LUBANG RAHSIA

Fantasy Completed 833

Maira termenung melihat di luar tingkap kereta. Rumah baru yang ditunggunya telah pun siap dibina. Ada kalanya dia rasa gembira, tetapi ada juga tidak. Maira dan Lisa bersahabat baik sejak 5 tahun sehinggalah sekarang. Sekarang mereka telah memasuki 15 tahun. Namun, dia harus meninggalkan sahabatnya itu disebabkan pekerjaan ayahnya. Semua rasa gembira telah mereka lalui bersama. Tetapi Maira selalu juga berasa cemburu dengan rezeki yang Lisa dapat. 'Kenapa aku tidak boleh elak rasa cemburuku ini... Tidak mengapa, aku kan sudah pindah. Tetapi aku tetap berasa sedih', hal tersebut muncul dalam fikirannya.

Adik Maira, Haikal memecahkan kesunyian mereka sekeluarga. "Eh? Itu rumah baru kita ke?", tanya Haikal. Maira yang baru sedar daripada termenungnya itu dengan pantasnya menoleh ke arah rumah baharu mereka. "Hah? Satu tingkat je?" keluh Maira yang sudah biasa tinggal di rumah yang bertingkat-tingkat. "Jangan mengeluh. Di luar memang kelihatan biasa. Nanti papa akan tunjukkan sesuatu", kata ayahnya bagi menyemangat dua anaknya yang sering mementingkan kemewahan itu.

Setelah Maira sekeluarga keluar dari kereta, dia dan Haikal berjalan mengelingi rumah baharu mereka. Ternyata terdapat sebuah swimming pool yang agak luas. Bagi mereka ini seperti mimpi. "Yeay! Tak sangka di belakang rumah ada kolam renang", kata Maira dengan penuh teruja. Ayah mereka yang baru sahaja tiba di belakang rumah tersebut tersenyum melihat gelagat mereka. "Tapi lagi bagus kalau ada taman fantasy di sini. Hahahaha", kata Haikal dengan sengaja. "Fantasy? Ish mana wujud taman macam tu. Tapi kalau ada memang seronok", ujar Maira yang sejak kecil teringin ke alam yang tidak masuk akal itu.

**************************************************

Keesokan harinya di dapur, ibu Maira sedang menyiapkan sarapan untuk keluarganya, terutamanya Maira dan adiknya yang harus ke sekolah. "Mama, kenapa awal sangat Maira dan Haikal ke sekolah? Padahal baru sahaja pindah rumah. Maira belum bersedia ke sekolah. Maira pun belum kenal tempat ini", keluh Maira sementara menunggu ibunya menyediakan sarapan. Haikal yang berada disampingnya hanya mengangguk tanda setuju. "Kamu harus ke sekolah seperti biasa nak, nanti ketinggalan pelajaran", ujar ibunya.

Setelah dirinya kemas dengan pakaian sekolah, Maira menggalas beg dengan tidak semangat lalu masuk ke dalam kereta. Adiknya Haikal yang masih Tahun 2 itu dihantar oleh ayahnya ke sekolah rendah yang tidak jauh dari rumah mereka. Setelah selesai pendaftaran sekolah Haikal, ayah Maira kembali ke kereta. Maira yang menunggu lama di dalam kereta itu memeluk tubuh.

Dengan tidak sedar, mereka telah tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior. Sekolah tersebut kelihatan agak besar. Maira dan ayahnya turun dari kereta. Ayahnya memberi sebuah fail yang berisi surat beranaknya. "Maira pergi daftar sendiri ya", suruh ayahnya. Maira hanya mengangguk kecil kemudian berjalan masuk ke pagar sekolah tersebut. Setelah selesai pendaftarannya, Maira berjaya ditentukan masuk ke kelas pertama, iaitu kelas 1 Mawar.

Maira mengetuk pintu dan memberi salam setelah sampai ke garisan pintu kelasnya. Guru yang sedang mengajar kelas itu, Cikgu Norma menjemputnya masuk ke kelas itu. Dengan senang hati, Cikgu Norma menyuruh Maira untuk memperkenakan diri di hadapan murid-murid sekelasnya. "Assalamualaikum, nama saya Maira Liyana. Saya dari Pulau Pinang dan pindah ke sini disebabkan ayah saya pindah pejabat. Selamat berkenalan semua", Maira memperkenalkan dirinya dengan penuh semangat. Tiba-tiba sahaja dia berasa semangat kerana layanan Cikgu Norma sangat baik. Begitu juga dengan murid-murid di kelas itu setelah bersembang dengannya.

****************************************************

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Sudah tiba waktunya pulang sekolah. Dalam perjalanan menuju ke pagar sekolah, Maira ternampak seekor anak kucing berbulu oren yang sedang menjilat bulunya di salah satu tiang di sekolah itu. Dia amat menyukai kucing. Dengan pantasnya dia mendekati anak kucing tersebut lalu mengusapnya. Anak kucing itu mengiau dan manja. Kemudian anak kucing itu berlalu pergi dan menoleh ke Maira. Dia mengiau lagi seakan-akan menyuruh Maira mengikutinya. Tanpa berfikir panjang, dia mengikuti anak kucing itu.

Maira pun tiba di sebuah stor sukan. Dia terkejut apabila melihat di belakang almari ada sebuah lubang yang sederhana besar menuju ke bawah tanah. "Wah! Dalamnya lubang ni! Lubang apa ni?" Setelah fokus melihat kedalaman lubang itu, Maira tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang dalam itu.

GEDEBUK!!!!
...............

Nantikan sambungannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience