Chapter 3 : To you, I told my story

Romance Series 430

"haha" ketawa Aera pecah setelah beberapa minit berlalu " kau hampir dapat aku dekat situ Belle. Oh my god"

"Aera...." suara Belle berubah terdesak " aku serious ni, memang dah tujuh tahun berlalu sejak kau koma"

"okey,okey" Aera cuba melayan desakan Belle " katakan lah apa kau cakap betul, macam mana kau boleh rawat aku tanpa sebarang bantuan perubatan, aku mintak maaf tapi ruang ni nampak sangat bukan hospital yang betul dan beroperasi secara normal. Tengok aku sekarang! tak ada mesin bantuan penafasan atau sebarang iv drip pun dicucuk dekat aku. Aku mungkin bukan budak perubatan tapi semua tu bukan standard ke untuk orang koma, terutama kalau sampai tujuh tahun .."

"tak perlu." Belle menjawab tanpa ragu " sejak manusia yang ada healing power muncul selepas Caelum , mereka yang urus keadaan pesakit bersama doktor dan jururawat. Sebab tu kos perubatan meninggi..tak semua orang sakit mampu dapatkan rawatan ..banyak yang kehilangan nyawa sebelum sempat dirawat..."

Sistem saraf Aera cuba menyambung mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut Belle " healing power? Caelum? Belle explain dalam baby word boleh. Kau baru lepas tengok filem ke apa nama pelik-pelik keluar dari mulut kau"

"argh, menjengkelkan sungguh! kenapa kau tak faham lagi " Belle menepuk dahi "look, kau pernah tengok Dawn to the sky?"

"of course!" mata Aera bersinar " siapa je tak tengok filem paling popular tahun lepas. Kan kita berdua dengan anggota Kripses yang lain pergi tengok sama-sama. Damn, aku masih teringat kemuncak filem tu bila pemain lelaki utama sanggup bertukar jadi kaum raksasa naga semata nak halang penjajahan alien dari memasuki orbit bumi"

"right.."Belle menyambung " jadi kalau aku cakap kaum raksasa and kaum alien tu bergabung dan kita sebagai manusia tersekat di tengah pertarungan antara pelbagai makluk dari dimensi berbeza adalah realiti dunia kita sekarang kau faham kan?"

"haha, no way!" Aera kembali ketawa sambil mengeleng tangan

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Belle selain pandangan yang memberi maksud " I did not lie an inch"

"no...way.." ayat Aera mula menjadi gugup " Belle tak lawak okey, sudah dengan gurauan dan prank camera ni. Panggil Mike serta anggota Krepses yang lain sekarang!"

" aku harap aku boleh panggil mereka semua.."

"Belle Ellis!" suara Aera bertona tinggi, peluh dingin mula jatuh dari dahinya

" Aera Marshall!" Belle juga meninggikan suara " pernah ke selama kau kenal aku, aku tipu kau? tambah-tambah benda penting macam ni!"

"tapi.." Aera masih cuba mengalih " macam mana.."

" kau bertenang dulu.." tangan Aera dipegang " aku jelaskan dekat kau satu persatu. Janji dengan aku, waktu aku cakap jangan menyampuk sikit pun sampai aku habis, boleh?"

Nafas panjang ditarik sebelum kepala Aera diangguk perlahan.

" so.." suara Belle menjadi biasa " selepas Hanna gila tu hentuk kepala kau dan kau pengsan on the spot, aku telefon Dean and Ikky datang angkat kau pergi hospital. Doktor yang periksa kau waktu tu betul-betul ingat kau overdose sebab pertama kau pengsan mengejut, gerakan nadi dan jantung kau berdetik tak teratur. Paling dia suspek firasat dia betul sebab anak mata kau..mengecil dari biasa"

"apa!" sponta Aera menjerit

"ishh" lelaki pertengahan umur yang sedang berbaring di sebelah katil mereka membuat isyarat diam

"mintak maaf pak cik Liam" Belle memberi tunduk hormat sebelum menjeling Aera " aku cakap jangan menyampuk kan.."

"aku tak sengaja..." Aera memuncungkan mulut

Belle membulatkan mata berwarna kuning keemasan miliknya.

" aku diam sekarang..."

"bagus" Belle kembali mengambil posisi " dekat mana aku tadi? oh lepas doktor letak kau di unit rawatan rapi, kami beritahu keluarga kau tapi..."

" diorang tak kisah?" Aera terus menjawab spontan sebelum menyedari keculapan mulutnya "bukan aku! pak cik sebelah tu"

" kau lah.." Belle tidak mampu meneruskan amarahnya sebelum mengangguk "Ayah...ayah kau cakap..biar je kau duduk situ supaya kau sedar diri tak susahkan hidup diorang"

" aku agak dah, sejak bila keluarga aku peduli pasal diri aku. Mereka hanya gunakan aku untuk dapatkan koneksi dengan keluarga Nathahiel saja"

"pasal tu juga.." Belle kelihatan serba salah " sebab kau pengsan dan koma, selepas sebulan.. Nathahiel putuskan pertunangan korang dan..dan.."

"oh, lelaki bodoh tu akhirnya ada keberanian juga nak buat keputusan. Character development betul" Aera tersengih puas " aku ingat selamanya dia nak sembunyi bawah telunjuk ayah dia"

"kau tahu apa dia buat selepas tu?" Belle mencengkam aksi penumbuk " jantan tak guna tu putuskan pertunangan korang semata sebab kau tak sedarkan diri, dia kata keadaan kau tak membantu dia cukupkan syarat datuk dia untuk jadikan dia pewaris kedua jadi dia bawa perempuan sial tu ganti tempat kau."

" Belle, bahasa, sabar." Aera mengetuk tangan wanita berambut perang tersebut " kau pun tahu aku tak ada rasa apa pun dekat lelaki tu. Dengan siapa dia nak kahwin tak ada kaitan dengan aku. Tapikan, Uncle Adriel dengan Aunty Jaine tak ada masalah langsung ye dia nak kahwin dengan Elaina?'

"as if." hembusan nafas Belle kasar " kau perlu tahu kenapa semua orang terpaksa benarkan mangkuk dua ekor tu kahwin hanya dua bulan selepas kau koma"

Peluh dingin jatuh di pipi Aera "...dua..dua bulan lepas aku coma..as like.. waktu kita masih penuntut terakhir dekat universiti?"

"yeah.." balas Belle " kau tahu sebab apa? sebab perempuan sial tu mengandung"

krik...

Mata Aera berkelip lebih cepat dari biasa 'what..."

"yeah, classic move. How to make your parent agree your marriage with someone they didn't approved, make the girl pregnant"

"the fuck! kenapa dia pregnant cepat sangat. Kan pregnancy Elaina jadi lepas tu chapter 102 time diorang pergi honeymoon dekat Jepun. She was 24 at that time. Macam mana dia boleh pregnant cepat dari timeline webtoon yang official?" ayat Aera yang dikeluarkan tanpa tapisan selepas mendengar berita itu kini bergema di antara dia dan Belle

Kini mata Belle yang bergerak laju " chapter 102? Jepun? webtoon?"

"oh my god!" Aera pantas menutup mulut dengan tangan " fuck, fuck Aera Marshall are you crazy how can you say that out loud" hati kecilnya berdegup kencang

"Aera?" Belle memanggil sahabat baiknya " yang kau baru cakap tu..."

" yang tertulis dekat buku pak cik sebelah tu. Aku baca dekat situ!" Aera pantas mengalihkan kesalahan kepada Pak cik Liam di sebelah mereka

Pandangan Belle turut dialih kearah telunjuk tapak tangan Aera , serentak tubuh pak cik Liam bergerak membelakangi mereka, melindungi helaian kertas surat khabar lama yang sedang dibacanya.

"haha, surat khabar tu tertulis pasal pakej honeymoon dekat Jepun jadi aku tercampur dengan cerita kau. Tak ada apa pun" Aera mengosok rambut sambil membuka muka suci.

" aku tak sebut pasal chapter 102 atau webtoon pun.." Belle masih tidak melepaskan perkara itu. " ayat kau..sama macam..."

Peluh dingin Aera makin jelas " sama macam apa?"

"hurm.." Belle kelihatan seperti sedang berfikir " waktu aku, Dean dan Ikky sedang bawa kau dalam kereta nak pergi ke hospital tujuh tahun lepas..kau meracau tiba-tiba. Ayat kau sesuatu macam..( Apa salah aku kena masuk dalam webtoon cringey bodoh ni. Dasar penulis kalau kau tak ada kerja sangat kau sendiri lah masuk dalam sini) atau ( Aku tahu nak describe watak tu susah tapi kenapa kau kena buat watak hero cerita kau brainlesss sangat , kalau kau ada depan aku dah lama aku tampar kau!). Yeah..kau sebut pasal webtoon juga waktu tu"

Krik..Krik..Krik..

Bunyi cengkerik di luar bangunan bersama desus air hujan lebat memenuhi kesunyian dan kejanggalan di katil yang berada di sisi paling hujung ruangan tersebut

" Aera aku.."

" Cukup, berhenti" Aera menutup mulut Belle " aku..kan kita baru keluar dari perpustakaan sebelum adegan dekat block A.. Aku tengah baca webtoon dekat computer riba dalam perpustakaan. Aku meracau pasal webtoon tu"

Belle kelihatan mahu membantah namun tidak meneruskan pemikiran itu. " okey..jadi aku teruskan cerita aku lah ye?"

"yes! yes! " Aera mengangguk laju

" lepas kau koma dan keluarga kau tak ambil kisah langsung sejak hari pertama jadi aku dah anggota Kripses yang lain ambil giliran untuk jaga kau setiap hari. Bill hospital kau semua Dean yang tanggung sebab dia rasa bersalah Hanna marah kau pasal Elaina kena buang dari majlis pelajar"

"awhh you guys" muka Aera berubah ceria " aku tahu kita kawan go ride or go die for life"

" Dua bulan lepas kau koma, Elaina dengan Nathahiel have a wedding" Belle mencuka " dasar pasangan.. diorang penyebab kau koma tapi sorang pun tak datang jenguk kau. Tambah-tambah si gila Hanna tu"

"sabar,sabar" Aera mengusap belakang Belle " jadi lepas diorang berdua kahwin dan Elaina bersalin, dia masih kerja jadi setiausaha Nathahiel ke lepas korang habis belajar?"

" kerja jadi setiusaha?" Belle mendengus sebelum ketawa sinis " aku tak tahu mana kau dapat idea sebab kau tahu apa yang kelakar? Malam majlis perkahwinan mereka, tepat pukul 12 pagi beratus meteor jatuh dari angkasa lepas dan keesokan pagi...the world change forever"

Degupan jantung Aera kembali kencang

" wait.." suara di dalam hatinya berbunyi perlahan " bukan genre webtoon ni kisah cinta cringey di mana perempuan kampung miskin jatuh cinta dengan lelaki kaya dan hadapi segala halangan dari orang sekeliling untuk bersama ke"

When the heck the romance genre turn into thriller

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience