah ke?”

Air mata Mia dah bertakung.

Mia jangan menangis! Jangan menangis depan dia. Buat malu kaum wanita je.

“Mia sayang abang. Malah Mia cintakan abang sangat-sangat. Sebab tu Mia mintak.”

“Merepek! Kalau sayang Mia takkan mintak macam tu.”

“Mia nak abang bahagia tu sebab Mia mintak. Abang boleh kahwin dengan Lisa lepas ni.”

Tangan Mia ditarik dan digengam erat.

“Abang bahagia dengan adanya Mia.”

“Abang, kalau abang bahagia dengan Mia, abang tak kan cari Lisa. Abang please! Cubalah faham hati dan perasaan Mia bang. Mia tak boleh. Mia tak sanggup kongsi abang. Please bang.”

Mia merayu. Tangan Rayyan digoncangkan perlahan.

Rayyan mengeleng.

“No! And never!”

Air mata Mia tumpah juga.

“Abang. Mia bagi abang cari bahagia abang yang baru. Mia bahagia kalau abang bahagia. Tapi, bukan tempat Mia tengok abang bahagia dihadapan Mia. Sebab mungkin nanti Mia yang tak mampu bahagiakan abang lagi. Biarlah…biarlah Mia hanya jadi penonton kebahagiaan abang dari jauh. Dan bagilah Mia cari bahagia Mia pulak abang.”

“Mia boleh cuba.”

Ujar Rayyan. Alangkah semudah itu. Hati Mia masih tak kuat untuk membahagikan kasih dan cinta abang.

“Mia tak boleh! Sebab Mia dah lama dah cuba untuk terima. Tapi masih tak boleh. Mia dah mencuba sejak dapat tahu abang dah jumpa kekasih hati abang balik. Sebelum abang kahwin dengan Lisa pun, abang dah tak berlaku adil pada Mia. Abang tipu Mia, abang dah tak contact Mia, abang dah tak tanya khabar Mia. Abang, adil bukan hanya pada nafkah zahir dan batin. Tapi poligami juga memerlukan adil dalam berkasih sayang abang. Mia rasa abang tak akan mampu. Dan Mia apatah lagi. Sebelum kahwin Mia dah cemburu dengan Lisa patah lagi bila dia dah kahwin dengan abang.”

“Mia, abang penat. Nak tidur.”

Rayyan merebahkan kepala dibantal dan baring membelakangi Mia. Sedih dan sentap hati bila dengar kata-kata Mia tadi. Aku dah buat Mia tak bahagia. Mana janji kau dulu Rayyan!!!

Mia masih teresak-esak dipenjuru katil.

“Abang, Mia minta maaf. Tapi cuma satu yang Mia mintak. Bagilah bahagia Mia pula selepas ni, seperti mana Mia bagi bahagia abang dengan Lisa. Hanya abang yang boleh kembalikan langit biru Mia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience