BAB 1

Romance Completed 291721

"You, you memang sangat cute..So stop lah being so cute..You buat I hanyut.."

Bunyi kuat yang datang dari alat kecil berbentuk petak segi empat menyentakkan Ayuni Zahra yang sedang leka menatap komputer ribanya.Tangan laju menyeluk beg sandang mencari telefon canggih miliknya.Nama si pemanggil dilihat sebelum panggilan dijawab. Senyuman manis terbit dibibir munggilnya.

"Assalamualaikum Mak Ngah.. Mak Ngah sihat?" Sapa Ayuni mesra.

"Waalaikumusalam.. Mak Ngah sihat.. Kamu pulak sihat ke duduk dekat sana..?" Soal si pemanggil.

"Yuni sihat je.. Yuni rinduuu Mak Ngah.." Rengek Ayuni manja.

"Kalau rindu hujung minggu depan balik kampung.. Mak Ngah ada benda nak bincang dengan Yuni." Ujar Mak Ngah Zaiton.

"Bincang apa Mak Ngah..?" Soal Ayuni pelik.

"Balik dulu,nanti baru Mak Ngah cerita.."

"Okay nanti Yuni balik.. Okaylah Mak Ngah, Yuni ada kerja sikit ni nanti minggu depan kita jumpa ya.. " Ucap Ayuni.

"Iyelah.. Kamu duduk tempat orang hati-hati, jaga diri dan jaga solat." Pesanan yang selalu dititipkan buat si anak saudara kesayangan.

"Okay Mak Ngah.. Insha'Allah.."

Panggilan ditamatkan, Ayuni merenung kosong telefon pintarnya yang sudah gelap. Timbul rasa curiga dihati namun segera dibuang perasaan tersebut. Komputer yang masih terpasang dihadapan kembali direnung. Dia mahu menyiapkan segala kerja kerja yang sudah tertunggak lamanya.

Ayuni Zahra gadis kecil molek yang berusia 24 tahun. Gadis yang mempunyai darah campuran Melayu Arab, jadi tidak hairan sesiapa yang melihat wajahnya pasti akan jatuh cinta buat pertama kali. Namun disebalik senyuman manisnya terselit kisah sedih yang menghuni jiwanya jauh dilubuk hati.

×××××

Ayuni memakirkan kereta Proton Saga miliknya digaraj rumah teres satu tingkat itu. Kereta yang dibeli hasil dia berkerja selama satu tahun sebagai pembantu admin disalah sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota Kuala Lumpur.

Ayuni menapak masuk dan duduk disofa ruang tamu. Beg sandang diletakkan diatas meja. Mata melilau mencari kelibat rakan serumahnya juga merangkap sahabat baiknya Siti Aisyah. Namun tidak juga ketemu. Wajahnya kembali berpaling ke hadapan merenung kosong kaca televisyen yang sedang menayangkan drama melayu.

"Haii cik Ayuni Zahra baru balik ke..?" Soal Aisyah yang datang dari arah dapur sambil ditangan membawa dua cawan air milo yang masih berasap.

" Iyelah cik Siti Aisyah oii.." Balas Ayuni.

"Rajin sungguh kau kan hujung minggu je mesti lepak dekat perpustakaan awam.. Ada apa pun aku tak tau.. Bukan best pun." Aisyah menjuihkan bibirnya.

"Ishh kau ni..kira okay lah aku lepak library daripada aku melepak tak tentu hala dekat luar tu.. Lepak library ada jugak faedah.. Boleh dapat banyak ilmu.." Balas Ayuni, milo panas diatas meja diambil dan dicicip perlahan-lahan.

"Yela yela Cik Ayuni aka novelis rahsia sejagat alam semesta.." Perli Aisyah.

Tiada siapa tahu melainkan Aisyah, Ayuni juga merupakan seorang novelist di salah sebuah syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia. Minatnya dalam bidang penulisan terlalu dalam.

Hasil dari minatnya itu dia telah berjaya menghasilkan beberapa buah novel terbitan syarikat itu. Namun atas permintaan Ayuni sendiri dia mahu identitinya dirahsiakan. Biarlah orang hanya mengenali karyanya dan bukan kehidupan peribadi seorang Ayuni Zahra.

"Sya hujung minggu depan aku balik kampung tau.. Mak Ngah aku suruh balik, ada hal nak bincang dia cakap." Ucap Ayuni.

"Hal apa pulak?" Soal Aisyah dengan wajah yang sudah berkerut.

"Entah.. Aku tanya dia kata balik dulu nanti baru dia cerita.." Ujar Ayuni.

"Jeng..Jeng.. Jeng.. Entah entah dia nak suruh kau kahwin..Hahaha.." Gelak Aisyah.

"Eh kau jangan nak merepeklah.. Tak mungkin.." Geram Ayuni apabila Aisyah seronok mentertawakannya.

"Eleh..manalah tahu..bolehlah aku makan nasi minyak kau awal.." sengihan kerang busuk ditayangkan.

"Eh dah laa aku kalau layan kau ni kang makin merepek jadinya.. Baik aku naik atas mandi lagi bagus." Ayuni segera bangun dan berlalu ke arah tangga.

Aisyah yang melihat kepergian Ayuni mencebikkan bibirnya. Mata kembali fokus kepada drama dikaca televisyen.

×××××

"What..??!! Kahwin..??!! Dengan siapa pulak kali ni mommy..?" Soal Safwan Hakim tidak puas hati.

Siapa yang tidak kenal dengan Safwan Hakim, jejaka kacak berusia 30 tahun, dia seorang usahawan dalam bidang fesyen, malah kehebatannya teramatlah dikagumi kerana telah berjaya melahirkan perbagai nama besar dalam bidang itu.

Dia adalah jejaka dambaan para gadis. Siapa saja yang melihatnya pasti akan jatuh hati dengan kekacakannya. Namun hati kecilnya sudah dimiliki oleh seseorang, iaitu kekasih hati Nur Nadia model terkenal yang sedang menerpa nama didalam dunia permodelan.

"Kali ni mahu atau tidak mommy tak kira. Mommy dengan daddy nak kamu kahwin jugak dengan calon yang dah kami pilih.." Keras Puan Fatimah berkata iaitu ibu kepada Safwan Hakim.

"Mommy daddy mana boleh buat Wan macam ni.. I'm not a little boy anymore.." Ujar Safwan berang.

"Wan kamu sedar tak kamu tu dah 30 tahun.. Sampai bila kamu nak membujang lagi?" Soal Puan Fatimah.

"Wan bukan tak nak kahwin tapi masalahnya mommy sendiri yang tak nak restu Wan kahwin dengan Nadia. Wan hanya cintakan Nadia.. Please laa mommy dan daddy faham Wan.." Luah Safwan dengan nada lemah.

"Kamu nak kahwin dengan perempuan tak cukup kain tu..? Kamu nak malukan mommy dengan daddy ke Wan..? Perempuan macam tu kamu nak jadikan isteri dan ibu kepada anak anak kamu..?" Soal Puan Fatimah keras.

"Tapi dia boleh berubahkan..?I'm very sure bila dia dah kahwin dengan Wan nanti, slowly Wan akan buat dia berubah mommy.." Ujar Safwan yakin.

"Dia yang berubah atau kamu yang berubah..?" Soal Puan Fatimah sinis.

Encik Hashim hanya menggeleng kepala melihat pertelingkahan antara isteri dan anak sulungnya itu.

"Kamu jangan ingat mommy tak tahu apa kamu buat belakang kami.. Berpesta sana sini dengan girlfriend kesayangan kamu tu. Perempuan macam tu kamu nak jadikan isteri..? Perempuan yang tak ada pegangan agama, tak tahu mana halal haram.. Macam tu ke nak dijadikan menantu?" Mata mencerlung tajam ke arah Safwan.

Safwan mati kata. Tidak sangka segala aktivitinya diketahui oleh si ibu dan bapanya.

"Suka atau tidak keputusan mommy dengan daddy dah muktamad. Hujung bulan depan kamu dengan calon pilihan kami akan berkahwin. Takde sebarang bantahan.."Tegas Puan Fatimah berkata.

Safwan bungkam. Dia sudah kematian kata apabila mendengar perihal tentang perkahwinannya yang telah ditetapkan oleh si ibu.

Wajah diraup kasar. Nafas dihela berat. Fikirannya mula berserabut.

RABU 28.10.2020
10.41 AM

Happy reading kesayangan kak KM.. Nak tengok wajah2 hero dengan heroin boleh follow IG kak KM @kasturimadu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience