BAB 3

Romance Completed 291721

Safwan melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Meja yang agak tersorok dari pandangan umum ditujui. Punggung dilabuhkan diatas kerusi.

Usai memesan secawan jus epal, Safwan mengerling sebentar jam dipergelangan tangan kirinya. Telefon yang berada dipoket kanan seluarnya diseluk dan dibuka risau jika ada pesanan penting yang dia sudah terlepas.

Hampir sepuluh minit menunggu, akhirnya kelibat kekasih hatinya muncul juga.Dengan langkah penuh berkarisma Nur Nadia datang dan menghampiri Safwan. Senyuman manis terlakar dibibir merah wanita itu.

"Sorry babe.. I ada photoshoot tadi sebab tu lambat." Ujar Nadia.

Siapa yang tidak kenal dengan nama besar dalam bidang permodelan Nur Nadia. Namanya bukan sahaja terkenal diMalaysia malah namanya juga selalu disebut sebut diperingkat antarabangsa.

"No.. it's okay, I faham." Tangannya naik mengusap lembut kekura tangan Nadia.

"So ada apa you nak jumpa I?" Soal Nadia.

"Apa yang I nak cakap ni I harap you dengar baik baik. Dan I harap you faham dengan keadaan I.. I sendiri tak rela dengan apa yang bakal berlaku.." Ujar Safwan.

"Kenapa ni macam serius je.. You okay tak ni babe..?" Soal Nadia gusar.

Safwan menarik nafas panjang sebelum dihela perlahan-lahan.

" I akan berkahwin dengan pilihan mommy and daddy hujung bulan depan."

Bungkam Nadia apabila mendapat berita tersebut. Senyumannya mati. Dunianya gelap secara tiba tiba.

"What..??"

"Yes.. I tahu you terkejut.. I sendiri pun terkejut dengan semua ni.." Ujar Safwan lemah.

"Siapa perempuan tu..?"

"I tak tahu semua nya parents I yang uruskan..I sendiri pun terkejut dengan semua ni."

" But you boleh je tolak dari ikut kehendak parents you kan..?" Ujar Nadia tidak puas hati.

" I dah tolak tapi you sendiri tahu my mom macam mana kan? I sendiri tersepit dengan semua ni." Wajah diraup seketika.

" Bertahun hubungan kita akhirnya ni yang I dapat.." Luah Nadia sebak.

"Baby.. Please jangan macam ni.. You jangan risau walaupun I dah kahwin dengan perempuan tu takde apa pun yang akan berubah. I still hak you.. Kita still akan together.." Ucap Safwan.

"Sampai bila..? Sampai bila you nak I tunggu you..? Sampai mommy you terima I? Mommy you tu sampai bila bila pun memang takkan terima I lah babe.. I betul betul penat.." Luah Nadia.

Air mata sudah merembes keluar dari tubir matanya. Sungguh dia ikhlas mencintai lelaki dihadapannya ini sepenuh hati.

"Baby please jangan buat I rasa bertambah bersalah.." Tangan sasanya memegang kejap tangan kekasih hatinya itu.

"Kalau inilah yang mommy you nak, just tunaikan mungkin ini yang terbaik.. I akan undur diri.. I doakan you bahagia dengan bakal wife you.. congratulations.."

Nadia pantas bangun dan berlalu pergi dari restoran mewah itu. Panggilan daripada Safwan tidak dihiraukan. Hatinya hancur berkecai. Lima tahun dia menyulam cinta dengan kekasih hati tidak sangka begitu pengakhiran cinta mereka.

×××××

Setelah selesai makan malam bersama, Ayuni dan Adila duduk diruang tamu sambil menonton televiksyen yang sedang menayangkan drama Melayu. Mak Ngah Zaiton yang baru sahaja keluar dari dalam bilik menapak ke arah mereka. Punggung dilabuhkan bersebelahan Ayuni. Mata tuanya mengerling sebentar ke arah Ayuni sebelum bersuara.

"Adila kamu dah siapkan kerja sekolah ke belum?" Soal Mak Ngah Zaiton.

Adila masih bersekolah di tingkatan lima dan pada tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Kejap lagi Dila buatlah.. Dila nak layan drama ni dulu.." Balas Adila matanya tidak lepas dari memandang televiksyen dihadapan.

"Dila kamu pegi masuk bilik sekarang siapkan kerja sekolah kamu..Kamu dah lupa ke tahun ni kamu tu nak SPM." Ujar Mak Ngah Zaiton tegas.

"Alaa mak.. Kejap lagi lah Dila buat..drama tengah best ni." Jawab Adila.

"Mak cakap pegi tu pegilah.. Buat keja sekolah tu cepat lepas tu terus masuk tido." Mata sudah dijegilkan kepada Adila.

"Iyelah iyelah.." Adila mencebik geram. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik.

Ayuni sudah tersengih sengih melihat Adila yang dimarahi oleh Mak Ngah Zaiton.

Hilang saja kelibat Adila dari pandangan mata, Mak Ngah Zaiton bersuara kembali.

"Yuni.. Mak Ngah ada benda nak cakap dengan kamu ni." Ujar Mak Ngah Zaiton.

"Mak Ngah nak cakap ape?" Soal Ayuni pelik.

Mak Ngah Zaiton meletakkan sebuah kotak kecil berwarna merah diatas meja kopi dihadapan mereka. Ayuni yang melihat kotak itu semakin berkerut pelik.

"Minggu lepas, kawan Mak Ngah yang tinggal dekat Kuala Lumpur tu ada datang rumah kita. Dorang datang hantar rombongan meminang untuk kamu." Ujar Mak Ngah Zaiton senada.

"Hah..???!!! Meminang..??" Membuntang matanya mendengarkan hal tersebut.

"Iye meminang.." Jawab Mak Ngah Zaiton lagi.

"Tapi kenapa Yuni.. Yuni tak kenal pun dorang tu siapa.." Ucap Ayuni.

" Dorang tu kawan baik Mak Ngah masa zaman sekolah lagi..Dorang memang berkenan sangat dengan kamu, dorang nak sangat Yuni jadi menantu dorang."

"Yuni tak nak Mak Ngah.. Yuni masih muda lagi, Yuni belum sedia lagi nak kahwin.

" Tapi Yuni, Mak Ngah dah terima pinangan tu.. Kamu setuju ya.." Pujuk Mak Ngah Zaiton.

"Kenapa Mak Ngah..? Kenapa Mak Ngah buat keputusan tanpa tanya Yuni dulu..?" Wajah diraup kasar.

"Mak Ngah buat semua ni untuk kebaikan kamu.. Sekurang kurangnya kamu duduk dekat KL tu ada yang jaga kamu.. " Ujar Mak Ngah Zaiton.

"Mak Ngah, Yuni duduk dekat KL tu bukan duduk sorang sorang. Yuni duduk dengan Aisyah.. Yuni pun boleh jaga diri Yuni sendiri.." Jawab Ayuni.

"Iye Mak Ngah tahu.. Tapi sampai bila kamu nak harapkan Aisyah..? Kamu sendiri jugak yang cakap Aisyah dah ada boyfriend, tentu satu hari nanti dia pun akan kahwin jugak."

Benar Aisyah sudah pun mempunyai kekasih hati. Ahmad Hafiz senior mereka ketika sama sama melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

"Tapi Mak Ngah tak semestinya dengan berkahwin.. Please Mak Ngah jangan buat Yuni macam ni." Rayu Ayuni.

"Yuni apa yang Mak Ngah buat ni semua untuk kebaikan kamu.. Mak Ngah nak ada orang yang jaga kamu..Lagi pun Mak Ngah yakin Safwan boleh jaga kamu sebaik mungkin." Bahu Ayuni diusap lembut.

"Mak Ngah macam mana Yuni nak kahwin dengan orang yang Yuni sendiri tak kenal, tak cinta.." Luah Ayuni.

"Cinta tu akan datang kemudian Yuni.. Bercinta selepas kahwin tu lagi indah.. Cinta yang halal.. Mak Ngah yakin kamu dan Safwan boleh bahagia."

"Yuni tak boleh Mak Ngah.." Lirih Ayuni merayu.

"Yuni sebelum ni Mak Ngah tak penah minta apa apa dari Yuni, cuma kali ni aje Mak Ngah harap Yuni setuju dengan permintaan Mak Ngah.. Tak kesian ke dengan Mak Ngah yang dah jaga kamu dari kecil sampailah kamu besar."

ZAPPP..

Ayuni tersentak apabila mendengarkan bicara Mak Ngah Zaiton. Sungguh dia terhutang budi dengan wanita tua itu yang selama ini telah menjaganya seperti anak kandung sendiri. Namun apabila melibatkan soal masa depannya dia mula menjadi buntu. Hidupnya ibarat dipertaruhkan dengan sesuatu yang tidak pasti.

Ayuni menarik nafas sebelum dihembus perlahan-lahan. Mata menatap wajah tua wanita dihadapannya ini.

"Mak Ngah bagi Yuni fikir dulu soal ni.." Ujar Ayuni lembut.

"Baiklah.. Tapi Mak Ngah harap kamu tak kecewakan Mak Ngah." Mak Ngah Zaiton mengengam lembut tangan Ayuni.

"Insha'Allah.." Senyuman hambar ditayangkan.

Kaca televiksyen dihadapan kini direnung kosong. Fikirannya mula berserabut dengan permintaan gila ibu saudaranya itu.

×××××

Tepat jam 3 pagi Ayuni tersedar daripada lenanya. Dia meraup wajahnya kasar bagi menghilangkan kantuk mata yang masih bersisa. Setelah itu dia bingkas bangun dan berlalu ke arah bilik air. Dia mahu mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat.

Tikar sejadah yang berada diatas rak diambil dan dibentangkan menghadap kiblat. Usai menyarungkan telekung, Ayuni pantas mengangkat takbir. Begitulah rutinnya boleh dikatakan hampir setiap hari dia pasti akan melakukan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat.

Hari ini dia mahu menunaikan solat sunat istikarah, meminta petunjuk dari yang maha Esa. Jiwanya benar benar terasa kacau.

Dalam Ayuni tidak sedar bening jernih mula jatuh menimpa pipi mulusnya. Sungguh dia berasa sungguh kerdil saat ini. Jiwanya benar benar rapuh.

Usai menunaikan solat, dia berteleku diatas tikar sejadah itu. Tasbih digapai dan bibirnya mula mengalunkan zikir zikir memuji kebesaran Allah yang maha berkuasa di semesta alam.

Tangan kemudian diangkat untuk memohon doa kepada sang pencipta.

"Ya Allah, lapangkanlah segala kesulitan yang sedang aku alami. Ya Allah sesungguhnya aku benar benar buntu akan perihal yang sedang membelengu hati ku ini. Kau bantulah hamba Mu ini.. Jika dia adalah tertulis buat ku, jodoh yang kau redhai dunia dan akhirat bantulah hatiku untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. Ajarilah aku untuk redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan buatku.." Doa Ayuni.

Tangisan yang membasahi pipinya diseka lembut. Hatinya tak henti henti berdoa semoga diberikan petunjuk. Jiwanya yang bergelora tadi mula sedikit tenang.

Ayuni meneruskan aktivitinya dengan membaca kalam Allah. Begitulah rutinnya apabila terjaga daripada lena. Solat dan AlQuran sentiasa menjadi pegangan hidup Ayuni Zahra.

JUMAAT 30.10.2020
7.52 AM

Happy reading gaiss...!!!! Nak tengok wajah2 dorang boleh follow IG kak KM @kasturimadu Thanks with love..

Share this novel

Ella Halim
2020-10-30 08:16:06 

Alhamdulillah ayuni memohon petunjuk dari Allah


NovelPlus Premium

The best ads free experience