Series
146
Jujur, sepanjang majlis tadi hatiku berdebar-debar. Bukan sedikit. Berdiri dan berjalan di sisinya membuatkanku canggung dan sukar mengawal ekspresi. Selesai sahaja majlis, aku terus mandi, kemudian rebahkan diri di katil. Penat. Perlahan-lahan mataku tertutup.
"Ari... Ari! Bangun, Ari!" badanku digoncang.
"Apa dia?" soalku, mata masih tertutup.
"Kau memang suka buat suami kau segan eh?" bebel Farah sambil letakkan tangan di pinggang.
Mataku terbuka luas. Aku segera bangun.
"Baru ingat suami. Kalau tak, dari tadi tak bangun. Pergi solat Asar!" bebelnya lagi, gaya mak-mak.
"Tadi dia masuk ke bilik?" soalku perlahan.
"Masuklah. Bilik korang duakan?"
Oh tidak... aku baru ingat! Tadi aku minta diri ke tandas sekejap lepas jumpa tetamu khas dari syarikat besar. Lepas masuk bilik dan... buang air, aku terus baring dan tertidur. Astaga, aku tinggalkan Irfan sorang-sorang dengan tetamu penting tu.
"Mana dia?" aku sebut terus isi fikiran.
"Ambil angin. Dia yang minta aku kejutkan kau solat Asar. Katanya segan. Boleh tahan gentleman. Mana kau jumpa lelaki macam tu?" soal Farah, duduk di sebelahku.
Ambil angin? Habislah. Apa dia cerita dengan tetamu tu tadi?
Aku hampir bangun untuk keluar mencari, tapi Farah cepat-cepat tarik tangan aku.
"Masih lagi takut pasal tetamu syarikat tu? Jangan risau, Irfan dah settlekan. Aku nampak siap gelak besar dengan dia sebelum masuk kereta."
Fuh... lega.
"Ni aku nak tanya, macam mana kau boleh kahwin dengan dia? Kau cakap apa?" soal Farah.
"Aku bagi dia kontrak. Hujung tahun ni kita cerai," jawabku selamba.
"Camtu je?"
"Camtulah."
"Reputasi kau?"
"Pandai-pandailah aku jaga. Sebelum ni pun elok je aku dengan lelaki lain.Takde skandal ke apa-apa"
"Sebab kau elak dari bercakap dengan lelaki. Kalau ada pun, bodyguard dan pembantu kau yang tolong handle semua."
"Kau yakin kau tak jatuh hati dengan dia? Boleh tahan handsome tadi. Aku tengok ada tetamu sebelah aku tu siap terliur. Yakin kau boleh lepaskan dia macam tu je?"
Mula dah. Soal hati dan perasaan pula.
"Aku pastikan hidup dia sengsara. Hari-hari. Bulan-bulan. Biar dia senang lepaskan aku," kataku yakin.
"Sudahlah, buat sakit hati je cakap dengan kau. Pergi solat. Suami kau dah pesan. Takkan nak jadi isteri derhaka awal-awal kan?" bebel Farah sambil berdiri dan menunjuk ke arah tandas.
"Yelah..." aku akur dan bergerak perlahan.
Hai semua, terima kasih kerana membaca bab ini ????
Share this novel