SI PENCURI CLURUT!

Fantasy Completed 833

Maira mengajak Gouji bersandar di sebatang pohon yang berada disitu.

"Awak ceritalah. Awak dah kenapa?", tanya Maira. "Tak ada apa-apa pun. Hihi", sengihan Gouji tidak meyakinkan Maira. "Hmm.. Saya rasa awak mesti penat. Jom lah kita sewa mana-mana hotel yang terdekat dari sini. Lagipun dah magrib. Ada orang kata hotel-hotel di situ percuma", kata Maira. Gouji hanya mengangguk.

Setelah tiba di sebuah hotel gula-gula, mereka masuk dan memilih bilik masing-masing untuk disewa. "Maira, jom lah sebilik dengan saya", permintaan Gouji membuatkan Maira tidak senang. "Tak nak. Mana boleh duduk sekali dalam satu bilik. Huh", Maira melarikan wajahnya lalu beredar dari situ. Dia menyewa selang beberapa bilik dari Gouji. Gouji yang melihat reaksi Maira menjadi hairan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keesokan harinya, mereka bersedia untuk sambung mencari Clurut pada awal pagi. Maira yang sudah bersiap keluar dari biliknya kemudian menuju ke bilik Gouji. Di mengetuk pintu bilik Gouji berkali-kali. Namun tidak dibuka sama sekali.

"Hei, saya ada di sinilah", panggil Gouji yang tiba-tiba muncul di belakang Maira. "Eh, jangan sentuh saya lah!", Maira menyiku tangan Gouji. "Mengapa tidak boleh. Dari semalam saya berasa hairan dengan awak", tanya Gouji sambil memandang tajam pada Maira.

"Saya kan islam! Mana boleh suka-suka sentuh yang bukan mahram", jelas Maira dengan sedikit marah. "Ouh, baru saya ingat. Saya dah lama tak tinggal di bumi, manalah saya nak ingat", ujar Gouji sambil menggarukan kepala.

"Sudah, jangan buang masa. Mari kita sambung cari Clurut", Maira dengan semangat sekali berusaha mencari Clurut. Gouji yang memandangnya berasa kasihan membiarkan Maira mencari Clurut yang sebenarnya tiada di mana-mana. Dalam perjalanan mereka, Gouji yang bersalah itu akhirnya meluahkan perkara yang sebenar.

"Erkk.. Maira. Sebenarnya yang mengambil Clurut dari tanah fantasy itu... Saya. Saya minta maaf! Saya telah membuat awak tidak dapat pulang ke bumi. Saya terpaksa berpura-pura tidak tahu sebab saya tak mahu awak benci dengan sikap saya. Saya sebenarnya..... jatuh hati kat awak lahhhh", kata Gouji menutup matanya dengan rapat sambil menunduk ke bawah.

Maira memandangnya. Dia sungguh tidak percaya bahawa perkataan-perkataan tersebut keluar dari mulut Gouji sendiri. Maira tersenyum. "Terima kasih, awak sudah jujur pada saya. Jangan takut. Yang penting awak dah beritahu perkara yang sebenarnya", ujar Maira dengan malu-malu setelah mendengar luahan perasaan daripada Gouji.

Wajah Gouji bertukar gembira. Ternyata Maira adalah seorang yang baik hati. "Sekarang, mana Clurut tu?", tanya Maira. Kemudian, Gouji mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Ia adalah Clurut! Maira tidak sangka, Clurut ialah berlian yang cantik dan bersinar indah dari jangkaannya.

"Yeay!! Dengan ini, saya dapat pulang kerumah. Terima kasih, Gouji! Dah 3 hari saya tak balik", ujar Maira dengan penuh gembira. Gouji juga turut gembira.
......................

Nantikan sambungannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience