Chapter 4 : Our adventure toward the future

Romance Series 430

Titisan hujan di luar kawasan bangunan tidak menunjukkan tanda-tanda bakal berhenti dalam masa terdekat membuat tubuh Aera yang memakai pakaian hospital nipis  mengiggil

" Mintak maaf Aera. Aku tak ada selimut lebih nak bagi dekat kau" Belle menarik selimut sedia ada yang menutupi bahagian bawah badan Aera naik ke atas " kau sabar ye, esok aku cuba tanya ketua jururawat kalau ada stock selimut lebih"

" Silly" hidung Belle ditekan. " Kau kata aku tak berubah tapi kau tak sedar kau pun sama Belle. Nampak, kau takut aku sejuk sebab selimut tak tebal padahal kau tak ada selimut langsung untuk tutup badan kau"

Mata Belle memandang ke arah bahagian pahanya yang bebas tanpa sebarang tutupan sebelum tersenyun kecil " kau baru sedar dari koma, tahap immune badan kau lemah lagi berbanding aku."

"Sama je" selimut yang menutupi badan Aera ditolak separuh ke arah Belle " kongsi jelah apa susah. Jangan tolak, kalau tak aku buka sejarah hitam hidup kau waktu cinta kau kena tolak depan cafe Lixxen dulu"

"Hey Aera !" Muka Belle berubah merah sebelum separuh selimut yang disua oleh Aera diambil untuk menutupi bahagian badan " terima kasih Aera, dah lama aku tak rasa hangat macam ni"

"There, there.." Aera mengusap rambut Belle " lepas ni kita cari sikat pula. Rambut kau dah kusut teruk "

"Haha, okey.." Belle meletakkan wajah di sisi katil  " cerita aku tak habis lagi.."

" Ada lagi ? Beratus meteor jatuh dalam satu malam bukan kemuncak cerita kau ? "

"Tak. Meteor jatuh tu cuma permulaan untuk semua tragedi yang bakal melanda dunia kita "

" Meteor tu jatuh dekat kawasan bandar ye? Berapa banyak bangunan yang runtuh atau.. berapa banyak nyawa yang hilang "

Belle termenung lama " kalau hanya itu yang jadi , kita tak akan ada di sini. Meteor tu turun.. bawa entiti asing bersama"

"Cough ! Cough ! " Aera terbatuk kuat mendengar tutur kata Belle "...entiti asing ?"

"Huh.." keluhan yang entah kali keberapa dilepaskan buat hari ini "yeah entiti asing, lebih tepat, contoh yang aku bagi dekat kau tadi "

"Con.. filem Dawn in the sky tu! "

"Yes , cuma dari hanya ada raksasa berbentuk naga dan alien mata bulat berkulit hijau.. entiti yang turun sekali wujud dalam pelbagai bentuk dan ukuran berat. Setiap satu lebih menakutkan dari yang sebelumnya "

Dahi Belle disentuh

" Tak panas , maksudnya kau tak demam " Aera menarik nafas lega

" Aera kau ! Hump " Belle mengeleng kepala sebelum beralih melihat pak cik Liam yang baru hendak melelapkan mata

"pak cik Liam ! Surat khabar tu dari Monst post ke ? "

Lelaki pertengahan umur itu mendegus kasar " betul.. kenapa?"

Muka Belle bersinar " saya pinjam sekejap ye "

"He..hey ! Aku dapat surat khabar ni lepas bahayakan diri pergi red zone. Kembalikan semula!"

"Sekejap je " Aera tidak mempedulikan bantahan lelaki tersebut dan merentap helaian surat khabar yang sudah pudar warnanya

" Tarikh tahun lepas " omel Belle sambil membaca halaman utama
"tapi sekarang kau percaya kan"

Tanpa jawapan, lirikan Aera jatuh terhadap isi muka depan surat khabar lama yang ditunjuk oleh Belle

       " Sans Kuala sekali lagi diserang oleh Tranxuours dan Dokgakbi malam semalam. Serangan mengejut itu terjadi setelah kawasan tersebut diletakan di dalam kawasan hijau oleh pasukan keselamatan Pangkalan 7 hanya beberapa hari lalu "

Di bawah perkataan yang terpampang besar di helaian surat khabar terselih sekeping gambar yang  sudah hilang seri warnanya.  Bentuk wujud seekor ular gergasi bertanduk dua dan bersisik tajam sedang melilit bangunan dan juga raksasa tinggi seperti Centaur berkepala empat dan menpunyai lapan kaki seperti kuda sedang menghayunkan gergaji tajam ke arah udara dikelilingi puluhan kapal terbang penembak

"Ha..ha.." ketawa Aera kedengaran janggal sebelum nada itu hilang "..serious lah.."

" Kalau kau tak percaya juga " nafas Belle mula laju " tunggu sampai kau termasuk dalam Xepmesis. Waktu tu segala akal logis yang kau percaya selama ni akan hancur "

"Xeps what..?" Lintah Aera berbelit menyebut ayat yang diucapkan oleh Belle " kau nak cuba buat  aku faham yang dunia kita..dunia normal kita dah tukar jadi genre fantasi dengan kedatangan makluk raksasa dan seangkatan dengannya?"

"Xepmesis, dunia yang ditinggalkan. Dunia asal entiti asing yang datang serang kita. Ada dua cara bagaimana dunia kita dan Xepmasis bergabung. Pertama, lubang hitam. Lubang hitam muncul tanpa mengira tempat dan masa, mengeluarkan pelbagai jenis makluk raksasa seperti yang kau lihat di helaian surat khabar ni"

" kedua.." suara Belle tenggelam disebabkan sambaran kilat di luar bangunan " setiap bulan dimana pada hari seluruh langit bertukar warna menjadi merah, akan terbentuk lapisan dome besar yang menutupi ruang udara di seluruh pelusuk benua dan persekitaran kita berubah, bercampur dengan persekitaran sedia ada dari Xepmasis bersama seluruh entiti asal alam tersebut. Kau tak akan faham gambaran keadaan waktu tu selagi kau tak lihat sendiri"

"maksud kau, kita hidup co-exist dengan diorang?"

" macam tu..dan juga bukan " Belle melihat titisan hujan yang turun " mereka..entiti asing itu..tak pernah anggap kita sekutu atau setaraf. Kita hanya bahan makanan untuk mereka, tak lebih tak kurang "

Bulu roma Aera naik " tak lawak Belle, bahan makanan apa" 

" Kita.." kata-kata Belle terhenti apabila suara tempikan kuat kedengaran

"Belle! Perempuan sial dekat mana kau! Ketepi orang tua tak guna, kau nak aku sepak kau ke!"

"No!" Belle pantas bagun dan melihat kearah suara tersebut, warna mukanya berubah pucat.

"Belle? " Aera menanya pelik, baju Belle yang sudah pudar dari warna asal dipegang

Kelibat dua lelaki botak berbadan gempal dipenuhi tatu di lengan dan rantai besi leher dililit sekeliling  bahagian leher muncul dari arah pintu masuk.

Salah seorang mereka menendang tubuh seorang wanita tua yang terbaring lemah di lantai

" Dasar penghabis makanan, sepatutnya manusia tua macam korang yang tak ada fungsi dilempar je ke dalam lubang hitam."

Bibir Belle digigit sehingga berdarah manakala tangannya dicengkam erat

"Oh, perempuan sial.." langkah mereka diatur tepat ke hujung ruangan " Ketua base nak jumpa kau "

".... Aku tahu..." Belle mengalih memandang Aera " ..aku..aku ada kerja. Kau rehat dulu ye"

"Haha!" Rambut Belle ditarik "bukan kau. Ketua dah bosan dengan kau jadi dia suruh kami buat apa saja kami nak dekat kau "

Tubuh Belle ditolak kasar jatuh menghentam lantai

Mata kedua mereka melihat Aera dengan pandangan ghairah sambil menjilat bibir  " yang dia nak jumpa perempuan ni. Ketua dengar dia dah bangun, dah tiba masa dia balas jasa semula dekat ketua sebab berikan tempat untuk dia tidur tujuh tahun ni"

"Jangan!" Belle membantah " aku..aku masih boleh buat kerja tu. Jangan kacau dia. Ketua..ketua janji tak akan kacau Aera selagi aku.."

Doop!Doop!

Bertalu-talu sepakan diterima oleh Belle. Bunyi permukaan kasut mengenai ketulan tulang tubuh wanita yang sedia kurus membuat kesemua manusia yang berada di ruangan itu bersembunyi dalam ketakutan

Kecuali Aera Marshall

"Berhenti!" Aera melempar liputan selimut ke tepi sebelum turun dari katil dan berlari melindungi tubuh Belle

Doop!Doop!

Sepakan kini berganti kepada tubuh Aera. Rasa ngilu dan sesak dada menjalar dari kaki ke kepalanya

"Sudah, kalau kita bawa perempuan ni jump ketua dengan penuh lebam , yang susah kita juga nanti. "

Lelaki yang menyepak mereka berdua mendegus kasar " hoi kau dengar tak! Kau nak suruh kami hampar karpet merah ke baru kau reti nak jalan"

" jan..auch.." darah memancut keluar dari mulut Belle " aku..biar aku yang pergi "

"Belle !" Aera menahan tubuh wanita itu " kau nak pergi mana dengan luka macam ni. Biar aku je yang pergi, lagipun ketua diorang nak jumpa aku kan "

Kepala Belle digeleng " tak Aera kau.. kau.. jangan.."

" Lagipun " pandangan Aera kembali dituju kearah dua lelaki yang masih memberikan intimidasi tak ubah seperti samseng jalanan " kerja apa yang ketua korang nak aku balas dekat dia? Sebelum aku jatuh koma dulu, aku masih pelajar lagi. Aku tak rasa ilmu perniagaan  yang aku belajar di universiti cukup untuk bantu ketua korang"

"Apa yang perempuan ni merepek " Lelaki yang menendang mereka meludah ke lantai " apa kaitan jual tubuh kau dengan benda kau belajar dulu "

Krak..

Kepingan hati Aera dicuit oleh rasa amarah mendengar kata kesat yang dituturkan oleh lelaki itu namun mulutnya baru hendak dibuka apabila dia menyedari sesuatu

Pantas wajah Belle yang pucat ditudukkan ke bawah, cuba menghidari renungan Aera

Perkataan Belle sebentar tadi bermain semula di minda

" Kalau kau tahu..kau mesti malu dan jijik nak mengaku aku sebagai kawan baik kau.."

Nafas Aera turun naik saat badannya diangkat pergi, hanya laungan jeritan Belle yang menghalang sambil memegang kaki lelaki yang mengangkat Aera bergema di ruangan luas itu.

Tiada suara yang keluar dari mulut Aera kecuali bisikan kecil di dalam hati

" Belle, what have you done.."

the camp : on master attack and on fire also Aera : holy sheet holy sheett human with superpower exist??? you guys exist? existttt? so anyways is this a romance webtoon, why you guys here? girl got her priority straight lol

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience