"Jumaat ni ayah nak jumpa dia," katanya mendatar.
Ariana hanya mengangguk kecil. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa, tapi dalam hati... dia tahu dia baru saja buat keputusan paling gila dalam hidupnya.
"HAHAHAHAHA! Aku tak boleh—serius kelakar!"
Tawa Farah meletus di hujung talian selepas Ariana menceritakan hal makan malam dengan ibu bapanya.
"Macam mana ya ratu beku kita nak cari putera impiannya? Siapa agaknya yang mampu cairkan hati kau, huh?"
Farah masih ketawa sambil menambah pedas.
"Farah, aku tengah serius ni!"
Ariana membalas dengan nada geram, berbaring di atas katil sambil memeluk bantal dan telefon lekat di telinga.
Bila Ariana rasa tertekan, hanya Farah yang dia cari. Kawan lama yang dah kenal semua sisi hidupnya baik yang manis, pahit, atau beku sekalipun.
"But seriously, how? Macam mana kau nak tahu lelaki tu betul-betul ikhlas nak dengan kau, bukan sebab harta atau rupa?"
Nada Farah kembali serius, tapi masih ada senyum yang berbaki.
"Ha, ni yang aku nak tanya pendapat kau," Ariana menjawab, matanya memandang siling biliknya.
"Aku tengah fikir... macam ni — aku buat kontrak. Siapa yang nak jadi 'suami' aku, kena tandatangan kontrak. Kalau langgar syarat, diorang kena bayar pampasan."
"WHAT?! Hahaha... gila ke apa kau ni Ariana?" Farah tergelak besar semula.
"Siapa je yang sanggup tandatangan kontrak cinta macam tu? Lama sangat duduk dalam pejabat sampai lupa cara nak bercinta ke?"
Ariana menjeling telefon.
"Kau ada idea lain ke? Asyik gelakkan aku je!"
Nada Ariana makin geram. Niat nak minta tolong, jadi bahan lawak pula.
"Masalah kau, bukan masalah aku. Kau yang mulakan drama ni," jawab Farah selamba, sambil Ariana dapat bayangkan dia sedang senyum sipu, mungkin sambil baring dengan anak-anak di sekeliling.
"Okay, okay. Aku ada satu idea. Nak dengar tak?"
Ariana terus terduduk dari baring.
"Apa dia?"
Terukir sebentar senyuman.
"Kau kahwin je lah dengan Megat Isa."
"HAHAHAHAHA!" Farah gelak terbahak-bahak di hujung talian.
Tuttt.
Ariana letak telefon tanpa sempat Farah habiskan ketawa.
"Hello? Hello?"
Farah menjenguk skrin telefon.
"Eh... marah betul. Dahlah... esok jelah aku minta maaf."
Dia ketawa kecil sambil kembali memeluk anaknya yang merengek di sebelah. Hatinya tahu walau Ariana keras luarannya, hati dia tetap perlukan tempat bergantung.
Hai semua,terima kasih kerana membaca bab ini!
Share this novel