Series
146
"The world is full of nice people. If you can't find one, be one."
— Nishan Panwar
Berjalan sorang-sorang ni sungguh tenang. Walaupun tengah panas terik, aku tetap rasa tenang. Aku dapat susun fikiranku dan kadang kala terlupa yang aku ada 1001 masalah. Selagi boleh rasa tenang ni, aku akan gunakan masaku sebaik mungkin.
Kini aku sedang berjalan di Gardens Flora. Nama tempat ini Gardens of Castle. Nama mewah betul! Kalau masuk dari pagar, akan kelihatan air pancut, dan di belakangnya akan nampak hotel besar tempat aku dan Ariana duduk. Sebelah kanan pula dewan perkahwinan kami. Kirinya barulah taman yang sedang aku lalui sekarang.
Selama dua hari aku duduk di sini. Sungguh cantik tempat ini—dari luaran hingga dalaman. Tandas pun boleh tahan bersih. Berkilat!
Faham juga kenapa Ariana pilih tempat ni.
"Kring... Kring..."
Huh, speaking of the devil!
"Hello?"
"Awak pergi mana? Masuk bilik sekarang." Terus matikan telefonnya.
Tambah lagi satu masalah. Jadi 1002 masalah. Layankan jelah!
"Knock... knock... knock. Awak panggil saya ke?" kataku masuk ke dalam bilik dengan hati-hati.
Takut dia masih mamai. Tadi aku minta Farah kejutkan dia. Terjumpa ketika di lobi dan katanya ingin berjumpa Ariana. Terus aku minta tolong darinya.
"Masuklah," katanya tenang, sedang berdiri melihat pemandangan laut melalui tingkap yang berada di sebelah meja televisyen sambil menghirup teh O panasnya.
Dia memakai seluar panjang berwarna coklat dan blouse krim yang dimasukkan ke dalam, bersama cardigan warna putih. Rambutnya yang panjang dilepaskan. Sebelah tangan menyilang dada, sebelah lagi memegang mug. Walaupun bersahaja, b—
"Buk." Perlahan aku tutup pintu.
Aku duduk di atas katil di sebelah pintu.
"Thank you."
"For what?"
"Helping me with the CEO," katanya, memandangku sambil memegang mug itu dengan riak wajah yang sukar ditafsir.Agak hairan dengan tindakannya.
But still...
"You're welcome," kataku lembut.
Dia pandang ke tingkap kembali.
"Can you stop making that face?"
"What face?" kataku. Pelik pula dia hari ni.
"Whatever..." mengeluh perlahan sebelum berkata.
Pelik betul dia lepas bangun tidur. Masih mamai ke?
"Starting from tomorrow, you can move your things to my house."
"I know. I'll move tomorrow," kataku bila diingatkan sekali lagi.
Dalam kontrak dah cakap dah...
"You know what. Starting from tomorrow, I'll be different."
"What do you mean?" kataku.
Dia toleh ke belakang sebelum berkata lagi,
"You'll see."
Hai semua, terima kasih kerana membaca bab ini ????
Share this novel