"A cup of coffee shared with a friend is happiness tasted and time well spent."
— Anonymous
"Boleh tahan cantik juga baju Melayu ni," bisikku perlahan, meneliti diri sendiri di hadapan cermin.
Pandai juga aku pilih. Warna dia taklah terang-terang macam dalam cerita kartun. Keris dan songkok pun nampak elok buatan. Samping yang aku pakai, aku pegang perlahan—sangat kemas tenunannya. Berapalah dia beli?
Mungkin hari ni... bukan hari yang teruk sangat. Semalam dah sah, hari ni pula naik pelamin.
Hari ini hari yang bahagia dan gembira — untuk keluargaku. Bukan aku.
Aku pusing badan, menghadap mak dan kakak, sambil tayang baju Melayu ni. Tapi diorang masih dengan drama air mata.
"Mak, janganlah nangis-nangis. Mak jugak yang dulu nak sangat adik kahwin. Dah kahwin, sedih pulak," kataku bila tengok tisu hampir habis mak dan kakak guna.
"Diamlah," potong kakak sambil tolak aku kasar.
"Sakitlah, mak," aku mengadu, buat muka kesian.
"Sudahlah tu. Mana kekasih hati kamu? Dari tadi tak nampak pun," mak bersuara sambil pusing kiri kanan cari.
"Adalah tu... mungkin ada benda dia kena uruskan. Kalau dia datang, adik panggil," jawabku, cuba pujuk mak.
Eh, perempuan ni... Haritu bukan main rapat dengan aku masa nak jumpa mak ayah dia. Siap nak suap-suap bagai. Lepas habis jumpa mak ayah aku, terus dia ciao, tak nampak dah batang hidung.
"Mak panggil saya ke?" suara lunak yang aku cukup kenal muncul dari belakang.
Aku toleh. Perempuan yang bakal duduk sebelah aku atas pelamin... dah sampai.
"Ariana, pergi mana tadi? Eh, kenapa tak tukar baju lagi?" tanya mak, mesra.
"Tadi ada hal sikit. Baru sampai, nak tukar baju," jawab Ariana lembut, senyum nipis.
"Mak, biarlah Ariana dengan adik dalam bilik. Nanti malu diorang," kata kakak aku, terlebih mesra pulak.
Aku baru kahwin beberapa hari — tiba-tiba nak duduk satu bilik dengan perempuan ni?
"Kamu nak ke mana? Tolong isteri kamu tu. Nak lari pulak dia," bebel mak.
"Buk." Bunyi pintu tertutup.
Aku pejam mata. Banyakkan sabar, Arman. Aku masih pandang pintu yang dah tertutup, sebelum dia mula bersuara.
"Awak jangan ingat, lepas ni dah sah, awak boleh pegang-pegang saya." Suaranya datar.
"Saya tak cakap apa-apa pun," aku balas, pandang dia kembali. Entah apa rupa muka aku masa tu — aku yakin, mesti nampak menyampah.
"Ingatkan sahaja." Dia mula cabut pin tudung satu per satu.
"Jangan risau. Saya ingat lagi kontrak kita," kataku malas.
"Saya ingatkan sahaja."
Eh, geram pulak aku. Skrip ke apa? Asyik ulang ayat sama.
Dari tadi aku berdiri sebelah katil — terus duduk. Tak berani pandang. Takut tergugat...
"Kenapa awak pandang bawah?" Ariana tanya tiba-tiba.
Aku angkat muka. Ariana tengah pandang aku. Rambutnya lurus, mata dia bulat. Aku tenung — sekejap je — sebelum cepat-cepat pandang ke depan balik.
"Takut nak pandang. Takut tergugat." Spontan keluar dari mulut aku.
Ariana terkejut. Aku pun terkejut. Ariana terus berdehem.
"Be professional. Jangan kaitkan perasaan awak dalam perkahwinan ni. Think of it as business, friend. Always help them when they need help, but don't overshare it." Dia jalan ke almari, capai bajunya.
"Tahulah saya." Aku balas, pendek.
Bila terasa macam diperhati, aku toleh. Ariana dah pandang aku — muka dia... marah?
"Keluarlah."
Tanpa banyak soal, aku terus keluar dari bilik. Walaupun dia tak marah betul-betul, aku tetap takut. Bangun Arman! Sepatutnya dia yang takut dengan kau, bukan kau takut dengan dia!
Tiba-tiba teringat kembali pada hari aku ditawarkan kontrak itu..
"Awak ke yang nak jumpa saya?" Aku tanya, agak pelik.
Wanita di hadapanku termenung ke luar tingkap. Duduk atas kerusi kayu panjang, hirup air Ice Lemon Tea. First impression? Cantik gila.
"Ya. Jemput duduk," katanya sambil senyum, menampakkan gigi tersusun elok.
Aku duduk bertentangan. Pandang air atas meja.
"Jemput minum. Tu memang air awak."
"Kenapa awak panggil saya?" aku tanya, kacau air tu dengan straw.
"Saya nak awak kahwin dengan saya."
"Uhuk... uhuk. Jap—apa?" Tersedak aku. Dia melamar aku ke ni? Prank ke?
Tapi bila tengok muka dia — serius. Tak kelakar langsung.
"Here's your contract." Dia ambil sekeping kertas putih dari dalam beg.
Kontrak Perkahwinan
Nota:
Jumpa parents saya esok.
Segala persiapan perkahwinan di bawah tanggungjawab saya.
Detail:
1. Tempoh Perkahwinan
Sehingga akhir tahun ini.
Tanggungjawab sendiri selepas habis kontrak.
Tiada hubungan selepas tamat tempoh.
Jika berlaku curang, bayaran akan dituntut mengikut suka hati saya.
2. Tempat Tinggal
Tinggal di rumah saya. Alihkan semua barang ke rumah saya.
3. Hak & Tanggungjawab
Ikut hukum Islam.
Feel free to ask for money.
4. Do & Don't
Ikut hukum Islam.
Mesti panggil nama manja bila depan keluarga.
Tunjukkan kemesraan depan keluarga.
Jangan sentuh saya tanpa izin.
Tandatangan:
Aku pandang dia. Dia pandang luar balik. Clueless. Serius ke ni?
"What?" katanya, macam baca fikiran aku.
"Should I take this seriously? Can you explain in more detail?"
"I'm being serious. My parents nak jodohkan saya dengan orang yang saya tak suka. Can you help me?"
Nada dia serius. Dahi dia berkerut sikit.
"Awak dah tawarkan pada orang lain ke?"
"Takde."
Aku nak tolak. Tapi... macam ada sesuatu yang buat aku tak boleh nak cakap "tak". Rupanya bukan dia je yang ada masalah. Aku pun sama.
Mak dan ayah aku pun telah mula cari jodoh untuk aku. Siapa entah perempuan yang diorang suruh aku jumpa. Kalau aku kahwin, diorang mesti berhenti paksa aku.
Tapi... kahwin dengan perempuan yang aku langsung tak kenal?
"So what do you say, Irfan?" Dia pandang aku,matanya sunguh tajam
Aku diam sebentar. Lepas tu...
"Agree."
Wajah dia terus berubah — dari serius jadi lega.
"Thank you. I owe you so much." Dia senyum nipis.
"You're welcome. By the way, what's your name?"
"Ariana... Ariana Elena." Jawab dia lembut.
Ariana Elena. Sedap namanya...
Hai semua,terima kasih kerana membaca bab ini????
Share this novel