LELAKI TAMPAN PENANGKAP HATI MAIRA

Fantasy Completed 833

Di sebuah istana kecil kuasa gelap....

"Perhatian hulubalang sekalian! Jika ada orang asing masuk ke bandar kita, kalian harus bawa dia ke sini dan menemui beta. Faham?!" kata seorang raja kuasa gelap kepada semua bodyguardnya."Baik, Tuanku!" jawab mereka serentak.

Bandar kuasa gelap ialah sebuah bandar di dunia fantasy yang dipenghuni oleh makhluk-makhluk yang durjana. Ada yang menyerupai manusia, dan ada juga yang menyerupai hantu kecil. Raja kuasa gelap selalu mementingkan kekayaan. Hulubalangnya akan mengikuti apa sahaja perintah raja tersebut, sama ada mencuri barang berharga dan menangkap orang asing yang memasuki bandar mereka.

Sementara Maira yang masih takut pergi bersendirian dalam perjalanan mencari Clurut, sedang berusaha menyemangatkan dirinya semula. "Bagaimana saya nak cari si pencuri berlian Clurut itu? Dunia ini agak luas!". Langkahnya terhenti dan mengingat kembali pesan ibunya sewaktu itu. " Belum cuba, belum tahu. Apa-apapun kita mesti berusaha sampai berjaya seperti Nabi Adam dan Hawa yang terpisah di bumi. Walaupun bumi kita besar, mereka berusaha dan tidak berputus asa mencari hingga bertemu semula". Itulah pesan ibunya.

"Baiklah, saya tidak akan putus asa! Saya nak balik ke pangkuan mama dan papa kesayangan saya semula", rasa semangatnya membuatkan langkahnya lebih laju.

Setelah berjalan beberapa kilometer, dia tiba di sebuah bandar yang kelihatan seram. ' Tempat apa ini? Bukankah di dunia ini dipenuhi dengan rumah dan pepohon gula-gula. Di bandar ini gelap dan mencurigakan. Mungkin Clurut ada di sini', fikir Maira. Tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam bandar tersebut. Bandar itu amat kecil dan penghuninya juga tidak sampai beratus.

"Hoi! Kamu siapa?!", tanya seorang bodyguard raja kuasa gelap. Maira terkejut dan menoleh. Dia dikepung oleh ramai bodyguard. "Ikut kami ke istana!". Mereka segera mengikat tangan Maira. Dia tidak sempat larikan diri.

"Tolong lepaskan saya!", jeritan Maira tidak dipedulikan mereka. Maira takut. Dalam hati dia berdoa kepada Allah SWT. ' Ya Allah. Aku mohon engkau tolonglah aku'. Dalam perjalanan mereka membawa Maira ke istana, salah seorang sedang menghubungi raja mereka. "Tuanku, ada orang asing masuk ke bandar kita. Kami sudah menangkapnya". Kemudian, raja kuasa gelap menyuruh mereka memenjarakan Maira di penjara istana setelah sampai di sana.

Setelah tiba di istana, mereka memenjarakan Maira. Setelah mereka berlalu meninggalkan penjara, Maira mulai menangis. Dia sudah tidak dapat keluar. Dia berdoa berkali-kali dalam hatinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

" Tuanku, kami sudah memenjarakannya. Dia terlihat aneh. Patik rasa dia adalah seorang manusia yang tersesat di sini", kata salah seorang dari bodyguardnya. "Oh, beta akan bertemu dengannya. Mungkin beta akan memberi sedikit hukuman padanya", kata raja kuasa gelap lalu beredar dari kamarnya.

Ketika Maira masih bersedih, dia terdengar suara tapak kaki dari luar penjara. Bunyi tapak kaki tersebut seakan-akan menuju ke arahnya. Ternyata dia adalah raja kuasa gelap. Dia terus berjalan. Setelah tiba di hadapan penjara Maira, langkahnya terhenti. Dia melihat sosok Maira yang sungguh cantik. Wajahnya kini sudah bertukar merah. Maira memandang raja tersebut. "Awak! Tolong lepaskan saya. Saya mohon!". Raja yang terjatuh hati padanya itu berasa simpati terhadapnya. Tanpa berfikir panjang, dia melepaskan Maira. Allah SWT telah mengabulkan doanya!

Raja mengajaknya duduk bersama di sebuah meja. Dia bertanya "Nama awak siapa? Umur awak berapa?". Maira menjawab "Saya Maira. Saya 15 tahun". "Oh, rupanya kita seumuran. Kalau nama saya Gouji. Awak boleh panggil Gouji", dia mengenalkan dirinya. "Mengapa awak lepaskan saya. Bukankah awak semua anggap saya musuh?", tanya Maira kehairanan. "Ah jangan fikirkan sangat pasal tu. Tak ada masalah pun", Gouji menjawab dengan tersengih. Bila dilihat semula, rupa paras Gouji sungguh kacak bagi Maira. Matanya cantik, rambutnya berwarna biru. Maira membalas senyumannya.

"Awak ini manusia ya? Bagaimana awak boleh tersesat?", tanya Gouji. "Saya terjatuh dalam satu lubang aneh, kemudian muncul di dunia ini. Bila saya nak pulang, lubang itu telah hilang. Saya datang kesini mencari Clurut. Awat tahu tak ia dimana?" tanya Maira. "Err.. Apa itu? Saya tidak tahu", jawab Gouji. "Hmm tidak mengapalah. Boleh awak tolong saya cari sebuah berlian berwarna hijau. Saya betul-betul memerlukannya untuk membantu saya pulang ke bumi.

Dengan melihat wajah Maira, Gouji tidak dapat menolaknya. "Be.. Be.. Baiklah", jawab Gouji.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dalam perjalanan Maira dan Gouji mencari Clurut, Maira berasa hairan dengan sikap Gouji yang asyik terdiam. Sambil berjalan, Maira bertanya, "Awak masih muda sudah menjadi raja? Mana ibu bapa awak?". Mendengar pertanyaan Maira, Gouji berubah menjadi muram. Maira tiba-tiba berasa bersalah menanyakan itu. Akhirnya Gouji mengeluarkan suaranya, "Sebenarnya, saya dulu pun seorang manusia. Saya juga tersesat disini. Dah bertahun-tahun saya terpisah dengan ibu bapa saya. Setelah beberapa lama tinggal di dunia ini, saya akhirnya bertekad menjadi makhluk kuasa gelap. Saya jahat. Saya menguasai bandar kuasa gelap ini. Saya suka curi barang orang untuk kepentingan saya sendiri", Maira sedih mendengar penjelasan Gouji. Rupanya dia dulu juga manusia sepertinya.

"Awak tak jahat, Gouji. Saya yakin, awak pasti dapat berubah", kata Maira bagi menyemangat Gouji. Gouji tersenyum. Kini, senyuman Gouji membuatkan wajah Maira menjadi merah! Dalam hatinya menyebut, 'Aww.. Perasaan apakah ini..'.

Tiba-tiba, Gouji terduduk dan memegang kepalanya seolah-olah fikirannya sedang kusut. Maira hairan. "Awak kenapa, Gouji?". Gouji tidak menjawab pertanyaan Maira. Gouji berkata di dalam hati, 'Aku takut.. Bagaimana ni'.
..........................

Nantikan sambungannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience