BAB 2

Romance Completed 291719

Hujung minggu berkunjung jua. Setelah selesai mengerjakan solat subuh Ayuni memandu kenderaannya pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kuantan Pahang. Hatinya bersorak riang ingin bertemu ibu saudaranya Mak Ngah Zaiton dan sepupu rapatnya Adila ,anak kepada Mak Ngah Zaiton.

Sejak berusia lima tahun Ayuni sudah dijaga oleh Mak Ngah Zaiton kerana orang tuanya sudah pergi menghadap sang pencipta gara gara kemalangan jalan raya. Ayuni tidak mempunyai keluarga lain hanya Mak Ngah Zaiton sahaja saudara yang dia ada. Mak Ngah Zaiton sudah dianggap seperti ibu kandungnya ,tempat dia menumpang kasih dan sayang.

Tiga jam perjalanan akhirnya Ayuni tiba dikampung halaman tempat dia membesar. Ayuni memberhentikan keretanya dihalaman rumah ibu saudaranya itu. Kaki melangkah keluar dari perut kereta, dia segera berlari anak apabila matanya menyapa figura Mak Ngah Zaiton dan Adila yang sedang bersantai dipangkin bawah pokok mangga.

"Assalamualaikum Mak Ngah.. Sihat..?" Ujar Ayuni. Tangan Mak Ngah disalam dan dicium penuh hormat. Senyuman manis tidak lekang dari bibir munggilnya itu.

"Waalaikumusalam..sihat.." Balas Mak Ngah Zaiton.

"Amboii Kak Yuni ni, Adila ni tak nak tanya sihat ke tidak..?" Adila sudah mencebik apabila dia seakan tidak diperdulikan.

Ayuni tersengih suka melihat wajah cemberut sepupu baiknya itu.

"Alaa.. Kak Yuni tahu dah kalau Adila memang selalu sangat sihat.." Pipi tembam Adila dicubit manja..

"Aduhh..sakit laa kak.." Jerit Adila.

"Eh..sudah sudah..kamu berdua ni pantang berjumpakan.. mesti ade je nak bertekak.."

"Kak Yuni tu mak buli Dila." Ujar Adila manja.

"Kamu pun sama jela Dila oii..macam mak tak tahu.." Balas Mak Ngah Zaiton.

Ayuni hanya menjelirkan lidah mengejek si sepupu yang sudah bertukar wajah cemberut.

"Yuni pegilah naik atas,kejap lagi kita makan sama sama. Hari ni Mak Ngah ada masak lauk favourite kamu.." Ucap Mak Ngah Zaiton.

"Yeahh..ni sayang Mak Ngah lebih ni.." Sorak Ayuni manja.

"Mak Ngah je Kak Yuni sayang.. Adila ni tak pun.." Adila sudah memuncungkan bibirnya.

"Mestilah adik kesayangan akak ni akak sayang.." Jawab Ayuni.

"Iyelah tu." Ujar Adila.

"Hmm.. Tak percaya sudah.. Dah lah Mak Ngah kita tinggal je budak kecik ni dekat sini." Lengan Mak Ngah Zaiton diraih untuk mengikutinya masuk ke dalam rumah batu itu.

"Heii.. Tunggulah Dila.." Terkocoh kocoh Adila mengejar langkah wanita dihadapannya.

Mereka bertiga akhirnya membawa langkah menuju masuk ke dalam rumah batu itu. Rumah yang asalnya adalah kepunyaan suami Mak Ngah Zaiton,namun sejak suami kepada ibu saudaranya itu pergi menghadap sang pencipta jadi rumah peninggalan itu telah diberikan kepada Mak Ngah Zaiton.

×××××

Usai solat zuhur, Ayuni menapak memasuki ruang dapur. Mata menyapa kelibat Mak Ngah Zaiton dan Adila yang sudah duduk dimeja makan menanti akan kehadiran Ayuni untuk menjamu selera bersama.

Hidangan diatas meja dipandang. Asam pedas ayam, sayur kubis goreng, dan sotong celup tepung menjadi menu makan tengahari mereka. Kecur air liur Ayuni melihat hidangan diatas meja. Sudah lama dia tidak merasa air tangan ibu saudaranya itu.

"Haa Yuni tunggu apa lagi tu, cepatlah duduk.. Kita makan sama sama." Ujar Mak Ngah Zaiton.

"Iye..nak duduklah ni..sedapnya bau tak sabar Yuni nak makan.." Ucap Ayuni teruja.

"Kalau macam tu makan banyak banyak. Mak Ngah memang masak khas untuk kamu.."

"Dengar tu kak..mak masak khas untuk akak tau..jadi makan puas puas.." Balas Adila.

Ayuni sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Terima kasih Mak Ngah. Buat susah susah je." Segan Ayuni.

"Tak susah mana pun lah. Dah duduk makan." Jawab Mak Ngah Zaiton.

Usai membaca doa mereka bertiga akhirnya makan sambil berbual berbagai topik. Gelak ketawa tiga wanita itu memenuhi ruang makan itu.

×××××

Ayuni melabuhkan punggung diatas sebuah bangku batu yang terletak dikawasan pantai Balok tidak jauh dari rumah ibu saudaranya itu. Hanya 5 minit jika berjalan kaki dari rumah Mak Ngah Zaiton. Angin pantai menampar nampar kulit wajahnya. Dia memejamkan matanya seketika menikmati angin laut itu.

Petang itu mereka bertiga keluar bersantai dipantai Balok untuk mengambil angin petang. Suasana agak sesak dek kerana ramai orang awam datang untuk bersantai bersama keluarga masing masing.

Mak Ngah Zaiton berjalan dan melabuhkan punggungnya bersebelahan Ayuni. Ayuni yang menyedari akan kehadiran Mak Ngah Zaiton tersenyum nipis membalas senyuman ibu saudaranya itu. Matanya terarah kembali ke pantai.

Mak Ngah Zaiton berdehem seketika bagi menghilangkan gugup didada.

"Ehem.. Yuni kalau Mak Ngah nak tanya sikit boleh?" Soal Mak Ngah Zaiton.

"Apa dia Mak Ngah..?"Soal Ayuni matanya masih ligat memandang ke hadapan.

"Yuni dah ada boyfriend..?" Soal Mak Ngah Zaiton.

Ayuni tersengih suka sebelum menjawab pertanyaan si ibu saudara.

"Yuni takde masa lah Mak Ngah nak fikir soal boyfriend ni." Jawab Ayuni.

"Maksudnya takde lah ni kan?"Soal Mak Ngah Zaiton meminta kepastian.

"Kenapa Mak Ngah tiba tiba tanya ni?"Soal Ayuni pelik.

"Takde apa..salah ke Mak Ngah nak tanya? Mana tahu dalam diam kamu dah ada boyfriend kan?" Ucap Mak Ngah Zaiton.

"Tak salah.. Tapi Yuni pelik je,biasakan Mak Ngah tak penah tanya soalan macam ni." Ujar Ayuni.

"Saja Mak Ngah nak tahu soal anak sedara kesayangan Mak Ngah ni."Bahu Ayuni dirangkul lembut.

"Ada ada jelah Mak Ngah ni.." Ujar Ayuni.

Mereka berdua kembali menatap pantai yang terbentang luas dihadapan mata. Tenang itu yang dirasakan oleh dua wanita itu.

KHAMIS 29.10.2020
8.41 AM

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience