Cristiano Ronaldo [2]

Mystery & Detective Completed 1217

Ronaldo melakukan debut beliau dalam liga domestik Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan menentang kelab Bolton Wanderers pada 16 Ogos 2003, apabila beliau dimasukkan pada minit ke-60 menggantikan Nicky Butt, dan menerima tepukan gemuruh daripada para penyokong. Prestasi yang ditunjukkan beliau dipuji oleh pemain lagenda United, George Best, yang menganggap debut Ronaldo sebagai "debut yang paling menarik pernah disaksikan".

Musim ketiga Ronaldo diEngland menyaksikan beberapa insiden. Beliau telah dikenakan sekatan bermain untuk satu perlawanan oleh UEFA berhubung tindakan buruknya terhadap penyokong kelabBenfica, serta dibuang padang dalam perlawanan menentang Manchester Cityakibat tindakan beliau yang menendang Andy Cole. Ronaldo juga dikatakan bergaduh dengan rakan sepasukannya, Ruud van Nistelrooy, yang tersinggung dengan perbuatan Ronaldo mempamerkan stail permainan yang menunjuk-nunjuk. Mereka kemudian sekali lagi dilaporkan bergaduh pada bulan Mei 2006, dengan van Nistelrooy memberitahu Ronaldo untuk "menangis di depan bapa kamu", merujuk kepada hubungan di antara Ronaldo dengan penolong pengurus pada ketika itu, Carlos Queiroz. Van Nistelrooy diletakkan dalam bangku simpanan pada perlawanan terakhir musim 2005-06, di mana pasukan United menang 4-0 ke atas Charlton Athletic dan Ronaldo menjaringkan gol ke-9 untuk musim tersebut dan dijual selepas habis musim. Pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2006 pula, Ronaldo terlibat dalam insiden perkasaran yang menyebabkan rakan sepasukan kelab, Wayne Rooney dibuang padang. Akibat insiden itu, Ronaldo secara terbukanya meminta supaya beliau dijual, mendakwa beliau tidak menerima sokongan yang sepatutnya dari pengurusan kelab United bagaimana pun, menyangkal berita kemungkinan Ronaldo meninggalkan kelab.

Hasil prestasi yang ditunjukkan membolehkan beliau memenangi sejumlah anugerah selepas tamat musim. Beliau memenangi anugerah Professional Footballers' Association's Player's Player, Pemain dan Pemain Muda Terbaik Tahunan, serta Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak, dan merupakan pemain bola sepak pertama yang memenangi kesemua penganugerahan yang dianjurkan oleh PFA dan FWA. Gaji beliau dinaikkan kepada £120,000 per minggu sebagai sebahagian daripada kontrak sambungan lima tahun yang telah ditandatangani bersama United.

Berita perpindahan Ronaldo telah berlaku pada bulan Mac 2007, Real Madrid yang telah bersedia untuk membawa masuk beliau dengan harga €80 juta (£54 juta), beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun, £120.000 seminggu dengan United pada 13 April, menjadikan beliau pemain tertinggi dibayar dalam sejarah Manchester United.

Setelah sekitar 15 tahun,CR7 masih menjadi pemain paling diminati dan boleh digelar lagenda bola sepak.Mana tidaknya sepanjang kariernya beliau sudah menerima sekitar 157 penghargaan peribadi.Antaranya FIFA BALLON D'OR 4 Kali,PUSKAS AWARD 2009 dan FIFA FIFPro World XI: 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017.Malangnya dia tidak pernah berjaya membawa negaranya menjadi juara World Cup.

Tidak hanya itu pada abad kedatangan CR7 ini seorang lagi lagenda muncul.Mereka sering berebut penghargaan pemain terbaik.Bahkan Ricardo Kaka,penerima Ballon D'or 2007 dengan bangga berkata "Aku adalah pemain terakhir yang akan menerima Ballon D'or dan selepasnya hanya akan dimenangi CR7 atau ..."

Hanya untuk suka suka..Kuiz pertama ialah :

Siapakah pemain yang diperkatakan tersebut??....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience