Chapter 1 : 7 years before

Romance Series 430

-BANDARAYA LILITH, 2017-

   "kau tahu, bukan senang Mike nak bagi undangan dekat kumpulan kita dan kau tolak macam tu je. Sebab habiskan masa baca buku seorang diri atas katil dorm lagi seronok buat budak nerd macam kau?"

Renungan mata yang menujukkan rasa gelisah dan penuh kebencian dari sekumpulan manusia berusia awal 20-an kini jatuh satu persatu ke atas diri gadis berambut pendek berwarna pink yang leka memberi makan kepada kucing liar di tepi jalan.

Riak wajah comel gadis berambut pink pendek itu masih tenang, pergerakan tangannya tidak berhenti walaupun suasana di sekeliling bertukar tegang

" Elaina James, Kau dah gila ke? siapa bagi hak untuk kau tolak undangan party hujung minggu ini? walaupun kau ketua.."

Elaina mengeluh. Suapan makanan kepada kucing liar dihadapannya terhenti. " sebab aku ketua kumpulan study group kita, aku tolak. Kumpulan kita wujud untuk kita saling bantu antara satu sama lain dalam pelajaran, bukan untuk kita berparti liar dengan golongan pelajar popular di universiti kita"

Wajah salah seorang gadis yang mencebik mulut kini bertukar merah " pa..parti liar?! hey Elaina, kau! kau memang dah gila cakap macam tu. Kalau Kripses dengar apa kau cakap.."

Elaina masih tenang " kenapa kalau Kripses dengar? sejak bila universiti kita ada larangan untuk bercakap di tempat umum? atau kau fikir hanya disebabkan ahli kumpulan Kripses datang dari keluarga berpengaruh dan ternama, kita hanya layak jadi bawahan mereka? selamanya menjadi tukang angguk dan kaki kipas untuk memuaskan keperluan dan kepentingan mereka? itu sahaja ke nilai diri kita yang kau fikir sesuai  sebagai  rakyat negara  dan penuntut di universiti ini, Cindy"

Tona merah masih kelihatan di wajah Cindy. Mata gadis yang mencengkam tangan menahan amarah kini membesar dari biasa . Nada suara Cindy berubah tinggi  "sebab tu tak ada siapa yang sudi jadi kawan kau. Kau masuk universiti terkenal sebab kau bertuah dapat bantuan biasiswa dari syarikat keluarga Nathahiel. Kau hanya beruntung sebab otak kau berfungsi lebih baik dari kawanan manusia dari tempat asal kau. Kalau tidak , budak miskin macam kau hanya boleh berangan lihat universiti ini dari pintu pagar saja. Itu pun kalau pengawal keselamatan tak halau kau, your poor smell was too obvious not to be realize by other's"

"hahaha.." laungan ketawa dari sekumpulan manusia yang membuat bulatan mengelilingi Elaina kedengaran .

Wajah setiap mereka puas mendengar sindiran yang keluar dari mulut Cindy. Rasa benci dan ketidakpuasan yang sudah dipendam lama mula ditunjukkan.

" betul apa Cindy cakap tu" lelaki di sebelah Cindy menyahut " ingat perbentangan subjek professor Lai dua minggu lepas? Kita semua dah bagi sebaik mungkin tapi siapa je yang dapat pujian dari Professor Lai? "

" kan!" hentak seorang pelajar lain " sudah lah dia seorang je dapat semua pujian, dia tak sebut langsung nama kita sebagai rakan kumpulan dia. Dia ingat hanya sebab Professor Lai pilih kasih lebih, kita semua okey dengan layanan tak adil macam tu"

"pff.." suara Elaina kedengaran " you guys really have no self respect huh, I'm the one who doing most of the work and you want me to give the credit to you? what an idiot."

"a..apa!" Cindy sekali lagi meninggikan suara  " hey perempuan gila! siap kau"

Tangan Cindy pantas disua kearah muka Elaina sebelum pipi gadis berambut pink pendek ditampar kuat

Pak!! Pak!!

 " perempuan gila, nyah kau dari tempat ni. Dasar perempuan kampung tak sedar diri"

"huuu.. Go Cindy! Go Cindy. " suara sorokan menyokong tindakan Cindy dari kumpulan tersebut bergema kuat sehingga menarik perhatian pelajar lain yang berada berhampiran mereka.

Angin petang mendayu perlahan meniup helaian rambut Elaina yang berselerak akibat ditampar mengejut , bahagian pipi gadis tersebut kini semerah tona muka Cindy

"perempuan kampung?" Elaina merenung tajam Cindy yang kelihatan bangga dengan kelakuannya sebentar tadi  " lebih bagus dari anak manja yang hanya tahu guna duit mak ayah untuk buat diri kalian terasa disanjung dan diakui oleh golongan anak manja yang lain."

Krik..Krik..

Suara sorokan yang menyokong tindakan Cindy kian menghilang sebelum suasana di tengah ruang berkumpul block A sunyi sepi. 

" oh my god, she really went crazy" suara bisikan datang bukan sahaja dari kumpulan pelajar yang mengelilingi Elaina tetapi juga para pelajar lain yang berada berhampiran mereka

Elaina mengigit bibir. Rasa sebal mula menyular di dalam hati gadis yang selama ini dikenali dengan sikap ramah, ceria dan suka tersenyum tanpa mengira prejudis terhadap sesiapa pun.

Dia baru hendak membuka mulut untuk mempertahankan dirinya apabila suara jeritan teruja para  pelajar perempuan membuat suasana di ruang berkumpul menjadi bingit.

           " oh my god, It's Nathahiel! "

          " Nathahiel! Nathahiel ! "

          " what the prince of business faculty doing here"

Lirikan mata Elaina dialih kearah gumaman suara teruja para pelajar perempuan yang berdesis di setiap ruang block A. Deruan angin lembut bersama daun luruh berwarna coklat gelap mengerakkan helaian rambut dan pakaian yang dipakainya

Di hadapan mereka, seorang lelaki tinggi berwajah tampan memandang mereka dengan renungan tajam. Rambut berwarna smokey grey yang digayakan dalam bentuk medium side swept membuat persona lelaki itu makin menyerlah. Baju berfesyen wool coat hitam yang dipadankan dengan seluar jeans bercorak sama menambah aura misteri lelaki itu.

" are you okey?" nada Nathahiel berubah lembut. Pipi merah Elaina disuap lembut. Di balik renungan anak matanya kelihatan riak risau terhadap keadaan Elaina

" tak ada kena mengena dengan kau" nada Elaina turut berubah menjadi dingin, sentuhan tangan Nathahiel ditolak. Lirikan mata gadis tersebut dituju semula kearah kumpulan pelajar yang tadinya menyorok gembira namun kini diam seribu bahasa dengan riak wajah pucat

" Elaina, Elaina aku panggil Nathahiel datang sini lepas Cindy tampar muka kau. kau okey tak ni??" tempikan datang dari belakang Nathahiel

Tubuh seorang gadis berbadan gempal dan berkulit sedikit gelap kini mengambil nafas dalam keadaan tercunggap. Rambut kerinting gadis tersebut yang diikat menjadi ponytail kini dalam keadaan tidak terurus " aku lari huh..lepas aku telefon Nathahiel huh..huh..hoi Cindy, berani kau tampar muka Elaina. Kau.."

Elaina mengeleng kepala, memotong percakapan Hanna " aku okey. Sorry aku buat kau risau"

Kening Nathahiel berkerut. Aura intimidasi milik lelaki itu makin kelihatan membuat para pelajar di sekeliling mereka mengeluarkan peluh dingin terutamanya Cindy yang tubuhnya mengiggil teruk menunggu perkataan yang bakal keluar dari mulut Nathahiel

"Cindy Anderson..right?" tona Nathahiel sedingin ais " the only daughter of  Mr Oly Anderson, ceo of Faus Enterprise"

"ye..yes.." suara Cindy tersekat di kerongkong. "I'm..I'm sorr.."

" I wonder.." Nathahiel meneruskan percakapan tanpa mempedulikan permohonan maaf Cindy " how do it will be  if your whole family  taste the life of ...living under a bridge for the rest of your life?"

"tak!" tubuh Cindy jatuh ke tanah " tolong Hiel.. Saya.. Saya tak maksud.."

" Hiel?" renungan Nathahiel makin dingin " aku tak ingat kita rapat sampai kau ada hak untuk panggil aku dengan nama tu"

Air mata Cindy jatuh berserta badannya yang menggigil teruk membuat sesiapa yang melihatnya merasa kesian " tak..tak.."

Namun sayang, segala kelakuan itu tidak mempunyai sebarang kesan terhadap lelaki yang hatinya sekeras Nathahiel Xarliste

" Nathahiel!" Elaina pantas memegang pergelangan lengan lelaki di hadapannya " cukup. Apa yang Cindy buat dekat aku tak ada kena mengena dengan kau."

Suara Nathahiel berubah dari sedingin ais ke sehangat sinaran matahari petang . Tubuh dialih menhadap Elaina yang beriak marah " tak ada kena mengena? Elaina, bagi saya awak tu...!"

" kawan. Kita kawan Nathahiel." mata Elaina berkelip saat ayat itu disebut " atau lebih baik jika kita terus anggap salah seorang dari kita tak wujud"

" Elaina" Nathahiel membantah " berapa kali saya perlu beritahu awak, for me you the.."

" kau rasa kau siapa untuk aku Nathahiel Xarliste? siapa kau untuk tentukan apa tindakan yang harus aku ambil terhadap orang yang sakitkan hati aku?"

Belum sempat Nathahiel membalas, satu suara menyampuk perbualan mereka

" she right. What the fuck do you think you doing?"

Nafas Elaina turun naik mendengar nada suara yang menyampuk perbualan mereka manakala mood Nathahiel berubah buruk

Hanna bergerak melindungi tubuh Elaina dari pandangan pemilik suara yang muncul tiba-tiba di tengah pergaduhan mereka. Kening Hanna turut berkerut menahan rasa geram

"oh wow." suara itu kedengaran kagum melihat reaksi spontan Hanna melindungi tubuh Elaina "aku baru tanya saja and kau dah bertindak macam aku dah aniaya dia teruk"

"hah" mood Nathahiel makin memburuk " bukan memang macam tu ke? benda apa lagi yang kau buat selain kacau hidup Elaina. Aera, kau perempuan terjahat yang pernah aku jumpa dan kau harap kami boleh fikir baik pasal kau?"

"haha" Aera ketawa sinis " okey, katakan aku perempuan terjahat yang pernah kau jumpa, sebenarnya apa yang aku buat sampai dapat gelaran tu?"

" kau berani tanya lagi!" Hanna menjerit lancang " selama ni kau ganggu Elaina, buat dia kena buang dari majlis persatuan pelajar. Kau jaja cerita buruk pasal Elaina dekat semua pelajar faculty kita sehingga semua orang pulau dia. Apa lagi yang kau nak nafikan. Semalam pun kau.."

"oh..semalam? salah ke apa yang aku buat semalam?" Aera mengangkat kening

" Aera Mashall, did you have enough?" Nathahiel menyergah sebelum memegang erat tangan Elaina " sampai aku mati pun , tak akan pernah aku jadi milik kau. Selama aku bernafas sehingga akhir waktu, hati aku hanya milik Elaina. Kau faham?"

Mata Elaina yang tergamam dengan pengakuan Nathahiel kini mula berkaca, pandangan gadis itu ditundukkan, cuba menghalang titisan air mata yang jatuh dilihat oleh sesiapa

Nathahiel yang menyedari kelakuan Elaina tersenyum lemah. Gengaman tangan gadis itu dirangkul erat.

"hahahahaha...oh my hell hahaha" suasana yang baru  berbaur romantis hilang dengan ketawa kuat dari gadis cantik berambut perang panjang di sebelah Aera " Damn, aku tak sangka aku boleh tengok drama telenovela pukul tujuh depan mata"

Aera turut ketawa kecil " Belle, it's was fun right?"

" Aera Marshall, Belle Ellis both of you are monster." Hanna menghembus nafas kasar " I will never forgive you for what you did to Elaina. "

Ketawa Belle dan Aera terhenti. Pandangan mereka jatuh kearah Hanna.

" hanya sebab cemburu Nathahiel jatuh cinta terhadap Elaina dan bukan kau, kau sanggup rosakan kehidupan universiti Elaina bila dia sekali pun tak pernah buat apa-apa dekat kau?"

"right..which one of the event actually? when she was dismissed from the student counsil?" Aera membuat muka berfikir " or last night matter when I told Nathahiel parent about them?"

"kau!" serentak  Nathahiel dan Hanna bersuara apabila Elaina menahan mereka

" Aera, aku tak pernah berdendam dengan kau jadi cukuplah dengan perangai kebudakan kau. Kita semua dah besar. Sampai bila kau nak bertindak macam ni apabila perkara tak jadi macam apa yang kau nak?"

"berdendam? oh kau rasa kau ada ruang untuk berdendam dengan aku? " soalan Aera kembali dituju kearah Elaina

"w..what?" 

" tak." Aera melihat pengangan tangan Nathahiel dan Elaina " salah aku ke apabila kau dengan lelaki ni tiba-tiba hilang dari kolej seminggu tanpa beritahu sesiapa waktu universiti kita dalam proses untuk menganjurkan program penerimaan pelajar asing hanya untuk dia bawa kau bercuti dekat maldives semata nak hilangkan stress kau? Salah aku ke bila aku dan seluruh ahli majlis pelajar dah cuba hubungi kau dengan lelaki ni tapi tak dijawab langsung dalam masa seminggu tu? yang ambil keputusan untuk buang kau bukan aku tapi ketua persatuan pelajar tu sendiri, Dean tapi kenapa bila kau balik kau menanggis dan merayu dekat aku dalam kelas macam aku yang buang kau?"

Suara bisikan kembali kedengaran setelah penyataan tersebut keluar dari mulut Aera

                          " serious? jadi bukan dia yang buang Elaina?"

                          " dia tak angkat call langsung? damn tak bertanggungjawab betul"

                          " aku dah kata dah tak mungkin my Queen Aera sekejam tu!"

"tu.." wajah Elaina merona merah " sebab..sebab Katty cakap kau yang sepatutnya beritahu aku pasal majlis tu and aku tak dengar apa-apa dari kau jadi..bila aku balik aku dengar kau yang terakhir jumpa Dean sebelum dia buat keputusan pasal pembuangan aku.."

" kau pekak ke?" Aera menarik nafas " ke kau perlu aku eja satu persatu bahagian salah aku ke bila aku dan seluruh ahli majlis pelajar dah cuba hubungi kau dengan lelaki ni tapi tak dijawab langsung dalam masa seminggu tu?"

"kau dah kenapa!" Nathahiel menjadi bengang " kan Elaina dah cakap dia tak dengar apa-apa dari kau. Kenapa kau nak nafikan lagi apa yang kau dah buat. Semua orang tahu kau yang desak Dean untuk buang Elaina kan. Sebab kau cemburu.."

" shut up you fucker" Aera memotong percakapan  Nathahiel " dia tak jawab panggilan kami tu masalah dia, bukan aku. Tapi kau tahu apa lagi bodoh, bila kau terus salahkan aku tanpa tanya Elaina balik kenapa dia tak jawab panggilan kami semua langsung dalam masa seminggu tu. Kenapa? 24 jam dalam sehari, 7 hari dalam seminggu tak cukup ye buat manusia tak berotak mabuk cinta macam korang berdua ni nak jawab lima minit panggilan kerja? "

Nathahiel terdiam mendengar balasan Aera. Dia mengalih melihat Elaina yang turut kaku di sebelah.

"Aera!" Elaina menjerit kecil " aku yang salah pasal tak jawab panggilan kau. Aku mintak maaf. Tapi kau tak perlu nak sabitkan Nathahiel dalam hal ni. Dia bawa aku ke situ sebab aku..aku tak mampu hadap apa yang tengah jadi dalam hidup aku waktu tu. Dia cuma nak gembirakan aku..jadi..jadi.."

"Elaina.." suara Nathahiel kembali lembut sebelum dia memandang tajam Aera " Diam Aera. Kau hanya jadi tunang aku sebab keluarga kita. Sebab tu je kau rasa kau ada hak untuk marah Elaina depan semua orang? Aku dah cakap, sampai mati aku.."

"again" Aera mula bosan " shut up you fucker. Kalau kau rasa menyampah sangat dengan status tu, go ahead and break the engagement you freaking coward. Bukan proclaim macam-macam tapi satu tindakan pun kau tak ambil. Kau takut datuk kau tarik warisan keluarga dari jadi milik kau kalau pertunangan kita tak berjalan kan. Siapa yang menyedihkan sebenarnya, aku ke kau?"

"kau..seriously kau.." Nathahiel kelu dengan setiap ayat yang keluar dari mulut Aera " kau memang wanita terjahat yang pernah aku jumpa"

" eh, siapa ada popcorn bak sini dekat aku. Telenovela ni nampak macam panjang lagi je" Belle kembali bersuara sambil melihat sekeliling " serious? tak ada sorang pun bawa popcorn. ?"

"dan pasal tu kau desak Dean untuk buang Elaina dari majis pelajar? sebab Elaina terlupa nak jawab panggilan dari kau? Dia cakap kan dia tengah hadapi masalah waktu tu dan fikiran dia tak stabil. Kau tergamak jumpa Dean dan.." Hanna kembali membantah  " dan kau tahu Nathahiel bakal dapat masalah besar kalau keluarga dia tahu pasal hubungan dia dan Elaina tapi kau tetap beritahu mereka. Wanita iblis macam kau.."

" oh great besties, Taraf kau dah naik, dari wanita terjahat ke wanita iblis. Nice"  Belle menepuk bahu Aera " let's celeberate this later okey"

"beritahu keluarga Nathahiel? bukan nak cakap lah tapi aku tak perlu bersusah payah nak beritahu pun untuk khabar angin manusia berdua ni sampai ke telingga mereka. Dah aku nampak dua ekor ni berpeluk dalam kereta semalam and kebetulan Aunty Jaine telefon. Aku cuma beritahu benda betul atau kau lebih sanggup aku cakap oh nothing aunty I just saw two wild monkey who can't keep they hand out of each other. Is now the mating season ?"

" bahasa kau!" Nathahiel mengherdik manakala muka Elaina semerah warna buah strawberry.

" korang berdua memang tak ada hati perut" Hanna mengungkap laju " salah apa Elaina..."

" lama-lama kau dengan lelaki ni kedengaran macam pita rakaman je. Ayat wajib apa salah Elaina. Tak buka mulut lagi pun aku dah boleh agak apa nak keluar" Belle akhirnya menjadi serious "kalau ye pun hidup korang berdua berkisar sekitar Elaina saja setidaknya cuba faham yang Dean , the student president. Aera, Vice student president. Memang siapa je Dean nak bincang pasal issue ni selain dengan Aera? mak cik dekat kafeteria atau pak cik pengawal keselamatan dekat pintu pagar tu?"

        " yelah, Aera kan naik ketua persatuan pelajar kita. Patutlah Dean bincang dengan dia"

       " oh tu yang jadi rupanya. Selama ni aku ingat Aera memang jahat. Aku asyik kutuk dia je" 

      " kenapa makin lama aku tengok macam.. Elaina tak lah sebaik yang kita sangka"

"Elaina!" ungkapan Nathahiel mengejutkan mereka semua saat tubuh Elaina terhuyung hayang sebelum sedikit meleret jatuh ke atas tanah " Elaina! awak tak apa-apa?"

"Elaina" Hanna turut berlari menahan tubuh Elaina dari menjejak tanah " kau dah puas Aera? tengok apa kau dah buat . apa salah Elaina.."

" oh betulah kata kau. Macam pita rakaman ayat tu je keluar" Aera mengagguk kearah Belle sebelum bergerak menendang kaki Elaina "wake up. Kalau kau nak berlakon kau pengsan kau boleh buat lagi baik dari ni"

"kau memang!" Nathahiel cuba menolak kaki Aera namun gadis itu lebih pantas menariknya terlebih dahulu " dasar hipokrit. Elaina tak pernah kacau kau.."

"yeah bla bla bla. Save it for later" Aera menguap perlahan " kalau kau nak sebut aku hipokrit, apa beza aku dengan kekasih kau tu?"

"apa..?" muka Nathahiel kelihatan keliru

" kau cakap aku hipokrit. Yeah boleh saja aku tak kisah kena label macam tu tapi dia? baru tadi dia jerit depan semua orang apa status kau dekat dia kan? aku tahulah korang memang brainless tapi tak kan lah  brainless sampai tak boleh tahu hampir semua orang dekat universiti ni tahu status hubungan korang berdua sebenarnya apa. You knew what she is to you, kenapa dia tiba-tiba hilang ingatan tak tahu sampai kena tanya depan semua orang? She just want to show off . To make sure Cindy and the rest know she was your lover. Dia nak validation je untuk dia terus berkelakuan macam apa yang dia selalu buat iaitu guna pengaruh sebagai kekasih kau supaya semua orang di universiti ni dengar cakap dia dan tak berani lawan dia"

" you talking bullshit! " Hanna bangun dan menolak tubuh Aera ke belakang " Hanna manusia paling baik yang pernah aku kenal. Kau tak.."

" yeah,yeah whatever. I'm hungry. Dia nampak macam nak terus berlakon pengsan jadi aku gerak dulu. " Aera mengalih badan menuju kearah Belle apabila Hanna kembali menampar bahagian belakang badannya.

" kau wanita iblis. Wanita jahat yang patut dicampak ke neraka. Aku harap karma datang menjemput kau. Kau layak.."

" Stop!" Aera memegang tangan Hanna " kau nak  idola si Elaina tu teruskan jelah. Kenapa kau nak paksa fahaman kau dekat semua orang terutama aku. Jadi dia yang melayan dan teruskan hubungan walaupun tahu lelaki tu dah ada tunang, aku yang kena mintak maaf sebab ganggu hubungan diorang. Logik jenis apa kau dengan lelaki tu pakai?"

"tak guna! kau wanita tak guna.." Hanna meronta sambil cuba memukul Aera dengan lebih kasar

Dirinya kelihatan seperti dirasuk oleh sesuatu.

" hoi,hoi berhenti pukul kawan baik aku" Belle menyertai adegan tersebut sambil cuba menahan pukulan Hanna dari mengenai badan Aera

Beberapa orang pelajar bedekatan mereka turut cuba meleraikan pergaduhan yang makin meneruk namun gagal. Kata sumpahan dan bunyi jeritan kedengaran tanpa henti

" you crazy bitch!" Hanna yang kelihatan seperti dirasuk kini menendang perut Aera sebelum mengambil beg galas dari salah pelajar lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu dan menghentuk kuat keatas kepala Aera " taste this you freaking crazy bitch!"

Dook!

Aera mula terasa berpinau akibat sepakan di perut dan hentukan kuat di  kepala. Dia bergerak beberapa langkah ke belakang.

" Shit Hanna kau dah hilang akal ke!" tempikan pelajar lelaki yang diambil beg galasnya oleh Hanna kedengaran. Dia kembali merebut beg di tangan Hanna

Rasa berpinau makin kuat menular di seluruh tubuh Aera. Pandangan gadis itu mula kabur

" Aera..Aera.." panggilan Belle kedengaran dari jauh

Hanya perasaan tubuhnya dirangkul oleh seseorang sebelum pandangan  mata Aera bertukar kelam

Jeritan sayu milik Belle merupakan perkara terakhir yang didengarnya hari itu

                    " AERA MARSHALL!!!!"

scum man everywhere (─.─||)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience