BAB 4

Romance Completed 291721

Ayuni mengemaskan beg pakaiannya, hari ini dia bakal pulang ke Kuala Lumpur setelah dua hari pulang bercuti di Kuantan Pahang. Setelah memastikan segalanya sudah dikemas, dia membawa beg pakaiannya keluar dari bilik.

Beg pakaiannya diletakkan diruang tamu dan dia segera berlalu ke arah dapur.Perutnya sudah mula berkeroncong minta untuk diisi.

Kaki menapak masuk ke ruang dapur dan dia pantas duduk dimeja makan. Senyuman dilemparkan ke arah sepupunya Adila yang sedang menjamu selera dimeja itu.

Bihun goreng diambil dan diletakkan dipinggannya. Mata melilau seketika mencari kelibat Mak Ngah Zaiton.

"Mak Ngah mana Dila..?" Soal Ayuni.

"Mak ada dalam bilik, katanya nak ambil barang." Balas Adila.

"Ooo.. " Terangguk angguk Ayuni mendengar.

Usai membaca Bismillah bihun goreng yang berada didalam pinggan disuap ke dalam mulutnya. Baru sahaja masuk satu suapan kelibat Mak Ngah Zaiton datang ke arah mereka berdua. Mak Ngah Zaiton duduk menyertai mereka.

Ayuni tersenyum tipis memandang Mak Ngah Zaiton yang duduk disebelah kanannya itu. Mak Ngah Zaiton berdehem sebelum memulakan bicara.

"Ni kamu bila pulak balik sini?" Soal Mak Ngah Zaiton.

"Nanti kalau ada cuti ,Yuni balik lagi sini." Balas Ayuni senada.

"Kamu dah fikir ke permintaan Mak Ngah tu?"

"Belum.. Nanti kalau Yuni dah ada jawapan Yuni bagitahu Mak Ngah." Balas Ayuni lemah.

"Iyelah.. Jangan lama sangat fikir tu." Ujar Mak Ngah Zaiton.

"Baik.." Jawab Ayuni malas.

Selesai menghabiskan bihun dipinggan Ayuni segera bangun dan berlalu ke singki untuk mencuci pinggan dan cawan yang telah digunakan sebentar tadi. Usai mencuci , Ayuni berpaling dan menapak ke arah meja makan yang masih diduduki oleh Adila dan Mak Ngah Zaiton.

Jam dipergelangan tangan dikerling seketika sebelum dia bersuara kembali.

"Mak Ngah ,Yuni nak gerak dah ni.." Ujar Ayuni senada.

"Haa iyelah jom kita ke depan.." Mak Ngah Zaiton dan Adila bingkas bangun dan membuntuti Ayuni yang sudah berlalu ke ruang tamu.

Beg pakaiannya diambil dan dibawa ke muka pintu. Selesai sahaja memakai kasut dikaki dia pantas bangun dan segera mendekati ibu saudaranya itu.Tangan dihulurkan tanda mahu bersalam.

"Mak Ngah.. Yuni balik dulu ya.. Ada rezeki Yuni balik lagi sini." Ujar Ayuni.

"Iyelah.. Yuni, Mak Ngah ada benda nak bagi kamu ni." Tangan tuanya pantas menyeluk poket baju kurung yang dipakai, kotak berwarna merah disuakan kepada Ayuni.

"Ni Yuni simpan.." Ujar Mak Ngah Zaiton pendek.

Ayuni yang melihat kotak cincin itu menghela nafas berat.

"Perlu ke..?" Soal Ayuni.

"Perlu.. Kamu simpan saja ya. Ni memang untuk kamu bukan Mak Ngah."

Ayuni yang tidak mahu memanjangkan isu tentang perkahwinan tanpa relanya itu mengambil jua kotak cincin dihadapan matanya dengan perasaan malas.

Usai bersalaman bersama Mak Ngah Zaiton dan Adila dia pantas masuk ke dalam kereta Proton Saga miliknya. Pedal minyak ditekan dan perlahan-lahan keretanya keluar dari halaman rumah ibu saudaranya menuju ke arah destinasi yang ditujui.

Hilang saja kereta milik Ayuni, Adila yang masih berdiri bersebelahan si ibu mula bersuara.

"Perlu ke mak paksa kak Yuni terima pinangan kawan mak tu..?" Ujar Adila.

"Hmmm.. Mak terpaksa, keluarga Makcik Fatimah tu dah banyak bantu keluarga kita. Nak nak bantu Kak Yuni kamu masa dia belajar dekat U dulu.. Nak tak nak untuk balas budi dorang mak terpaksa setuju untuk kahwinkan Kak Yuni kamu dengan anak lelaki dorang." Jawab Mak Ngah Zaiton lemah.

Benar. Tanpa pengetahuan Ayuni semasa dia masih belajar di Universiti Malaya, keluarga Encik Hashim dan Puan Fatimah banyak membantunya terutama dari segi kewangan. Dan hal ini dirahsiakan sama sekali dari pengetahuan Ayuni sendiri.

" Tapi takkan takde cara lain?" Soal Adila tidak puas hati.

"Kalau ada cara lain dah lama mak usahakan Dila."

" Kesian Kak Yuni..." Balas Adila.

"Hmm..kita doakan jela supaya perkahwinan ni nanti boleh buat dia bahagia."

Doa Mak Ngah Zaiton semoga kebahagiaan berpihak kepada Ayuni Zahra, anak saudara kesayangannya itu.

×××××

Ayuni menapak masuk ke dalam rumah sewanya. Punggung dilabuhkan diatas sofa. Kepala yang terasa memberat dipicit seketika. Badannya benar benar penat akibat memandu jauh.

Siti Aisyah yang baru sahaja turun dari tingkat atas berlari mendapatkan Ayuni.

"Yuniiiiiiii....!!!!!" Jerit Aisyah selamba. Dia memeluk tubuh kecil Ayuni erat.

Ayuni yang mendengarkan jeritan nyaring si Aisyah tersentak. Pelukan Aisyah dirungkainya. Dia lemas!

Mata tajam menikam Aisyah yang tersengih seperti kerang busuk.

"Kau apahal jerit jerit macam orang gila?" Geram Ayuni.

"Hehehe.. Sorry aku rindu kau. Dua hari dah kita tak jumpa, kau tak rindu aku ke..?" Soal Aisyah.

"Tak kuasa aku nak rindu kau." Jelingan tajam diberikan kepada Aisyah.

"Sapelah aku ni kan orang tu nak rindu, kita je yang rindukan dia, dia tak rindukan kita pun." Rajuk Aisyah.

"Kalau kau rasa nak merajuk, kau boleh suruh Hafiz pujuk, aku tak kuasa nak layan." Usai berkata Ayuni pantas bangun dan menapak ke arah tangga. Dia mahu mandi dan berehat seketika.

Aisyah hanya memerhati langkah Ayuni sehingga kelibatnya hilang disebalik pintu kayu.

×××××

Ayuni dan Aisyah makan malam disalah sebuah restoran berhampiran dengan rumah mereka. Aisyah merenung seketika wajah sugul Ayuni sebelum berbicara.

"Yuni kau ni kenapa aku tengok macam ada masalah je? Tak nak share ke dengan aku, mana tahu aku boleh tolong." Ujar Aisyah prihatin.

Ayuni mengeluh perlahan sebelum menceritakan perkara yang membelengu fikirannya.

"Kau ingat tak aku cerita Mak Ngah aku suruh balik kampung sebab ada benda nak bincang."

"Haa ingat.. Kenapa?" Soal Aisyah.

"Mak Ngah aku nak suruh aku kahwin..." Luah Ayuni senada.

"Hah..??!! Kahwin..??!!" Terjerit kecil Aisyah mendengarkan apa yang baru dikatakan oleh Ayuni.

"Ehh.. Kau ni kalau ye pun terkejut janganlah jerit jerit." Tangan kecilnya menampar lengan Aisyah.

"Opss.. Sorry.. Hehehe.. Tapi betul ke Mak Ngah kau nak kau kahwin?"

Ayuni mengangguk lemah tanda mengiyakan.

"Tapi dengan sape?" Soal Aisyah lagi.

"Entah.. Katanya anak kawan Mak Ngah aku, kawan zaman sekolah." Ucap Ayuni.

"Habis kau terima ke Yuni?" Soal Aisyah serius.

"Aku pun tak tahu.. Tapi Mak Ngah aku cakap dia dah terima pinangan tu.. Jadi kau rasa apa pilihan yang aku ada?" Ujar Ayuni lemah.

"Kau dah jumpa laki tu?"

Ayuni menjongket bahunya seketika.

"Tak pun.. Family dia dengan dia pun aku tak jumpa lagi."

"Hah..?? Habis macam mana nak kahwin kalau tak jumpa. Gambar Mak Ngah kau tak bagi ke?" Soal Aisyah.

"Takde.. Aku pun tak minat nak tahu."Balas Ayuni malas.

"Macam mana kau nak kahwin kalau muka dia pun kau tak tahu."

"Dahlah aku malas nak fikir soal ni lagi.." Ujar Ayuni.

Aisyah mengangguk faham. Dia juga tidak mahu menyerabutkan lagi fikiran sahabat baiknya itu.

SABTU 31.10.2020
8.58 PAGI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience