Chapter 10

Romantic Comedy Series 146

I am not afraid of storms, for I am learning how to sail my ship."

— Louisa May Alcott (author of Little Women)

"Betulkah?"

Ariana meletakkan kembali secawan kopi ke meja. Keningnya berkerut sedikit.Tak pernah lagi ayahnya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada aku.Berbincang tentang masa depan Vounge Villa tanpa approval Datuk Zahir?Macam resepi untuk mengancam ketenteraman ayahnya itu

"Buat apa ayah nak tipu?"Datuk Zahir masih memandang anak sulungnya itu

"Kalau saya ter mess up?" jujur dia risau atas tanggungjawab yang besar ini

"Tak buat tak tahukan?Lagi satu bukan ayah lepaskan tanggungjawab tu macam itu sahaja.Ayah sudah listkan apa yang perlu bincang dan sedikit sebanyak tentang Encik Alfred tu.Nanti pakcik Ibrahim sendiri yang hantarkan dokumen-dokumen tu semua"

'Kenapa ayah yakin sangat?'terdetik tanda soal itu.Seperti tahu apa di yang mengganggu anaknya.

"Tahun ni ayah dah masuk 75 tahun.Mana tahu kalau ayah mati esok hari ke?"

"Ayah!"

"Ayah cakap betul.Ayah nak pastikan kamu pandai uruskan syarikat kita ni.Lagipun bukan semborono ayah pilih .Mesti ayah dah pilih dengan teliti berdasarkan sebelum-sebelum ini kamu ke mesyuarat besar dan setakat ini..."

Ariana dengar dengan tekun ayat yang keluar di mulut ayahnya.

"Memuaskan"

Lega sebentar

"Jadi ayah tak rasa kamu akan betul-betul buat salah dan ayah harap awak tak buat salah jugaklah"

Ariana masih berfikir

"Nak lepaskan peluang macam itu sahaja ke?"

Aku memandang ayah.Ayahnya masih memandang wajahnya.Riak wajah nampak tenang tapi tenungannya masih tajam seperti dulu.

"Setuju"

"Baru sampai?"

Arman terlebih dahulu memulakan perbualan

"Buta ke?"

Tak nampak ke orang baru masuk?Memang suka tanya soalan bodoh ke macam mana?Terus aku duduk di atas sofa.Ambil angin sekejap.Drama disiarkan di televisyen ditonton sambil membuka tudungnya shawlnya di sofa.

"Kalau ye pun pergilah mandi dulu sebelum duduk.Nantikan malas"

Teguran Arman mengejutkannya dia. Eh dia ni!

"Suka hati sayalah!"

Kusut tahu tak?

"Tengok tu lawan kata suami.Padahal suaminya tegur sahaja"

"Eh boleh diam tak?"

"Kita nak isteri dapat pahala je.Salah ke?"

"Kau diam boleh tak?Aku dahlah baru balik lepastu nak dengar kau membebel pulak.Serabutlah!"

Terus aku ambil tudungku dan beg tangan berjalan ke bilik sebelum digenggam erat oleh Arman.

"Apa bendalah!"

"Orang tegur elok-elokkan?"

Suaranya tak seperti sebelum ni.Penuh dengan amaran.Terus aku pandang ke arahnya.Memang betul tekaan aku dia sedang memandangku tajam.Seperti peristiwa tu.Terus aku lepaskan tanganku

"Yelah sorry"

Mengalah.

"Yang kali orang tegur jangan nak melawan je"

Auch!Sungguh tajam kata-katanya itu.Tapi hanya mampu merenungnya kembali.Jantan ni kan!Aku jalan ke bilikku.

"Pergi mana tu?"

"Pergi mandilah.Dah orang tu dari tadi tak reti nak sabar"

Aku jalan tenang ke bilikku walaupun macam nak letus rasa kemarahanku.Sabar Ariana!Sabar.Kau mesti nampak matang dan profesional.

Hai semua, terima kasih kerana membaca bab ini ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience