Chapter 5 : our adventure toward the future (2)

Romance Series 430

 
"Hey perempuan, kau tahu kan macam mana nak layan.."

"Shut up" nada Aera dingin " sepatah lagi keluar dari mulut jahanam kau tu, I freaking kill you. "

Langkah kaki mereka menapak menuju ke aras tiga bangunan lama yang keadaan sekelilingnya suram dan dipenuhi bunyi rintikan hujan dari luar

Wajah kedua lelaki berbadan tegap bertukar hodoh sebelum salah seorang mereka menendang kaki Aera

"Jahanam? Hoi perempuan, aku tak lempar kau dekat raksasa di red zone tu dah kira bagus. Kau ingat sebab ketua berminat dekat kau, kau boleh buat apa saja kau nak? "

"Auch " Aera menahan rasa sakit yang dirasa akibat sepakan memandang tajam " cuba lah kalau kau berani. Kau nak bertaruh selepas aku, ketua kau lempar kau pula dalam tu?"

"Kau!" Nada lelaki itu naik apabila rakannya memegang tangan, menghalang dari mengenai muka Aera

"Cukup Kai, aku dah kata kan jangan ada lebam di wajah perempuan ni atau ketua akan susahkan urusan kita  selama kita dekat sini "

"Tapi Jekel, perempuan sial ni cari pasal dulu dengan aku! Kalau dia tak mula.."

"Sial?" Aera memotong percakapan Kai " otak kau terecat ye. Memang silibus perkataan kau setakat tu je? Panggil semua orang sial? Tak nak belajar perkataan baru? "

"Dasar perempuan.." tangan Kai dinaikan sebelum dipintas oleh Jekel "aku cakap cukup kan!"

"Bangsat !" Sumpahan demi sumpahan keluar dari mulut Kai saat pegangan tangan Jekel dilepaskan "kau ingat ye  perempuan, lepas ketua dah bosan dengan kau, aku bakal buat kau menyesal atas perkataan kau harini "

"Oh " muka Aera kekal sama " can't wait for that .."

"Pui!" Kai meludah di tepi koridor sambil memandang tajam. Mulut lelaki itu menguman beberapa lagi perkataan kasar

"Aku tak peduli Kai nak maki kau " ayat mengejut Jekel yang diam dari tadi melihat kelakuan mereka berdua berbunyi " tapi aku ada nasihat untuk kau.."

Matanya memandang tepat wajah Aera

" Orang macam kau.. yang tak tahu realiti dunia sekarang, kebanyakannya tak mampu bertahan hidup lebih dari sehari.  "

Kai tersenyun sinis mendengar balasan Jekel

"You guys know what?" Aera mengeluh " siapa sebenarnya raksasa , kau atau makluk dekat luar tu?"

"Kau cakap apa!" Amarah Kai kembali, nafasnya dihembus kuat

"Maksud aku, yelah makluk dekat luar tu mungkin apa yang manusia klarifikasikan sebagai "raksasa" berdasarkan rupa bentuk mereka dan kelakuan mereka yang bertindak berdasarkan instituasi liar seperti  binatang dari akal logis tapi berbeza ke kau dengan makluk tu? Kalau kelakuan mereka disebabkan mereka tak mampu berfikir seperti kita, apakah darjat kau lebih rendah dari itu apabila kau, manusia yang dikurniakan akal fikiran sempurna sanggup rosakkan hidup orang lain hanya untuk puaskan manusia zalim seperti ketua kau yang dipenuhi nafsu serakah sahaja. Kau tak rasa kau lagi menyedihkan dari makluk dekat luar, sekurangnya mereka tak ada akal untuk berfikir tindakan mereka betul atau tidak , berbalik dengan kau."

Baju hospital Aera direntap sebaik dia menamatkan ayat tersebut.

"Aku nasihatkan.." mata Jekel bersinar di dalam gelap " kau diam untuk kebaikan nyawa kau sendiri "

"Huh " tiada rasa takut di wajah Aera " kenapa? Rasa bersalah kau menyerang ke sebab jauh dalam hati kau tahu apa yang aku cakap betul. Orang yang jual rasa kemanusian dalam diri dia untuk duit dan kedudukan seperti kau, korang lah sebenarnya "raksasa" bertopengkan tubuh badan manusia "

Pak!

Tubuh Aera dilontar kuat ke lantai koridor. Wajah Jekel segelap kawasan sekeliling mereka 

"Kai " senada diturukan oleh Jekel

"Ya?" Nafas Kai juga turun naik, riak muka lelaki itu berkerut teruk membuat dia kelihatan seperti seekor monyet yang kelaparan

" Aku seorang yang jumpa ketua dan cakap laporan pasal perempuan ni dah bangun tak betul. Kau seret dia ke ruang bawah tanah "

Senyuman mengerikan muncul di wajah Kai sebelum dia memegang kedua bahu Aera " aku dah kata kan perempuan, aku akan buat kau menyesal.."

"Ja..jangan sentuh aku !" Aera cuba melepaskan diri dari pengangan Kai yang sudah mula menarik dirinya dari arah bertentangan dengan Jekel
"Kau! Kalau ketua kau tahu apa kau dengan jantan bodoh ni buat.."

Pandangan mata Jekel melihat Aera kosong sebelum mengalihkan badan dan melangkah pergi  "  dead man tells no tales "

Rasa gemuruh menyerang badan wanita itu sambil dia cuba meronta sekuat mungkin " If anything happen to me, I curse you ! I freaking curse you to hell and back!"

Rontaan Aera tidak dipedulikan , tarikan Kai makin menguat

Bayangan tubuh badan Jekel menghilang dari balik dinding ketika tubuhnya diseret menuruni tangga

"Hahahaha kau rasa siapa yang boleh selamatkan kau ? Perempuan sial Belle tu ? Mampus kau, aku akan ajar kau untuk sedar diri di dunia sekarang ni, manusia tak berguna macam kau dan perempuan sial tu tak layak hidup "

"Lepaskan aku jahanam!" Aera turut menyumpah "sepatutnya yang tak layak hidup tu kau, dasar palesit yang hanya tahu kipas punggung ketua kau"

Ktak!Ktak!

Sepakan bertubi dituju ke arah badan Aera yang masih dipegang membuat darah tersembur keluar dari mulut wanita itu.

"Kugh!kugh!" Batukan Aera bergema di ruang tangga " you fucking.."

Belum sempat ayat dihabiskan, tubuh Kai dihentam oleh satu aliran cahaya berwarna kuning sebelum bunyi elektrik kedengaran

Mata Aera terbuka luas

"Argh!" Jeritan kesakitan dari Kai menganti suara Aera. Pegangan terhadap badan Aera terlepas mengejut. Aliran elektrik terus meliputi tubuhnya, membuat bahagian kulit lelaki itu berubah hitam.

Dan jika itu belum cukup untuk membuat nafas Aera berhenti seketika, sebatas tubuh lain laju berlari ke arah mereka dan menendang Kai yang masih menjerit jatuh ke bawah

Dup!Dup!

Badan Kai berguling dari bahagian tangga atas ke bawah sebelum terbaring di permukaan lantai. Aliran elektrik masih kekal membakar lelaki itu namun kesedarannya sudah menghilang. Mata Kai bertukar putih sementara mulutnya mengeluarkan buih tanpa henti

"Aera , kau tak apa-apa kan?" Dari belakang, suara Belle berbunyi "Aera!"

Aera masih memandang tubuh Kai yang hampir hitam keseluruhannya tanpa berkelip. Peluh dingin jatuh dari dahi  " just what was this. How can.."

"Aera!" Belle merangkul badan Aera erat " aku mintak maaf. Aku patut datang lebih awal. Aku..aku.."

Lirikan mata Aera beralih dari Belle ke arah seorang lelaki muda yang kelihatan janggal di belakang mereka.

Lelaki itu cuba memberikan senyuman kepada Aera namun seolah menyedari kelakuannya tidak mendapat sebarang reaksi dari Aera, dia mengalihkan muka ke tepi sambil mengosok leher.

"Kau..ke yang buat semua tu.." Aera mula tenang setelah memastikan tiada pergerakan dari Kai " Belle cakap dunia sekarang tak sama macam dulu. Selain raksasa, manusia ada kuasa macam tu juga? "

Muka lelaki itu kembali memandang Aera " Ya. Nama aku Rayyan. Belle.."

"Aku mintak tolong dia!" Belle memotong percakapan Rayyan "dia..salah seorang manusia yang ada kebolehan luar norma"

"Maksud kau aliran elektrik tu memang datang dari badan kau?"

Sekali lagi Rayyan mengangguk. Dia menyua tangan dihadapan Aera dan Belle sebelum cahaya kuning yang dilihat Aera tadi muncul semula

Zzzzts!Zzzzts!

Desingan aliran elektrik yang berpusing di pergelangan tangan Rayyan membuat kepala Aera berpinau. Dia memicit lembut dahi "jadi, selain raksasa yang menganas di luar dan manusia yang boleh keluarkan elektrik dari badan, ada benda lain lagi yang kau rasa patut beritahu aku ? Give me spoiler will you! I have to digest them all before I made my decision how I about to survive here."

"Er.. kita..dalam perang antara alam juga? Tapi kita yang paling lemah antara semua walaupun dengan kewujudan manusia macam Rayyan?" Belle menyambung ayat Aera

"Right, right.." rasa sakit kepala Aera makin kuat " what the hell was all this? Bukan genre webtoon ni berkisar pasal cinta dua puluh empat jam ke? Datang dari mana raksasa semua ni?"

"Aera..?" Belle membuat muka cemas " kau sebut pasal webtoon lagi. Sebenarnya apa yang kau maksudkan dengan tu?"

"Haha" Aera mengeleng kepala "kepala aku mesti terhantuk kuat tujuh tahun lepas sampai aku boleh terbangun dengan imaginasi macam ni. Bangun Aera, bangun! Kau masuk dalam webtoon  bergenre pasal cinta antara dua manusia tak berotak, bukan perang diantara raksasa dan manusia"

"Aera!Aera! Kau betul-betul okey ke ni?" Belle mula cemas " Ray, tolong aku! "

"Aku rasa dia cuma terkejut " Rayyan tunduk di sebelah Belle . Dia terdiam lama sebelum menghebus nafas
" Aera Marshall, aku mintak maaf dahulu sebab.. buat benda ni dekat kau. Aku.. akan cuba sebaik mungkin untuk betulkan apa yang salah "

Belle turut terdiam. Dia memandang Rayyan dan Aera silih berganti sebelum mengigit bibir.

Pak!

Tamparan sederhana kuat di pipi dirasai oleh Aera sebelum wanita itu tersedar dari lamunan

"Ray! Kenapa kau tampar dia" Belle memegang pipi Aera "sakit tak Aera? Bagitahu aku sakit tak?"

"Mintak maaf.."nada suara Rayyan perlahan " kalau kita tak sedarkan dia, Jekel mungkin dalam perjalanan ke arah kita sekarang "

"Ahh.." mata Aera berkelip laju. Wajah Belle dan Rayyan muncul di hadapannya " ... masih dalam genre gila ni nampaknya"

" Kita cakap pasal tu nanti" Belle bangun dan menarik Aera " kita kena pergi sekarang, kalau Jekel tahu apa yang kita dah buat dekat .."

"..Kai.."

Darah di muka Belle turun, membuat wajah cantik itu kembali pucat. Rayyan melangkah berdiri di hadapan mereka berdua,cuba melindungi mereka dari sesuatu

Atau seseorang..

"You bastard!" Suara Jekel diherdik kuat kearah mereka bertiga " That it's. die then!"

Cahaya berwarna biru keluar dari tubuh Jekel sebelum aliran air dilempar ke arah mereka bertiga

"Hati-hati!" Rayyan pantas menolak Belle dan Aera ke tepi, menghalang desusan air tajam dari mengenai tubuh .

Tolakan Rayyan membuat serangan tersebut tepat mengenai badannya. Darah memancut keluar dari kesan luka di seluruh badan lelaki itu sebelum tubuhnya jatuh menghempap lantai.

"Ray!" Belle berlari mendekati Rayyan yang bergetar menahan sakit di lantai. Air mata Belle jatuh semula "Ray, Ray!"

"Holy shit "Aera menyumpah, melihat pusaran air di sekeliling Jekel  " tadi elektrik dan sekarang air.Please don't tell me the next time i'm gonna see fire, earth, wind.."

"Aera!"jeritan Belle sekali lagi menyedarkan dirinya dari lamunan

Pang!!

Bunyi hentakan air mengenai dinding koridor bergema. Aera melihat dinding di sebelahnya yang sudah berlekuk akibat kesan hentaman tersebut.

Urat di kepalanya timbul, menahan rasa marah

"Kau gila ke!" Jeritan akhirnya keluar dari mulut " Kau nak suruh aku jual badan aku dekat ketua jahanam kau tu dan kau harap aku tak melawan? Jadi kenapa kalau kawan kau kena belasah balik, dia layak dapat semua tu. You know it!"

"Di..am" suara Jekel tiada nada. Aliran air tajam yang mengalir keluar  makin banyak, kesemuanya dituju ke arah Aera

"Argh, berhenti!" Aera mengelak ke kiri dan kanan, cuba melarikan diri dari serangan Jekel hanya untuk mengakitbatkan dinding di belakangnya berlekuk dan retak sedikit demi sedikit

"Jekel, atau apa sajalah nama kau " Aera mengambil bata lama yang terbiar di lantai " kalau kau nak mati dengan Kai, dipersilakan. Jangan bawa orang lain dengan kau!"

Lemparan bata Aera senang dipintas oleh Jekel. Hanya dengan sekali libasan, batu bata itu retak seribu

"Perempuan.." Jekel berjalan mendekati Aera "aku dah bagi nasihat dekat kau kan. Salah kau sendiri sebab terlampau bodoh untuk faham"

"Arghhh" Aliran air seperti ombak mengelilingi tubuh Aera sebelum tubuhnya diangkat melayang ke udara

Ombak besar membentuk sebuah bulatan yang dipenuhi air, memerangkap Aera di dalamnya.

"Blup,blup" gerombolan buih keluar dari mulut Aera. Wajah Aera makin membiru akibat kekurangan udara. Kaki dan tangan menampar dan menendang lapisan bulatan sekuat mungkin , cuba melepaskan diri namun tindakannya sia-sia, tiada apa yang berubah

"No!" Belle berlari ke arah Jekel hanya untuk dihantar menghentak dinding oleh serangan mengejut dari lelaki tersebut.

Rasa ngilu dan sesak makin teruk dirasai oleh Aera. Air mata yang keluar bercampur dengan pusaran air disekelilingnya.

Seluruh memori sepanjang kehidupannya sebagai Aera Marshall dan juga memori dari kehidupan asalnya bermain laju di minda

"I don't want to die.." Aera merayu sepi di dalam hati " not like this. I don't want to die. It's hurt so much. Anyone is fine.Help me please! Even the devil itself, I don't care anymore. Help me, I want to live! "

Sometimes, the funny things about prayer is, it's get answer by when you least expected it

Ting tong..Ting tong!

Bunyi siren bergema di seluruh bangunan membuat Jekel tersentak. Pusaran ombak yang mengelilingi Aera melemah sebelum terlerai sepenuhnya membuat tubuh wanita yang melayang di udara menghempap lantai

"Cough, cough" air yang memasuki tubuh Aera tersembur keluar . Nafas wanita itu mula kembali

"Aera.." Belle masih cuba bangun akibat kesan serangan Jekel "Aera.. kau tak apa-apa?"

"Aku.." jawapan Aera terhenti apabila melihat penampilan Belle dipenuhi lebam dan luka di bahagian muka dan badan " kau masih nak tanya pasal aku! Tengok diri kau, you hurt too Belle"

"Ha.."Belle senyum lemah "macam mana..aku tak tanya..you the only thing I still have now Aera"

Balasan Belle diiringi oleh suara pekikan manusia dari seluruh bangunan dan bunyi gauman nyaring

"Shit "Jekel berlari ke arah bawah tangga, melihat tubuh Kai yang masih kaku "shit, shit!"

Rayyan turut bergerak walaupun lukanya masih teruk. Dia melihat Belle " kita diserang"

"Serang?" Tanya Aera apabila dinding di sebelah Belle meletup tiba-tiba.

Atau lebih tepat, dipecahkan dari luar

"Belle!" Aera dan Rayyan menjerit serentak.

Asap tebal meliputi kawasan ruangan koridor tersebut, membuat permandangan menjadi tidak jelas beberapa saat

Namun, kesemua mereka tidak mengambil masa lama untuk menyedari apa yang berada di belakang dinding yang dipecahkan

Belle yang terpelanting ke arah bertentangan membuka mata dan muka wanita itu lebih pucat dari sebelumnya

Di hadapan, wujud satu entiti berbadan manusia separuh dan berkaki kala jengking. Saiz tubuh badannya hampir memenuhi ruangan koridor. Mata merah entiti tersebut melihat kesemua mereka. Wajahnya yang seakan seorang lelaki berkulit dan berambut braid out  hitam tersenyum puas

"Kekekekekee" suara ngeri keluar dari mulut entiti itu " what a fine dinner"

"Eh.." otak Aera mula memproses. "Eh..eh.."

"Dia boleh bercakap!" Suaranya terkeluar spontan " makluk ni boleh bercakap! Kejadah apa ni! "

Belle, Rayyan dan Jekel melihat Aera seolah dia sudah hilang akal

Entiti itu turut melihat Aera. Tangannya yang berkuku panjang disapu di bibir " since you the most  noisy one here, I just eat you first"

Kaki entiti tersebut laju menuju kearah Aera

"Aera!" Belle cuba bangun namun bahagian buku lalinya dihempap oleh cebisan retakan dinding "lari Aera, lari!"

Panggg!

Kaki kala jengking entiti tersebut menusuk kuat dinding , membuat bangunan yang sudah separuh hancur itu bergetar " kau nak pergi ke mana, wahai manusia lemah. Tugas kau hanya untuk kenyangkan aku. Tak susah mana pun, kan?"

" Dia boleh cakap" Aera membuat analysis sambil mengelak tusukan yang makin melaju " tapi bahasa apa dia pakai, dengar pelik je. Ahh, aku tak sign up untuk benda bodoh ni, kemana rancangan aku untuk bercuti dan nikmati hidup dengan harta aku kumpul selepas cerita utama webtoon cliche ni tamat! Give me that life back"

"Kekekeke" ketawa entiti tersebut masih bergema " wahai manusia, lebih baik terima saja kenyataan nyawa kamu semua tidak ada maknanya. Hanya cebisan kuman yang tidak sepatutnya wujud di alam ini"

"Bahasa pelik tu lagi " Aera bersembunyi di balik sudut dinding "kalau kita tak boleh faham apa dia cakap, dia pun sama ke?"

Zzzzst!

Ketika Aera baru hendak menjerit memanggil nama Belle, aliran elektrik menghentam tubuh entiti terbabit

"Rayyan!" Nama Belle berubah menjadi Rayyan, tangan Aera mula merasa sejuk

Rayyan, bersama luka di tubuh yang masih tidak berhenti mengalirkan darah dan pakaian yang terkoyak akibat kesan tusukan bangun. Tubuhnya masih menggigil namun pandangan mata lelaki itu memandang tajam kearah entiti asing yang masih tersenyum puas

Dengan laungan kuat, dia berlari laju tepat menuju di tempat entiti itu berdiri sambil mengeluarkan aliran elektrik yang lebih banyak dari sebelumnya

Aera tergaman. Dia kemudiannya melihat ke tangga

Right!

"Rayyan, aku tahu apa yang aku bakal cakap kedengaran pentingkan diri, tapi kau boleh tahan dia sekejap. Aku ada idea, cuma pastikan kau tak guna semua tenaga kau, boleh?"

Rayyan yang mengelak tusukan kaki entiti tersebut mengangguk " aku boleh.Buat apa yang kau perlu buat buat"

Aliran elektrik milik Rayyan berselang seli melakukan hentaman kepada entiti yang nampak seperti tidak mempedulikan serangan Rayyan,seolah setiap serangan Rayyan langsung tidak memberi kesan kepadanya

Melihat perhatian entiti separuh manusia dan separuh kala jengking sudah teralih darinya, Aera pantas berlari kearah tangga.

"Jekel!" Panggil Aera " kalau kau nak hidup, tolong aku, tolong kami tewaskan makluk tu!"

Jekel, bersembunyi di celah tangga memegang tubuh Kai yang masih kaku memejam mata " hidup dan mati kau bukan masalah aku "

Darah Aera naik. Dia berlari turun dan memegang kolar baju Jekel "dengar sini lelaki tak guna, kau tutup mata dengan ketidakadilan yang berlaku sekeliling kau dah buat aku muak, jangan tambah dengan jadi pengecut"

Tangan Aera ditolak. "Kau bunuh Kai!"

"Dan kau rosakkan hidup kawan baik aku, apa beza kita?" Balas Aera "sekurangnya kawan kau layak terima hukuman ni tapi bagaimana dengan Belle? Atau berapa ramai lagi wanita yang kau dan ketua kau dah hancurkan hidup mereka untuk kepuasan korang?  Aku tak patut tanya apa beza kita, aku patut tanya apa beza kau dengan entiti dekat atas tu!"

"Pergi, sebelum aku betul-betul bunuh kau" Jekel kembali bersembunyi

Panggg!

Bunyi sesuatu menghentam kuat bahagian dinding kedengaran

"Rayyan!" Suara Belle bergema sesaat kemudian

"Jekel?" Nada Aera berubah terdesak "Rayyan yang lebih lemah dari kau sangup pertaruhkan nyawa dia untuk selamatkan kita. Jekel, jika ada..walau sedikit pun kesedaran dalam diri kau, kalau sedikit pun sifat kemanusia masih berbaki dalam hati kau.."

Air mata Aera menitik

"Tolong kami Jekel. Tak ada manusia lain yang harus mati harini."

Pang! Pang!

Kesan hentaman bertubi berbunyi tanpa henti sambil diiringin jeritan Belle.

Jekel melihat lama tubuh Kai yang sudah sejuk. Tangannya dicengkam erat.

Di koridor atas, tanggisan Belle makin melemah bersama sisa tenaganya. Tubuh Rayyan yang ditusuk bertuli mengeluarkan darah membasahi ruang lantai

"Kekekeke" entiti itu menghisap darah Rayyan di tangannya "bukankah lucu melihat makluk lemah seperti kalian cuba menyelamatkan nyawa kalian yang tiada nilai itu."

Entiti asing itu mendekati tubuh Rayyan. Dia cuba bergerak namun bahagian perutnya kekal ditusuk oleh kaki entiti tersebut

"Sayang sekali. Aku tidak suka mengambil makanan dalam keadaan kotor seperti ini  namun rasa laparku lebih kuat. Berbanggalah wahai manusia lemah, kamu menjadi manusia pertama yang dimakan dalam keadaan kotor oleh The great Cuikes, Xepmesis finest gourmet."

"Rayyan!"

Serentak panggilan Aera dari belakang, pusaran air mengelilingi tubuh entiti itu, membuat bulatan besar

"Kekekeke, kalian ingat dengan kuasa lemah seperti ini mampu membunuh aku? Dasar manusia, nampaknya kami di Xepmesis terlalu baik dengan kalian sampai diremehkan sebegini"

Kakinya yang menusuk perut Rayyan ditarik sebelum entiti itu mengalihkan badan.

Deretan buluh kecil  keluar dari bahagian kaki entiti itu dan terbang kearah Aera dan Jekel

"Auch" Aera menahan rasa sakit ketika salah satu buluh kecil itu terkena lengannya membuat luka kecil

" Jaga diri kau perempuan!" Jekel memecahkan buluh itu dengan air yang dibuat bentuk kayu tajam

"Aku tahu " Aera mengigit bibir "kau teruskan dengan rancangan kita. Aku pergi sedarkan Rayyan "

Kling!Kling!

Kayu tajam dan buluh kecil menyerang satu sama lain di udara, memberi ruang untuk Aera bergerak kearah Rayyan

"Rayyan!" Aera mengoyangkan tubuh lelaki yang terlekat di dinding "Rayyan! Bangun. Rayyan!"

"Hmm" mata Rayyan terbuka sebelum dia melihat Aera

"Kau masih ada tenaga?" Aera tidak membuang masa "aku janji kali ni kali terakhir. Guna semua tenaga yang kau ada dan serang makluk tu lepas aku bagi arahan "

Rayyan memegang lubang yang terbentuk di perut akibat kesan tusukan sebelum mengangguk lemah

"Terima kasih..dan mintak maaf Rayyan, kau terpaksa perjudikan nyawa kau untuk kami "

"Perempuan!"

Aera menarik nafas setelah namanya dipanggil oleh Jekel.

"Kau dah sedia, Rayyan?"

"Yeah.."

Aera kembali memandang Jekel "sekarang!"

"Auhhhhhh" Jekel menjerit kuat membawa lapisan ombak tinggi mengelilingi tubuh entiti tersebut, membentuk bulatan yang menghalang entiti itu dari bergerak

"Aku dah kata, kuasa lemah seperti ini.."

"Rayyan,sekarang!"Aera tidak membiarkan entiti itu menghabiskan ayatnya

Zzzzts,Zzzzts!

Aliran elektrik ditolak kuat dari tubuh Rayyan menuju ke arah pusaran ombak milk Jekel

Perkara yang berlaku seterusnya membuat kesemua mereka terdiam. Aliran elektrik milik Rayyan menyambung dengan pusaran air Jekel dan menyambar tepat tubuh entiti tersebut

Pangzzt! Pangzzt!

Cahaya putih menyinari ruangan gelap itu diiringan laungan nyaring entiti asing yang hampir membingitkan telingga mereka

Tubuh entiti itu terbakar di dalam masa sesaat. Laungan entiti itu makin melemah sebelum hilang sepenuhnya

Dalam masa tidak kurang lima minit, hanya tubuh entiti manusia separuh kala jengking yang sudah kehitaman jatuh menjejak lantai, tidak bergerak

"We...we did it! Of course when electricity meet water everything in the way get burn. All hail science!" Aera melonjak gembira

Belle kaku sebentar sebelum tersenyum kecil " Aera,Ray, korang berdua!"

Jekel mengelap peluh di dahi. Dia kemudian memandang kearah luar kesan runtuhan dinding

"Rayyan! Rayyan" Aera kembali mengoncangkan tubuh Rayyan yang sudah tidak sedarkan diri "luka dia terlalu dalam Belle. Kita kena bawa dia dapatkan rawatan"

"Aku tak rasa benda tu yang patut kau risaukan sekarang" Jekel yang berdiri di balik runtuhan melihat luar

"Apa?" Aera bergerak ke arah Jekel, turut melihat ke luar sebelum anak mata wanita itu membesar

Di luar, dipenuhi asap yang datang dari seluruh kawasan camp, di atas japan bergelimpangan tubuh manusia,masing-masing sudah tidak bernyawa. Beberapa raksasa pelbagai bentuk dan size sedang menganas tanpa henti, memakan dan membunuh sesiapa sahaja yang dilihat oleh mereka

Suara rintihan dan jeritan memintak tolong boleh didengari di setiap sudut.

Lebih teruk, di langit dua ekor burung raksasa berparuh tajam sedang berkeliaran mengeluarkan api membakar kawasan camp.

Peluh dingin Aera kembali jatuh.

"Screw this genre and webtoon. I'm out!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience