BAB 1

Short Story Completed 195

Seringkali aku bertanya pada diri sendiri dan adakalanya aku akan mulakan perbualan dengan Tuhan. Persoalan yang tak pernah lekang dari bibirku adalah, kenapa mesti aku? Ya kenapa mesti aku yang menerima ujian ini?

Itulah persoalan yang kerap dia lontarkan. Hidupnya tidak seperti orang lain yang indah seperti pelangi. Penuh dengan warna-warni. Hidupnya hanya diwarnai dengan tona gelap. Pelangi tidak pernah memunculkan diri. Gerimis kejam terus turun merampas semua yang dimilikinya. Kenapa Allah berbuat begini kepadanya?

Mula-mula, Allah telah mengambil ibunya. Sedari kecil, dia tidak berpeluang merasai kehangatan belaian seorang ibu. Namun, dia redha. Kemudian, Allah telah menetapkan dia lahir dalam keluarga miskin. Dia redha. Bila Allah menitipkan ujian berupa fitnah, tohmahan dan bermacam-macam lagi di setiap hentian hidupnya, dia juga redha. Dia tidak pernah mengeluh. Dia menerimanya dengan sabar. Hingga Husni rnya, cahaya hidupnya, gurunya, satu-satunya adik-beradiknya, abangnya, pergi menghadap Ilahi. Hidupnya terasa kelam. Dunianya terasa gelap. Dia seorang yang baik, taat kepada agama, selalu berjemaah di masjid, kenapa Allah membalasnya dengan ini? Inikah keadilan? Inikah ganjaran yang diperoleh dengan menjadi seorang hamba yang baik? Dan selepas itu, hidupnya menjadi tidak tentu arah. Musibah demi musibah menimpanya silih berganti. Hingga dia Husni rnya menjadi serang yang berputus asa.

Dan kini dia disini. Di lorong sempit dan berbau busuk. Di sebelah timbunan sampah yang menggunung. Tidurnya beralaskan kotak-kotak yang dibuang orang. Kerjanya kini hanya baring meratapi nasibnya yang dirasakan malang. Berfikir, mengapa Husni rnya dia ditakdirkan begini sedangkan dia seorang muslim yang taat. Mengapa?

Itulah kehidupan dia, seorang lelaki yang berputus asa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience