BAB 5

Romance Completed 291721

Ayuni merenung kosong kotak cincin diatas meja solek. Kotak itu dibuka dan terserlah sebentuk cincin emas yang cukup ringkas namun tetap elegan. Nafas dihela berat, menghilangkan gelora dihati.

Telefon yang berada di sebelah kiri dicapai dan ditekankan butang yang berada di sebelah kanan alat berbentuk petak segi empat itu bagi menyalakan alat canggih itu. Nama pemanggil dicari dan sejurus itu telefon canggihnya dilekapkan ditepi telinga sebelah kanan. Ayuni meraup wajahnya kasar saat menunggu panggilannya bersahut.

Beberapa saat menunggu panggilan akhirnya disahut oleh orang disebelah sana. Salam diberi tanda pembuka bicara. Perasaan gugup cuba dibuang sejauh jauhnya.

"Yuni dah buat keputusan..." Ujar Ayuni mendatar.

"Kamu setuju ke?" Soal Mak Ngah Zaiton.

"Yuni setuju." Balas Ayuni pendek.

"Yuni pasti..?" Soal Mak Ngah Zaiton.

"Yuni pasti, Mak Ngah boleh uruskan segalanya." Balas Ayuni.

"Baiklah.. Yuni jangan risau Mak Ngah yakin yang Yuni akan bahagia bila kahwin dengan Safwan." Ucap Mak Ngah Zaiton yakin.

"Insha'Allah.." Balas Ayuni.

Panggilan ditamatkan setelah beberapa minit. Ayuni merenung kosong ke arah telefon bimbitnya. Dia cuba untuk redha dengan keputusan yang telah dibuat, jika ini sudah ditakdirkan buatnya, hatinya akan cuba untuk ikhlas.

Dia melakukan semua ini kerana memikirkan budi dan jasa yang telah Mak Ngah Zaiton berikan kepadanya. Sejujurnya dia sendiri tidak mampu membalas jasa wanita tua itu yang telah membesarkannya.

×××××

Safwan membuka langkah longlai menuju masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat milik keluarganya. Punggung dilabuhkan diatas sofa empuk diruang tamu. Mata mencari kelibat ibunya.

Semalam Puan Fatimah menelefonnya meminta agar dia pulang ke rumah kerana katanya ada perkara yang harus dibincangkan. Saat dia memerhati mencari si ibu, tiba tiba pandangannya teralih ke arah seorang gadis molek yang baru sahaja keluar dari arah dapur rumah mereka.

Sairah Husna si adik bongsunya itu. Sairah yang terlihat kelibat si abang segera menerpa ke arah Safwan.

"Abang.." Ujar Sairah. Punggung dilabuhkan bersebelahan Safwan. Keropok yang berada ditangan diletakkan diatas meja dihadapan mereka.

"Adik.. Mommy mana?" Soal Safwan.

"Mommy ada dekat dalam bilik." Jawab Sairah. Alat kawalan jauh diambil dan ditekan. Televisyen diruang tamu itu mula terbuka.

"Abang balik sini kenapa..?" Soal Sairah.

"Aikk..?? Ni kan rumah abang jugak, takkan abang tak boleh balik kot." Balas Safwan.

Sairah menjulingkan mata ke atas menyampah dengan si abang.

"Abang tu kalau takde hal mana nak balik sini. Nak nampak batang hidung pun payah." Ucap Sairah. Keropok diambil dan dikunyah perlahan lahan.

"Hehehe.. Biasalah abang kan sibuk, bukan macam adik free memanjang."

"Sibuk ke..? Ke sibuk dengan benda lain." Perli Sairah. Dia sendiri sudah sedia maklum akan aktiviti si abang.

"Diamlah dik.." Balas Safwan pendek. Malas mahu bertekak dengan si adik. Pasti dia akan kalah.

"Kalah lah tu.." Bibir dijuihkan seketika.

Safwan yang baru sahaja ingin membalas kata kata si adik terbantut apabila gegendang telinganya menyapa suara Puan Fatimah.

"Wan.. Kamu dari mana?" Soal Puan Fatimah.

"Dari office mommy." Safwan bangun dan bersalaman dengan si ibu yang sudah duduk disalah satu sofa diruang tamu.

"Ooo.." Terangguk angguk Puan Fatimah seketika.

"Daddy mana mommy?" Soal Safwan.

"Daddy kamu petang macam ni apa lagi main golf lah dengan kawan kawan dia." Balas Puan Fatimah.

"Ooo.. Mommy panggil Wan balik ni ada apa?" Soal Safwan tidak sabar.

"Mommy nak kamu kosongkan jadual kamu hujung bulan depan selama dua minggu." Ucap Puan Fatimah.

"Dua minggu..? Kenapa pulak?" Soal Safwan pelik.

"Kamu dah lupa ke hujung bulan depan kamu kan nak kahwin." Jawab Puan Fatimah.

Tersentak Safwan seketika. Sungguh dia lupa akan perihal itu kerana dia sibuk memikirkan cara untuk memujuk Nadia, kekasih hatinya.

"Tapi kenapa sampai dua minggu?" Soal Safwan tidak puas hati.

"Mommy nak buat besar besaran, sedara mara kita jauh dengan dekat semua mommy nak jemput." Balas Puan Fatimah.

"Perlu ke buat besar besaran? Buat yang mana wajib je sudahlah." Ujar Safwan tidak puas hati.

"Perlu Wan.. Mommy nak semua orang tahu kamu dah kahwin. Lagi pun kamu tu bukan orang biasa biasa. Kenalah jaga reputasi kamu juga. Kamu tu satu satunya anak lelaki mommy jadi tak salah pun kan."

"Alaa abang ikut jelah cakap mommy tu. Bukan selalu pun." Sokong Sairah yang sedari tadi lagi mendiamkan diri.

"Ikut suka mommylah. Wan malas nak campur." Luah Safwan.

Dia bingkas bangun dan mula membuka langkah menuju ke arah tangga. Dia mahu membersihkan diri seketika. Puan Fatimah hanya menggeleng melihat telatah si anak teruna.

"Mommy yakin ke nak kahwinkan abang tu dengan Kak Yuni?" Soal Sairah tiba tiba.

"Dah lama mommy nak Kak Yuni tu jadi menantu mommy. Mommy memang sukakan dia. Dia tak sama macam perempuan lain." Jawab Puan Fatimah.

"Hmm.. Ikut suka mommylah.." Mata kembali memandang televiksyen yang sedang menayangkan drama korea.

Begitulah rutin harian Sairah Husna. Dia sedang melanjutkan pelajaran didalam bidang kulinari disebuah institusi swasta diibu kota. Usai pulang daripada kolej dia pasti akan menonton drama korea yang akan ditayangkan dikaca televiksyen pada setiap petang.

×××××

Ayuni dan Aisyah melabuhkan duduk diatas sebuah bangku kayu yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Hari ini mereka keluar berjoging disini. Jika tidak ke perpustakaan awam, Ayuni akan mengajak Aisyah untuk sama-sama menghabiskan masa dengan bersenam.

"Aku dah buat keputusan." Ujar Ayuni. Mata tunak memandang ke arah tasik dihadapan.

"Keputusan..? Keputusan apa..?" Aisyah memandang tepat wajah Ayuni yang berada disebelahnya.

Ayuni menarik nafas seketika.

"Kahwin.." Balas Ayuni pendek.

"Kau pasti ke Yuni? Kahwin ni bukan perkara main main." Ujar Aisyah.

"Apa pilihan yang aku ada? Aku dah banyak terhutang budi dengan Mak Ngah. Sekarang sampai masanya aku balas balik segala budi baik dia dekat aku." Ucap Ayuni lirih.

"Hmm.. Apa pun keputusan kau, aku akan sokong kau.. Aku akan sentiasa ada disisi kau." Bahu Ayuni diusap lembut.

"Thanks Sya sebab sentiasa ada dengan aku." Ucap Ayuni.

"Hmm.. Lepas ni sorang sorang lah aku.. Sunyilah hidup aku lepasni." Luah Aisyah.

"Eleh.. Macam laa kita tak boleh jumpa dekat office." Ayuni menjeling ke arah Aisyah seketika.

"Hehehe.. Lupa pulak kita satu office." Kepala yang tidak gatal digaru seketika.

"Dahlah jom kita balik. Aku dah lapar ni." Ajak Ayuni.

Mereka berdua akhirnya mengorak langkah menuju ke kenderaan yang diletakkan ditempat kereta awam.

AHAD 01.11.2020
9.01 AM

Share this novel

Cyndrlla Cye
2020-11-01 13:06:38 

update cepat boleh tak


NovelPlus Premium

The best ads free experience