BAB 5

Short Story Completed 195

Pap!

Kotak di tangannya terlepas.

Matanya terbuntang tidak percaya.

Mulutnya terus terkunci, tidak tahu hendak berkata apa.

Lelaki ini….

Lelaki itu tersenyum memandangnya. Senyum yang mendamaikan, di wajahnya yang … pucat?

“Saya Ayub. Abdul Ayub.” Suara lelaki itu menyedarkannya.

“Aku Mu’az.” Dia pula memperkenalkan diri. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki itu dari atas ke bawah.

Kakinya tidak memijak tanah, bukan kerana dia boleh terbang, tidak, tetapi kerana dia menaiki kerusi roda. Kakinya lumpuh.

Begitu juga dengan tangan kirinya yang tersadai lemah di atas kerusi roda. Lumpuh. Longlai.

Mata kirinya rosak teruk. Kosong tanpa sinar cahaya. Pipi kirinya kelihatan bengkak. Dan mulutnya senget ke kanan. Terjungkit sedikit.

Wajah itu pucat. Bibirnya biru lebam. Matanya seakan menceritakan seribu satu kesakitan yang dideritainya.

Tetapi bibirnya masih cuba tersenyum.

Lelaki inikah yang kata-katanya, dapat menyentuh ke dasar jiwanya? Ops. Bukan lelaki, tapi budak lelaki. Usianya mungkin sekitar 17 tahun, 3 tahun lebih muda daripadanya.

Allahu Akbar!

“Mari ke rumah saya, Husni !” Abdul Ayub bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience