BAB 4

Short Story Completed 195

Lelaki itu menangis?

Air yang bertakung di kelopak matanya turut berjuraian. Seperti gerimis di waktu pagi, membasahi kotak yang masih tersarung di kepalanya.

“Kalaulah aku berfikir begini sejak dulu lagi…” Penyesalan lahir dari dalam hatinya.

Suara lelaki itu memotong. “Jangan berkata begitu, Husni . Tiada perkara yang berlaku secara tak sengaja. Ini perancangan Allah. Pertemuan kita hari ini, di sini, adalah aturan Allah. Dia telah menetapkannya dengan baik sekali. Alhamdulillah.”

“Ya Allah… terima kasih kerana mengatur pertemuan ini.” Lirih dia menuturkannya.

“Mahu saya ajarkan satu doa?”

Dia mengangguk.

“Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma ajirni fi musibati wa akhlifli khairamminha. Ya Allah, ganjarilah aku di atas musibah ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik darinya. Inilah doa yang diajarkan nabi s.a.w.”

Bibirnya ikut bergerak melafazkan doa itu. Dia pernah mendengar doa itu. Tetapi dia tidak pernah membacanya.

“Bangkitlah, Husni . Bangkitlah dari keputusasaan menuju rahmat Allah. Berbaik sangkalah dengan Allah. Berusaha, Husni !” Kata-kata lelaki itu seolah-olah sinaran matahari yang menerobos kotaknya. Mengejutkan dirinya dari terus lena. Menghangatkan jiwanya yang selama ini layu tanpa ruh dan semangat.

Dia bangun dengan semangat baru. Matanya bersinar harapan. Dia ingin berubah!

Tapi sebelum itu, dia ingin melihat orang yang berjaya menyentuh hatinya. Tangannya menarik kotak itu dari kepalanya. Di ingin melihat ‘pelangi’ yang telah mewarnai hatinya.

Pelangi yang telah membuatkannya lupa kepada hujan yang tidak henti-henti membasahi hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience