"Baiklah, mari kita tanam Clurut ini!", kata Gouji sambil memandang Maira. "Baik, tetapi tanah mana yang harus kita tanam?" tanya Maira setelah sedar bahawa Puteri Alice tidak memberitahunya tanah mana yang harus ditanam. ' Mungkin puteri terlalu berharap aku selamat sehingga lupa memberitahu hal yang penting ini ', fikir Maira.
"Oh, tanah itu berada tidak jauh dari kita. Mari ikut saya", Gouji menunjukkan jalan untuk ke sana. Maira mengikutinya hingga sampai di sebuah taman. Di situ terdapat tanah berwarna koko keemasan yang luasnya hanya sekitar dua meter. Tanah tersebut dikelilingi batu-batu pelabagai warna.
"Inilah tanahnya. Mari kita tanam sama-sama", ujar Gouji. "Biar saya seorang sahaja yang tanam, Gouji. Raja Alman mengarah saya supaya jangan dibantu sesiapa. Kalau tidak, Raja Alman murka dan awak juga perlu ikut ke bumi. Maaf, saya sebenarnya pun tak faham kenapa Raja Alman membuat demikian", jelas Maira. Gouji mengangguk lalu mengambil cangkul yang berada berdekatan dengan tanah itu dan menghulurnya kepada Maira.
Tanpa berfikir panjang, dia menggali tanah tersebut. Semasa sedang mula menggali, tangannya yang sedang memegang cangkul itu berasa sakit. Ternyata menggali tanah itu sangat susah. "Aduh! Tangan saya sakit! Tanah ini nampak lembut, tetapi apabila saya gali kenapa rasanya keras?" Maira tidak tahan lagi.
Kemudian, Gouji mendekatinya. "Mari kita buat sama-sama", kata Gouji sambil memegang cangkul tersebut. Maira memandangnnya. "Gouji, nanti awak....". Gouji menoleh kemudian melontarkan sebuah senyuman pada Maira. "Awak jangan risau. Tak apa kan kalau saya bantu awak. Lagipun saya juga teringin pulang ke bumi semula. Saya ingin bertemu keluarga saya. Saya sangat rindu pada mereka. Agaknya, bagaimanalah khabar mereka, ya", Gouji memandang ke atas langit. Matanya berair tetapi bibirnya tetap senyum. Dia tidak sabar pulang ke rumah dan bertemu keluarganya. Maira terharu mendengarnya.
Kemudian dia memandang Maira. "Saya pun.... nak bersama awak sampai bila-bila", kata Gouji dengan sengaja. Maira ketawa, "Ada-ada sahajalah awak ni!". Mereka meneruskan misi 'mengembalikan keamanan dunia Fantasy' dengan berkerjasama menanam Clurut. Alhamdullillah, akhirnya mereka berjaya membuat sebuah lubang yang tidak terlalu besar dan muat untuk menanam Clurut.
Setelah selesai semuanya, mereka bersorak serentak. "YEAY". Mereka duduk sebentar untuk merehatkan diri setelah menggunakan banyak tenaga. Tiba-tiba, langit di atas bergegar kemudian berubah warna menjadi biru yang lebih cerah berbanding sebelumnya. Kini langit menjadi lebih ceria setelah dihiasi sebuah pelangi. "Yeah! Sumpahan dunia Fantasy sudah tamat. Erm, kita nak terus pulang ke bumi ke?", tanya Gouji yang sudah tidak sabar itu. "Sebenarnya saya nak jumpa seseorang sebelum saya pulang. Awak nak ikut saya kan?" kata Maira. Dia harus berjumpa dengan Puteri Alice sebelum mereka berpisah. "Oh. Sudah tentu saya mahu ikut. Bolehlah kita pulang ke bumi bersama", Gouji hanya mengikut Maira ke mana-mana.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Huwarghhh.. Ternyata jauh juga ya rumah kawan awak tu. Kesian awak, awak datang dari sana ke bandar kuasa gelap itu mesti penat", kata Gouji sambil menguap kerana penat berjalan jauh. "Alah, setakat enam kilometer pun awak dah tak sanggup ke. Setiap minggu saya jogging di kawasan rumah saya lebih dari 6 km", kata Maira membuatkan Gouji malu dengan tenaganya yang kurang.
"Hihi.. Hebat betullah awak ni. Saya ini jarang berjogging lah", Gouji tersengih. Sedang mereka asyik bersembang, tanpa sedar mereka telahpun tiba di rumah Puteri Alice. "Macam pernah nampak pulak rumah ini", kata Gouji sambil mengingatkan kembali. Namun, dia tidak ingat sama sekali.
Beberapa saat kemudian, Puteri Alice melangkah menuju ke mereka. Sosoknya semakin mendekati mereka. Setelah terlihat dengan jelas, Puteri Alice dan Gouji masing-masing terkejut. "Alice?!, Gouji terkejut melihatnya. "Gouji?!", langkah Puteri Alice terhenti.
"Eh, kalian saling mengenali ya?", tanya Maira ingin tahu. Pertanyaan itu tidak terjawab. Puteri berhenti memandang Gouji. Tanpa berfikir panjang, dia mendekati Maira lalu menggenggam tangan Maira. "Maira, awak telah berjaya membuatkan dunia ini kembali aman. Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada awak. Awak pun sudah boleh pulang ke bumi. Cuba awak lihat di sana. Mereka ialah keluarga saya. Mari kita duduk di sana bersama", Puteri Alice berterima kasih kepada Maira. Dia langsung tidak menegur Gouji. Tanpa mengajak Gouji, mereka duduk di sebuah meja batu yang besar di kawasan rumah Puteri. Gouji berasa sedikit kecil hati. Maira, Puteri dan keluarga Puteri seronok berbual bersama di meja batu itu.
Kemudian, Maira menanyakan sesuatu pada Puteri Alice. "Puteri, boleh saya tanya. Macam mana awak dan Gouji boleh kenal?". Setelah mendengar pertanyaan tersebut, Puteri menundukkan kepalanya. "Erm.. Sebenarnya Gouji adalah bekas kekasih saya. Dulu kami adalah sepasang kekasih. Setelah saya dapat tahu kalau 'couple' itu haram, saya putus hubungan dengannya. Mungkin dia masih marahkan saya. Demi menguatkan iman, saya sanggup buat begini", jelas Puteri kepada Maira. "Iyakah?.. Maaflah saya tidak tahu", Maira menundukkan kepalanya tanda bersalah. "Tidak mengapa, awak tak salah. Hmm.. Macam mana awak berdua boleh berjumpa?", tanya Puteri. "Erm, panjang ceritanya. Hihi", Maira tersengih. Tetapi Puteri tidak kisah kalau dia tidak menceritakannya.
"Baiklah, Puteri. Saya sudah mahu pulang ke bumi. Saya hanya mampu mengucapkan salam perpisahan pada awak, Puteri". "Eh, sebentar. Mari kita bergambar dahulu!", puteri mengukir senyuman padanya. Dia mengajak Maira bergambar dengannya. Maira mengangguk tanda setuju. Tanpa berfikir panjang, Puteri Alice meminta izin bapanya untuk meminjam kamera.
Mereka berselfie dengan pelbagai posing. Kemudian Puteri mengambil gambar Maira. Dia memegang kamera dengan sempurna supaya gambar tiada gerakan. Setelah memfoto Maira, Puteri sedar bahawa dia tertangkap foto Gouji sekali yang berada belakang tidak jauh dari Maira. 'Hmm.. Tidak mengapalah. Lagipun gambar ini paling elok'.
Sudah saatnya Maira dan Gouji pulang ke bumi dan bertemu keluarga mereka semula. "Yeay, balik! Pasti semua orang risau pada saya", Maira membayangkan apa yang terjadi di bumi. Kemudian Puteri tersenyum. "Mereka tidak mungkin risau kerana apabila kamu termasuk ke dalam dunia ini, waktu di bumi akan terhenti. Kamu akan pulang ke waktu saat kamu jatuh ke dalam lubang", penjelasan Puteri membuatkan Maira berasa lega. "Saya rasa saya teringin nak ceritakan pengalaman saya di sini pada family sata nanti!", kata Maira. Keluarga Puteri yang turut terdengar itu menundukkan kepala. "Oh, nampaknya awak semua tidak mahu manusia lain tahu tentang kewujudan dunia fantasy ini ya?", Maira memecahkan kesunyian mereka. "Iya, Maira. Awak pun sama, Gouji. Jangan ceritakannya pada orang lain, ya?", kata Puteri dengan lembut. Akhirnya mereka masing-masing mengucapkan selamat tinggal. Lubang itu sudah muncul kembali. Maira dan Gouji pun masuk ke dalam lubang itu. Di dalam lubang itu sudah terdapat tangga untuk naik ke atas.
Akhirnya, mereka tiba di stor sukan sekolah Maira! Mereka berdua bersorak gembira. Maira terus mencapai beg sekolahnya. Dia bertanya kepada Gouji. "Tempat tinggal awak di mana?". "Saya tidak ingat. Tetapi saya rasa saya pernah lihat sekolah ini.", jawab Gouji memandang sekeliling. "Iyakah?! Kalau begitu marilah kita naik kereta ayah saya dahulu. Mungkin rumah awak dekat dengan sekolah ini, kerana itu awak pernah nampak.", Gouji akhirnya setuju.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ayah Maira yang baik hati itu membantu Gouji pulang kerumahnya. Semasa perjalanan, Gouji ternampak sesuatu. " Eh, saya sudah ingat! Saya dulu tinggal di taman itu!", kata Gouji sambil menunjukkan arah taman perumahannya. Tidak salah lagi, ternyata ia adalah taman perumahan yang ditinggal oleh Maira sekeluarga!
Mereka terkejut. Mereka meronda taman mereka untuk mencari rumah Gouji. Dan ternyata Gouji adalah anak jiran sebelahnya yang hilang beberapa tahun lepas. Maira dan Gouji kini berasa gembira setelah dapat tahu rumah mereka hanya bersebelahan. Bolehlah mereka jumpa setiap hari! Setelah turun dari kereta, Gouji memandang seseorang yang keluar dari rumahnya. Itu adalah ibunya. Ibunya memandang Gouji. Walaupun beberapa tahun berpisah, dia masih ingat wajah anaknya itu. Dengan pantasnya ibunya mendekati lalu memeluk Gouji. Mereka terlihat gembira. Maira dan ayahnya terharu melihat mereka.
Sementara di dunia Fantasy, Puteri Alice sedang ingin mengeluarkan beberapa keping gambar yang mereka telah tangkap sebentar tadi. Sebelum mengeluarkan gambar, dia membelek kamera tersebut terlebih dahulu. "Eh, ini bukankah 'Kamera Masa Hadapan'?. Nampaknya ayahanda salah beri jenis kamera. Pasti akan terkeluar gambar masa hadapan Maira. Nampaknya sia-sia sahaja aku menangkap gambar.", kata Puteri Alice seorang diri. Kamera Masa Hadapan ialah sejenis alat ajaib kepunyaan ayahnya. Apabila memfoto gambar seseorang, ia akan mengeluarkan gambar masa hadapannya.
"Patutkah aku melihat gambar masa hadapan Maira?". Tanpa berfikir panjang, Puteri mengeluarkan gambar tersebut. Dia terkejut setelah melihat gambar Maira yang tertangkap sekali dengan Gouji itu! "Hihi....... Ternyata mereka adalah jodoh".
TAMAT
TERIMA KASIH YANG TELAH SUPPORT AIMI. AIMI HARAP AIMI DAPAT HASILKAN LEBIH BANYAK NOVEL MENARIK! BAGAIMANA CERITANYA? SERONOK? SILA COMMENT YA :)
Penulis: Aimi Syahirah
Tahniah, anda sudah menghabiskan novel ini! Terima kasih semuanya :) Author: Aimi Syahirah Khairul Anuar
Share this novel