Cahaya matahari pagi menerobos masuk melalui liang-liang kotak. Namun, cahaya itu langsung tidak mengganggu lena si penghuninya yang lena dibuai mimpi. Baginya siang atau malam, tiada bezanya. Semua diisi dengan tidur.
“Assalamualaikum, Husni .” Satu suara lembut menyentuh gegendang telinganya. Dia menarik kotak yang menutupi kepalanya. Ah, siapa yang mengganggu tidurnya di pagi yang nyaman ini?
“Assalamualaikum. Husni , Husni …” Suara itu memanggil lagi. Dia menggeliat sedikit. Kemudian, dia membatukan tubuhnya. Siapa yang peduli dengan lelaki jalanan sepertinya? Yang berbau hapak, selekeh, berambut serabai dan comot?
“Husni , boleh kita berbicara sebentar?” Suara itu lagi.
Dia mendengus kasar. Dia hairan. Kenapa lelaki ini bersungguh-sungguh menegurnya? Apakah yang lelaki itu mahu?
“Husni ?” Dia dapat merasakan seseorang sedang merapatinya.
“Apa yang kau mahu?” Dia bersuara dingin. Mengalah dengan ketidakputusasaan lelaki itu. Dia sedikit kagum. Kerana dia seorang yang berputus asa.
“Saya hanya mahu bersembang.” Suara itu kedengaran mesra.
Dia mengangkat kening. Dia menegur hanya kerana mahu bersembang? Aneh. Siapa lelaki gila ini?
“Heh, sudah matikah semua orang sehingga engkau terpaksa mengajakku untuk menemanimu bersembang?” Dia bersuara dengan kepala masih di dalam kotak.
Lelaki itu tertawa. “ Tidak. Tetapi dari berjuta-juta orang, Allah telah menghantarkan saya untuk bersembang dengan Husni .”
“Allah yang telah membuatkan aku begini?” Dia bersuara sinis.
“Ketahuilah, ada hikmah di sebalik semua ini. Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia.”
“Oh, ya? Justeru, apa hikmahnya?”
“Hikmahnya terlalu besar untuk hamba yang kerdil seperti kita ini memikirkannya.”
“Sudahlah. Aku sudah bosan mendengarnya.”
“Husni , bagaimana kalau Allah membalas musibah yang ditimpakan ke atas Husni dengan kehidupan di syurga yang kekal abadi? Adakah Husni masih mengidamkan dunia yang sementara ini?”
Dia tersentak. “Tetapi kenapa mesti aku yang ditimpa musibah. Aku seorang yang rajin beribadah, taat perintah Allah, sering bertahajjud tetapi kenapa aku yang ditimpakan segala kesusahan?”
“Sebab Husni seorang yang rajin beribadah, taat perintah Allah, sering bertahajjudlah Allah memberikan Husni musibah dan ujian. Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian. Dan apabila Allah suka kepada kaum itu, mereka diuji. Jika mereka redha Allah redha kepadanya, dan jika dia marah, Allah pun marah kepadanya.’ Cuba kita fikirkan. Nabi Ayub a.s ditimpa musibah yang dahsyat. Sedahsyat-dahsyat musibah yang Husni terima tetap tidak dapat menandingi musibah Nabi Allah, Ayub a.s. Harta bendanya musnah, anak-anaknya mati, tubuhnya berpenyakit yang sangat teruk dan isterinya lari meninggalkannya. Kadangkala ujian ditimpakan kerana Allah sayang orang itu. Allah ingin meninggikan darjatnya dan menambah pahalanya supaya senang dia masuk ke syurga nanti. Bersangka baiklah. Rasalah beruntung kerana menjadi yang terpilih. Fikirkanlah. Bukankah Nabi Ayub itu hamba Allah yang sangat baik?” Suara itu membalas. “Firaun pula dilimpahi kekayaan, dan Namrud tak pernah jatuh sakit. Bukankah mereka hambaNya yang ingkar? Ketahuilah, musibah kesusahan bukan hanya untuk hambaNya yang ingkar dan derhaka sahaja.”
“Ya. Dan itulah tanda yang Dia tidak adil.” Pantas dia memotong.
“Bukan. Itulah tanda keadilan-Nya. Sesiapa yang merasa susah di dunia akan merasa senang di Husni rat nanti. Allah tidak akan menghimpunkan dua kesusahan ke atas seseorang. Bukankah Firaun dan Namrud itu tempatnya di neraka? Sedangkan Nabi Ayub a.s, ditempatkan di syurga. Bukankah itu sangat adil?”
Dia tersenyap.
“Kadangkala Husni , Allah memberikan kita musibah untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Bukankah Nabi Ayub Husni rnya mendapat semula kekayaannya dan isterinya serta dianugerahi dengan limpah kurnia yang banyak? Pernahkah Husni mendengar kisah Ummu Salamah yang amat menyentuh hati? Beliau telah dipisahkan di padang pasir nan luas dari suaminya dan dipaksa pulang ke Makkah? Husni rnya, beliau dilepaskan dan beliau sanggup merentas padang pasir untuk kembali menemui suami tercinta, Namun, tidak lama selepas itu, suami beliau ditakdirkan syahid. Allahu Akbar! Sedih di hati tidak terkata! Baru bersama sebentar terpaksa pula berpisah untuk selamanya. Tetapi Ummu Salamah Husni rnya mendapat ganti yang lebih baik. Dia dipinang oleh Rasulullah s.a.w! Kalaulah Ummu Salamah tidak merasai keperitan kehilangan seorang suami, pastilah beliau tidak mendapat gelaran ummul mukminin. Lihatlah, Husni ! Namun, ingatlah. Gantiannya tidak semestinya di dunia ini. Katahuilah, gantian di sana lebih nikmat dan indah.”
“Eh, engkau ni sedang berlatih bercerita ke? Bla lah. Aku mahu menyambung tidurku.” Dia memperlekeh.
Share this novel