PROLOG

Romance Completed 291719

"Ara..! Jangan lari..!" Jerit seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun yang sedang mengejar kanak kanak perempuan bertocang dua.

"Werkk.. Kejarlah sampai dapat." Lidah dijelirkan dan kaki dilarikan selaju yang mungkin.

"Ara.. Abang Akim cakap jangan lari kan.. Nanti jatuh.." Jerit budak itu.

GEDEBUK

Gara gara tersilap langkah, kanak kanak perempuan berusia empat tahun itu tersadung diakar pokok. Dia akhirnya jatuh menyembah bumi dan menyebabkan dahinya terhantuk pada batang pokok besar disitu.

"Huaa..Huaa.." Tangisan nyaring dari kanak kanak perempuan itu berbunyi kuat.

Budak lelaki yang mendengar tangisan si kanak kanak perempuan itu berlari mendapatkannya.

"Ya Allah.. Kan Abang Akim dah cakap jangan lari, Ara degil.. Tengok berdarah dah dahi tu." Bebel budak lelaki itu.

"Sakit..." Rengek kanak kanak itu. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

"Iye.. Abang Akim tahu.. Dah dah jom kita balik, sapu ubat." Pujuknya.

Dia segera mendukung kanak kanak perempuan itu erat. Si kanak kanak pantas menyandarkan kepalanya dibahu budak lelaki itu.

Sampai sahaja dirumah kampung itu, budak lelaki itu segera meletakkan kanak kanak perempuan itu diatas sofa diruang tamu. Peti keselamatan dicari,apabila sudah ketemu dia segera mendapatkan semula kanak kanak comel itu.

Luka dicuci dan ubat diisi secara perlahan lahan risau jika menyakiti. Usai melakukan kerjanya, dahi kanak kanak itu dicium sekilas dan bibirnya menguntum senyum. Sungguh dia amat sayangkan kanak kanak comel itu.

"Dah siap, tak mau nagis lagi." Pujuk budak lelaki itu.

"Sakit..." Manja kanak kanak bertocang dua itu mengadu.

"Abang Akim dah isi ubat dah.. Nanti baiklah ni.. Lain kali kalau Abang Akim cakap jangan lari, maksudnya jangan. Ni degil tengok ni kan dah dapat sakit." Bebelnya.

Kanak kanak perempuan itu hanya mencebikan bibirnya tanda protes.

Melihat cebikan bibir si kanak kanak, senyuman si budak lelaki semakin melebar. Baginya setiap perbuatan si kanak kanak itu sentiasa mencuit hatinya. Jika diberi pilihan dia ingin menjaga si budak comel yang telah menjentik rasa dihati.

NOTA :

Haiii korang..! Kalau nak tengok mcm mana rupa watak dalam novel terbaru kak KM.. Boleh follow ig kak KM..

@kasturimadu

THANK YOU AND STAY SAFE EVERYONE...!!!

KasturiMadu
Hanya seorang doktor yang cuba untuk menjadi penulis...

SABTU
24.10.2020
11.43 AM

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-08-29 15:12:48 

ouh akk km dr .. ok ok ..

Camellia Bunyung
2020-11-19 16:07:23 

apa yg berlaku pada ayuni lepas itu ....update please?

alinsahira
2020-11-09 22:24:59 

Ape yg berlaku pada Ayuni?


NovelPlus Premium

The best ads free experience