TERSESAT DI ALAM LAIN

Fantasy Completed 833

"Erghh.. Erghh. Kat mana ni?" Maira baru sedar dari pengsannya. Setelah dia jatuh ke dalam lubang dalam tersebut, ia tidak mencederakan Maira kerana dia terjatuh di atas sebatang pokok kapas yang lebat dan lembut. Kepalanya pusing semasa terjatuh ke dalam lubang sehingga membuatkan dia pengsan. "Fuhh, selamat..Nasib baik tak tercucuk ranting pokok ni", kata Maira dengan lega. Dia turun dari pokok tersebut dengan hati-hati. Setelah itu, dia meneliti pokok kapas tersebut. Dia perasan bahawa batang pokok kapas tersebut diperbuat daripada gula-gula. Kemudian kapas pokok tersebut pula diperbuat daripada gula-gula kapas!

"Subhanallah! Cantiknya tempat ni! Macam dekat alam fantasy pula", kata Maira dengan perasaan teruja setelah memandang ke sebuah taman. Dia berlari-lari di taman itu dengan riangnya. Memang itulah yang diimpikannya! "Wah! Di sini semua diperbuat dari gula-gula. Kalau bawa Haikal ke sini mesti dia gembira. Eh, jangan mengarutlah. Alam fantasy mana wujud. Ini pasti mimpi!" Dia menarik pipinya berkali-kali. Namun semuanya rasa sakit. "Apa ini benar-benar alam fantasy? Macam tak percaya saja", fikir Maira dengan tidak percaya.

Kemudian, dia terdengar satu suara nyanyian yang amat merdu. "Wah, merdu seperti suara bidadari", dia menuju ke arah suara tersebut. Tiba-tiba Maira ternampak seorang gadis yang cantik yang sedang menyanyi. Rambutnya coklat, kulitnya putih dan bibirnya merah. Selepas gadis itu berhenti bernyanyi, dia mengangkat kedua tangannya seperti sedang berdoa kepada Allah SWT. Maira yang sangat tertarik dengan lagu yang dinyanyikan gadis itu pun mendekatinya.

Gadis itu menoleh ke arah Maira. "Awak siapa?". Tanya gadis tersebut apabila sedar bahawa ada seseorang mendekatinya. Maira terkejut lalu menjawab, "Saya Maira. saya tak tahu macam mana saya boleh tersesat di sini", perasaannya berubah menjadi sedih apabila terfikir tentang itu." Oh, saya Puteri Alice. Awak boleh panggil saya puteri je. Btw, bagaimana awak boleh tersesat?", tanya puteri itu. "oh, awak seorang puteri rupanya. Sebenarnya saya terjatuh dari lubang pelik yang ada di stor sukan sekolah saya. Kemudian saya berada di sini tiba-tiba", ujar Maira dengan rasa bimbang.

"Ya ke? Jadi awak ini manusia lah. Di sini sebenarnya manusia tidak boleh tinggal", kata sang puteri. "Saya tersesat di sini! Saya mohon awak tolonglah saya.." Maira sudah tidak tahan dengan rasa sedihnya itu. Dia akhirnya menangis teresak esak.

"Baik, saya akan berusaha bantu awak. Boleh saya tanya, awak pakai apa di kepala awak tu?" tanya sang puteri ingin tahu. "Oh, ini adalah tudung. Ia dipakai untuk menutup aurat perempuan. Dalam islam, kita harus menutup aurat", jawab Maira. "Islam?! Sebenarnya saya dah lama teringin masuk islam! Awak muslim ke? Tolong ajar saya masuk islam.. Saya merayu pada awak", pinta sang puteri dengan bersungguh-sungguh.

Maira menjawab, "Awak hanya perlu mengucap dua kalimat syahadah." Setelah selesai mengislamkan puteri, dia berterima kasih pada Maira. "Sebagai balasannya, saya akan berikan awak baju kain sutera", kata si puteri sambil mengeluarkan tongkat ajaibnya. Dia menggoyangkan tongkatnya ke arah sehelai kain sutera lalu menyebut kata kunci kuasa tongkat itu.
Kururin pururin purururu! Miracle Alice!
Kemudian kain sutera tersebut dijahit dengan sekelip mata menjadi gaun yang amat indah.

" Nah, awak salinlah baju sekolah awak dengan gaun ni", ujar sang puteri. "Te.. Terima kasih", kata Maira yang sungguh tidak percaya dengan keindahan gaun itu. Tanpa berfikir panjang, dia menyalin pakaian tersebut.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Tadaaa.. Cantik tak hijab yang saya jahit ni?", tanya si puteri apabila teruja dengan tudung yang dijahitnya. "Ya, cantik! Kalau awak pakai mesti lagi cantik", pujian Maira membuatkan sang puteri senang hati.

Maira mengajar sang puteri solat lima waktu. Setelah sang puteri sudah pandai solat sendiri, dia merasakan Maira telah banyak berjasa padanya. "Puteri, bila awak nak hantar saya pulang? Saya nak balik!", pinta Maira yang sudah tidak tahan rindunya kepada keluarganya. "Baiklah mari saya bawa awak naik lubang tu dan awak boleh pulang. Saya kan boleh terbang", ujar puteri.

Mereka pun pergi ke lubang yang berdekatan dengan pokok kapas yang Maira pernah terjatuh disitu. Tetapi yang mengejutkan, lubang itu sudah hilang! Maira terduduk lalu mengangis teresak-esak. "Uwaaaaaa.. Mama, papa! Saya nak balik!". Puteri Alice tidak sanggup melihat Maira yang sangat kecewa kerana tidak dapat pulang.
......................

Nantikan sambungannya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience