Chapter 2 : The beginning of the end

Romance Series 430

    " il tuo sorriso mi scioglie il cuore "

-PANGKALAN PENDUDUKAN KAWASAN 13, BANDARAYA LILITH, 2024-

                    " why did did happen....arghh" 

                 " hu..hu..my child..my child is missing, help me"

Kelompak mata yang berkelip beberapa kali sejak dua minit makin ligat bergerak. Sinaran cahaya putih yang makin jelas menusuk ke dalam retina mata membuat rasa jengkel menyambar isi hati.

" can someone just shut off the television, I just want to sleep!" tanpa disedari suaranya bergema kuat keluar dari mulutnya

        " did the wound sti...eh?"

       "my grandfat..auch siapa yang gila menjerit tengah malam ni!?"

"huh..huh.." hempusan nafas yang terasa sukar untuk ditarik dihembus perlahan. Angin sejuk yang masuk dari tingkap yang hampir terlerai menyapa lembut bahagian tubuhnya.

" aku terlupa nak tutup pendingin udara ke? argh kenapa kepala aku rasa sakit sangat? minah bodoh tu. Aku hentuk kepala dia balik esok. Tak guna betul" tangannya diangkat menyapu permukaan kulit kepala, hanya untuk menyedari dari hujung jemarinya ke pergelangan tangan diliputi kain nipis berwarna putih

Disertai kesan tompokan  darah yang kelihatan baru dah selebihnya sedikit pudar.

"eh!?" mata yang masih kuyu kini terbuka luas. Perkara pertama yang dilihat olehnya adalah ruang syiling berwarna kelabu kusam yang rata-rata kesan semen hampir tertanggal dan dipenuhi sarang labah-labah serta bau ubat-ubatan yang kuat membuat  perut yang terasa kosong miliknya hampir mengeluarkan baki makanan yang disimpan.

Kesedaran kedua datang sebaik sahaja rasa mual di dalam perut gadis itu menghilang. Pandangan mata kini tertumpu kearah kawasan sekitarnya.

Berbanding bilik dorm yang luas dan mampu memuatkan empat orang sekaligus yang didudukinya bersama Belle selama dua tahun di universiti, dia sekarang berada di katil berposisi hujung sebuah ruangan luas dimana hanya cahaya matahari lemah yang menyinar masuk dari bahagian tingkap empat segi yang kelihatan seperti hampir tercabut. Bersamanya di ruangan tersebut berisi hampir 40 orang manusia lain dimana ada diantara mereka yang berbaring di atas katil sepertinya namun sebahagian besar sedang merehatkan diri di atas lantai coridor yang berminyak dan dipenuhi sisa muntah dah darah beku yang tidak diketahu berpunca dari siapa atau dari mana.

"eh..." sekali lagi nada persoalan keluar dari mulut gadis tersebut. Beberapa orang dari pelbagai jenis umur tanpa mengira jantina berdiri memandang kagum kearahnya.

     " dia  betul-betul bangun. Kalau dia tak menjerit aku tak tahu suara tu datang dari dia"

   " amazing. jadi apa yang perempuan tu cakap betul. dekat mana dia sekarang?"

  " sesiapa nak panggil nurse atau doktor? dia bangun lepas tujuh tahun macam mana kalau ada side effect atau apa-apa"

" hump! kau ingat diorang ada masa nak rawat kita? lagipun aku tak rasa perempuan tu ada duit untuk bayar kos rawatan"

"argh.." denyutan nadi di sekitar kawasan kepalanya makin kuat, membuat rasa mual yang tadi menghilang muncul semula"

    "hey! perempuan tu dah balik"

Pang!!

Bunyi bakul mentalic kuat menghempap lantai.

"....Ae...Aera..."

Aera Marshall menurunkan tangan yang ditutup di bahagian muka, cuba memicit kawasan di mana denyutan nadi berdenyut laju apabila kelibat seorang perempuan berambut perang pendek yang kelihatan kusut dan kurus dari bentuk badan asalnya serta pakaian koyak dan lama yang kelihatan seperti bertahun tidak diganti.

"Belle..Belle?" mata Aera membulat "Belle Ellis, is that really you?"

"Huwaa..huwaa.."aliran mutiara kecil berwarna putih jatuh dari kelompak mata Belle yang sudah menanggis teresak di depan katil Aera. Bakul mentalic yang berterabur di atas lantai coridor bersama ketulan sabun mandi yang hanya tinggal sisa tidak dipedulikan olehnya

"Aera!!!!" Belle pantas memeluk erat tubuh gadis itu setelah beberapa minit setelah tanggisannya terhenti "Aku tak percaya. Ni bukan mimpi kan! Kau memang dah bangun kan!"

"Bertenang Belle, pertama sekali" Aera melihat suasana sekitar ruangan  yang bertona muram " kita dekat mana sebenarnya? Bukan aku baru kena hentuk dengan bag galas dekat ruang berkumpul block A? Macam mana..kita boleh ada dekat sini?"

Pelukan badan dilepas oleh Belle. Cuaca di luar kini bertukar mendung, menandakan rintikan hujan bakal turun bila-bila masa sahaja.

Belle menekan kuat bahagian lengannya yang kelihatan cedera dan menampakkan ketulan tulang di balik lapisan kulit. Wajah gadis cantik yang dahulunya selalu dihias lengkap dengan peralatan kosmestic berjenama mahal setiap masa kini bebas tanpa sebarang calitan. Walau dengan bibir pucat dan  kelompak mata yang dipenuhi garisan hitam tidak sedikit pun menidakkan kecantikkan semula jadi gadis tersebut

"Ae...Aera..kau rasa..berapa umur aku sekarang?" Suara Belle berbunyi perlahan

"Kau ada masa nak tanya soalan tak penting macam tu!" Lengan Belle yang dihiasi luka baru dan lama ditarik oleh Aera " kau jatuh ke? Did someone hurt you? Tell me Belle I freaking slap them to hell and back!"

"Tak!" Belle menarik semula lengannya dan menutupi dengan helaian bajunya yang sudah terkoyak " aku tak apa-apa, Aera."

"Tapi.." Aera cuba membantah apabila Belle mengeleng kepala memberi isyarat supaya perkara itu ditutup

"Okey, fine." Aera mengalah setelah melihat pendirian Belle tidak berubah " tapi kalau kau ambil keputusan nak buka cerita, beritahu saja aku. Aku sentiasa tadah telingga aku untuk kau walaupun sampai pagi cerita kau tak habis."

Senyuman di wajah pucat Belle muncul "kau...masih sama macam dulu Aera. Mungkin..mungkin hanya kau saja yang masih sama macam dulu diantara kita semua"

"Hurm?" Tanda soal muncul di balik riak mata Aera " dari tadi kau act weird you know.  Tanya pasal umur dan semua. Ka..oh, seriouslah!"

"Huh?" Giliran Belle pula untuk mempamerkan tanda soal di wajahnya " serious apa?"

"Haha. Holy sheet. Aku hampir percaya kita dalam perang dunia ketiga atau mungkin balik ke perang dunia kedua" Aera kembali mengamati kawasan sekeliling mereka " hey Mike! Keluar sekarang! Aku dah tahu ni camera prank kan!, Hey dasar buaya darat, aku terlalu kenal kau untuk tak sedar kau cuba prank aku. Good jod bruh, pelakon tambahan yang kau upah dengan tempat terbiar ni, kau malahan berjaya yakinkan our dearest Belle untuk berlakon watak pengemis. "

Wajah pucat Belle semakin kelam mendengat setiap ayat yang keluar dari mulut Aera

"Haha, kau marah ye Belle aku gagalkan camera prank korang. Relax guys, Aera Marshall was one fucking genius to be make into a fool for this kind of childplay" bahu Belle ditampar berkali-kali

"Tapi sampai kau jadi kurus macam ni, dengan rambut wig kusut semua. Even the wound. Kau upah jurumakeup or kau buat sendiri bagi luka ni nampak real? Korang memang go all out huh? Aku tak jangka parti swimming pool hujung minggu ni tukar jadi hospital horor, berapa lama dah korang rancang tak beritahu aku huh! Haha okey permainan dah tamat. Keluar semua, aku nak dengar ayat "Suprises! you got prank bitches!"

Beberapa orang manusia yang berada berhampiran mereka, masing-masing memakai pakaian hospital kotor dan hampir pudar warna memandang pelik

    "Side effect dia jadi gila ke lepas tujuh tahun koma?"

   " Poor child, she still young and the new reality is too much for her"

Belle yang diam semenjak Aera mengungkapkan segala kesimpulan menarik nafas panjang

"Aera, berhenti dan dengar apa aku nak cakap "

"Haha okey , but aku lapar lah. Korang tak ada makanan ke dekat set ni? Tahap lapar aku ni rasa macam setahun tak makan"

Belle yang baru membuka mulut sekali lagi terdiam. Bola mata wanita itu bergerak ke kiri dan kanan

"Waktu makan..lagi dua jam Aera. Aku ada lebihan roti kering semalam, kalau kau nak?"

"Eh? Sejak bila kau makan roti kering? Bukan kau makan makanan nutrisi yang chef rumah kau masak je ke? Belle, lakonan kau real sangat, apa yang si Mike songok kau sampai kau sanggup ambil watak ni?"

Tidak mempedulikan bebelan Aera, Belle membuka laci kecil di sebelah katil sebelum menarik keluar dua keping roti kering.

" Nah, isi perut kau dulu" Roti kering disua ke arah Aera " sorry, kalau kau dahaga kau kena tunggu waktu makan nanti. Aku tak ada air lebih"

"Thank's." Aera mengambil roti kering dari tangan Belle " kau ada jam tak? Perisa apa pun tak kisah. Bukan setiap hospital ada mesin air dekat coridor atau sebab set ni hospital yang orang dah tak guna mesin air rosak?"

"Jam..." Mata Belle berubah kosong sebelum senyuman lemah terukir "berapa tahun dah sejak aku akhir rasa benda tu.. empat..atau..lima tahun lepas..."

"Crush, crush" bunyi roti kering dimakan oleh Aera kedengaran.

"Dah masuk angin" komen Aera "tapi okey je sekurangnya rasa lapar aku hilang"

Dia kemudiannya melihat Belle yang menelan air liur melihat sisa roti yang makin menghilang dari tangan Aera

"Kau tak makan lagi ke?" Kening Aera berkerut sebelum separuh sisa roti terakhir yang baru hendak dimakan disua semula kearah Belle " ambil ni. Ingatkan aku untuk bagi leg kick dekat Mike bila dia datang nanti. Dasar kapitalis suruh orang kerja tapi kebajikan pekerja tak jaga"

"...terima kasih.." Belle mengambil perlahan sisa roti dalam riak bersalah

"Anyways, benda apa ni?" Aera menunjuk ke arah lilitan kain yang dipenuhi tompokan darah baru dan lama " aku faham korang nak bagi nampak konsep hospital horor ni betul tapi kenapa sampai lukakan tangan aku? Tempat luka tu masih berdenyut sakit, tak korang letak ubat tak sebelum gores tangan aku ni, kalau ada jangkitan macam mana"

"What.." Belle yang mengunyah perlahan sisa roti kaku. Dia memegang kuat pergelangan tangan Aera " diorang ambil darah kau lagi harini? Aku dah beritahu darah kau dah diambil dua hari lepas, kenapa.."

"Huh?" Suara Aera terkeluar " kejap, kejap, kau tengah cakap apa ni? Ambil darah? Dua hari lepas? Belle, kau..okey tak ni? Kau dengan Mike tak buat benda illegal kan, contoh macam..dadah?"

"No!" Belle menafi pantas sebelum keluhan berat dilepas " macam mana aku nak buat kau faham. Kau ingat...ingat semua ni permainan."

"Bukan ke? Mike kan suka buat tema parti pelik dalam skala besar. Aku tak terkejut pun kalau lepas ni dia import dinosaur dari theme park dan buat kita fikir kita dalam filem jurassic"

"Oh Aera.." Belle hampir berputus asa " aku tak rasa 28 tahun Mike ada masa nak fikir semua benda tu"

"Haha kan, 28 tahun Mik.."ketawa Aera terhenti "... Apa kau baru cakap.."

Zang!Zang!

Bunyi guruh bergema di luar tingkap membuat percahayaan di dalam ruang tersebut makin gelap sebelum titikan hujan turun perlahan bersama angin kencang.

"...apa maksud kau 28 tahun Mike.. kita baru 21 tahun Belle, aku tahu kau tak minat matematik tapi macam mana kau boleh lupa umur kau dengan kawan baik kau sendiri! Hanna tak hentuk kepala kau dengan bag galas juga kan?"

Bahagian kepala Belle pantas diusap dalam keadaan risau

"Aku..kotor Aera " Belle menolak lembut usapan dan tangan Aera dari menyentuh dirinya. Riak wajah wanita itu muram " kalau kau tahu.." ayatnya kembali terpotong seketika "...kau mesti jijik dan malu nak mengaku aku sebagai kawan baik kau dah"

Ayat terakhir yang diucapkan oleh Belle terlalu perlahan jika tidak diberi perhatian, ayat itu bakal menghilang
bersendirian dibawa bersama hembusan angin sejuk

"Jijik?malu? Sebab kau berlakon jadi pengemis? Kau!" Aera mengetuk kepala Belle " kalaupun kau memang jadi pengemis, aku tak akan pernah malu nak umum dekat seluruh duit you"re my freaking best friend! Bukan tu je, aku tak akan pernah tinggal kau, aku akan cari cara supaya kita berdua boleh teruskan hidup walaupun kita hilang semua benda. Aku jadi kawan kau sebab aku suka perangai dan cara pembawaan diri kau, bukan sebab siapa keluarga kau atau hanya sebab aku harap apa-apa dari kau"

"Huw.." mata Belle mula berair sebelum dia mengigit mulut, menahan tanggisan dari keluar

"Kenapa , terharu?" Aera mengusik sambil mengenyit mata " tapi kalau kita terjatuh dalam sarang labah-labah maaf lah aku tak boleh tolong kau, aku pengsan dulu kalau benda alah tu mula merayap atas badan aku"

"Haha" buat pertama kali semenjak Aera tersedar, bunyi ketawa datang daripada Belle

"Tak, aku lega. Aku lega aku ambil keputusan yang betul untuk percayakan kau. Antara kita semua..kau saja yang tak berubah langsung Aera.. sebab mungkin bagi kau, hanya sejam atau sehari yang berlalu tapi bagi kami semua..tujuh tahun.. "

"Tujuh tahun..tujuh tahun..dari tadi kau dengan pelakon upahan ni semua asyik ulang ayat tu je. Jadi tema parti kali ni terdampar di hospital terbiar selama tujuh tahun ke?"

"Aera Marshall." Suara Belle senada,  air mata di wajahnya sudah menghilang

"Yeah?"

"Sekarang tahun 2024"

Zang!!

Sekali lagi sambungan bunyi kilat di langit bergema, membuat titisan air hujan turun semakin lebat

"Dah tujuh tahun berlalu sejak kau jatuh pengsan dan koma Aera selepas Hanna pukul kepala kau dengan bag galas. Universiti atau apa saja tempat yang kau kenal selama ni dah tak wujud Aera."

"....what..?"

aera, you're an idiot(´-﹏-`;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience