Parallel Universe
Satu perkataan yang selama ini meniti di bibir umat manusia namun tiada sesiapa yang mampu membuktikan kewujudan atau kebenaran tentang teori tersebut. Manusia terbahagi kepada dua kumpulan. Bagi sesetengah orang, ayat yang diucapkan itu hanyalah satu perasaan yang cuba ditanam di dalam hati bahawa manusia yang menghuni alam seluas tanpa penghujung ini tidak bersendirian.Bahawasanya terdapat diri kita di dunia lain, yang menjalani kehidupan berbalik dari yang kita lalui sekarang. Bagi yang selebihnya, perkataan itu hanyalah sebuah alat dan mimpi yang digunakan untuk melarikan diri dari realiti dan kenyataan hidup
Aku...pernah berada di dalam kumpulan kedua namun kini segala logik dan pengetahuan di dalam bidang sains yang cuba dipertahan oleh diri aku selama 26 tahun kehidupan aku di muka bumi mula hancur lebur satu persatu. Sehingga hari ini, tiada suatu detik pun yang berlalu tanpa aku mempersoalkan siapa aku atau di mana aku sebenarnya.
Semunya bermula pada hari tersebut, tepat pada pukul 12 pagi tujuh tahun lalu. Kehidupan aku yang bergenre realitis bertukar menjadi fantasi. Antara realiti dan khayalan, tahap kesedaran mental aku mula menipis. Dunia yang aku kenali mula berubah menjadi seperti salah satu cerita di dalam novel yang kubaca saat aku punya waktu terluang.
Kehadiran "Dia" merubah semuanya. Siapa "Dia"?. Sejujurnya aku tidak yakin jika kewujudan sesuatu entiti yang mampu merubah norma normal menjadi abnormal dalam masa sesaat boleh dipanggil sebagai "Dia". Aku tidak yakin jika entiti itu manusia seperti aku atau mungkin lebih dari itu. Jika ditanya sehingga saat ini, aku masih tidak mampu memberikan jawapan yang tepat untuk persoalan itu.
"After all if you meeting the unknown, you became the unknown itself"
Share this novel