Kringgg..... Kringggg
Jam loceng berbentuk hati itu berbunyi tepat pada pukul 6 pagi. Maira yang sedang tidur itu membuka mata. Dia berasa malas bangun dari katilnya yang amat selesa dan lembut seperti kapas. Rumah Puteri Alice memang selesa! Apa lagi rumahnya juga unik. Disebabkan tiada tempat tinggal, dia terpaksa menginap di rumah puteri.
Maira yang sedang baring itu memusing badannya. Tiba-tiba fikirannya menggambarkan wajah suci ibu bapanya dan juga seluruh ahli keluarga yang disayanginya. Air matanya mula membasahi pipinya yang gebu itu. 'Benarkah aku tidak dapat jumpa keluarga aku lagi? Apakah ia adalah hari terakhir aku bersama mereka?. Ya Allah, jika masa boleh berputar semula, aku tidak akan mengikuti anak kucing itu lagi. Tetapi ia tidak mungkin berlaku seperti itu', desis hati Maira.
Puteri Alice yang sudah menyiapkan sarapan mengetuk pintu lalu memasuki kamar Maira. Dengan melihat wajah sedihnya Maira, dia dapat meneka apa yang terdesis di hati Maira. "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Jadi, masa tidak boleh diputar semula. Kerana itu kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku sebelumnya". Maira terkejut melihat puteri muncul tiba-tiba dan menegurnya. "Itu surah Al-Asr, bukan? Adakah awak menghafalnya?", tanya Maira. "Ya. Bukan surah itu sahaja saya hafal, satu Al-Quran pun saya dah hafal sebelum saya memeluk islam", kata si puteri membuatkan Maira malu kerana dia yang islam itu pun tidak dapat menghafalnya."Awak memang hebat! Semoga Allah melindungi awak selalu. Amin", puji Maira. Puteri Alice turut mengaminkan doanya.
"Baiklah, mari kita mandi, solat dan sarapan. Kemudian kita akan berangkat ke Istana Fantasy", ujar puteri dengan semangatnya. "Baik, tapi kita nak buat apa di sana?", tanya Maira. "Kita akan menemui Raja Alman di sana. Mana tahu dia dapat membantu awak pulang", jawab puteri. Maira berasa senang mendengarnya lalu pantas menyiapkan diri.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Perjalanan ke istana agak jauh dari rumah sang puteri. Setelah tiba di istana, Puteri Alice dan Maira meminta izin untuk menemui Raja Alman, raja Alam Fantasy.
Setelah Raja Alman mendapati sosok mereka telah menghampirinya, dia meneliti mereka terlebih dahulu. "Hai Alice. Sekarang penampilanmu sudah berubah. Ada apa kamu menemuiku? Mengapa kamu membawa manusia masuk ke dunia kita?", pertanyaan Raja Alman membuatkan puteri tidak sedap hati. Maira hanya terdiam melihat pergaulan mereka berdua.
"Sebenarnya manusia ini tersesat di sini. Patik menemui tuanku untuk membuka pintu keluar untuknya. Patik mohon tuanku, bantulah dia", rayu sang puteri. "Boleh, tetapi ada syarat-syaratnya. Manusia ini harus mencari Clurut yang hilang TANPA BANTUAN SESIAPA", kata Raja Alman.
" Tetapi, dia masih remaja. Dia juga belum mengenali tempat ini. Pasti bahaya untuknya", kata sang puteri. Maira tidak mengerti apa yang Raja Alman katakan itu. "Tidak boleh, dia harus berusaha sendiri. Jika kamu membantunya, kamu akan terikut pulang ke bumi dan menjadi manusia. Kamu tidak mahu, kan? Biar dia seorang sahaja menyelesaikan masalah ini". Puteri Alice terdiam. Dia terus membawa Maira keluar dan duduk di salah satu meja batu berhampiran istana.
Maira bertanya, "Apa itu 'Clurut'? Saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini" . Puteri Alice menjawab, "Saya akan ceritakan pada awak. Awak perasan tak, penduduk di sini sangat sepi. Dulu, saya mempunyai keluarga sendiri. Saya anak tunggal. Tetapi, sejak Clurut dicuri oleh seseorang, dunia fantasy sudah tidak aman lagi. Semua penduduk termasuk saya terpisah dengan keluarga secara tiba-tiba. Clurut ialah sebuah berlian hijau yang bagaikan nyawa dunia fantasy. Jika ia dicuri, dunia ini tidak aman. Mungkin ini sumpahannya".
Maira sedih mendengarnya. "Rupanya, bukan saya seorang sahaja kehilangan keluarga. Tapi kenapa awak digelar puteri? Awak bukan anak raja tadi ke? Hihi", tanya Maira ingin tahu. Puteri itu berkata, "Puteri itu hanya gelaran sahaja. Mereka memanggilku puteri kerana rupa paras saya mungkin seperti puteri, haha. Bagaimanapun sekarang, awak harus cari Clurut dan tanamnya semula ke dalam tanah taman fantasy. Lubang menuju ke bumi hilang disebabkan sumpahan ini juga. Dunia fantasy ini tidak tenang sehingga membuatkan awak tersesat di sini. Jadi awak berusahalah ya. Saya percaya awak mesti boleh. Awak kuat!", sokong si puteri bagi menyemangatkan Maira. Maira kini sudah mengenggam tangannya menandakan semangat."Baik! Saya akan cuba!".
"Cari pencuri itu! Selepas selesai awak pulang ke sini semula ya. Hati-hati. Bye", Puteri Alice melambaikan tangannya. Maira turut melambaikan tangan dan terus berlalu dari situ. Dia memulakan misinya untuk mencari Clurut itu.
........................
Nantikan sambungannya
Share this novel