Lionel Messi

Mystery & Detective Completed 1217

"Messi! Messi!" Seorang lagenda yg lahir seabad dengan Cristiano Ronaldo.Nama penuhnya Lionel Andres Messi.Lahir pada 24 Jun 1987 2 tahun selepas kelahiran CR7.

Jika CR7 pernah mempunyai penyakit jantung,Messi pula dikesan menghadapi penyakit berkaitan pengurangan hormon pertumbuhan [GHD] semasa kecil. Dibesarkan dalam suasana menyayangi bola sepak, "Leo" memiliki semangat bermain bola sepak pada zaman awalnya, bermain hampir setiap hari bersama abang-abangnya, Rodrigo dan Matías, dan sepupunya, Maximiliano danEmanuel Biancucchi, yang kedua-duanya menjadi pemain profesional.

"Apabila kamu lihat dia, kamu akan berfikir: budak ini tak boleh bermain bola sepak. Dia terlalu kecil dan lemah. Namun begitu, kamu sedar yang dia sangat berbeza, yang mana dia akan menjadi hebat suatu hari nanti."

— Bekas jurulatih pasukan belia Newell's Old Boys, Adrián Coria berkongsi pandangan pertama terhadap Messi yang berusia 12 tahun.

Messi menyertai kelab Newell's Old Boyspada umur enam tahun. Sepanjang enam tahun beliau bermain bersama kelab Newell's, beliau telah menjaringkan hampir 500 gol sebagai sebahagian daripada kumpulan "The Machine of '87", gelaran pasukan kelab pada ketika itu yang hampir mustahil dikalahkan dan dinamakan dengan tahun kelahiran, dimana kumpulan ini juga menghiburkan orang ramai yang datang dengan melakukan helah bola sepak selepas berakhirnya separuh masa pertama. Walau bagaimanapun, masa depan beliau sebagai pemain profesional bakal terancam apabila beliau didiagnosis dengan penyakit berkaitan kekurangan hormon pertumbuhan (GHD) semasa berumur 10 tahun. Insurans kesihatan bapanya hanya meliputi dua tahun rawatan hormon pertumbuhan, di mana kos yang perlu ditanggung sekurang-kurangnya $10900 sebulan, Newell bersetuju untuk menyumbang, tetapi kemudian mengingkari janji mereka. Messi kemudian ditinjau oleh kelab River Plate yang terdiri daripada pemain idola beliau, Pablo Aimar, namun begitu mereka juga tidak mampu menanggung kos rawatan akibat krisis ekonomi yang dihadapi negara Argentina ketika itu.

Pada 14 Disember, kata dua telah diberikan kepada Barcelona untuk membuktikan komitmen ini, dan Rexach, dengan tiada kertas disediakan, menyediakan kontrak di atas kertas tisu[14][16]. Pada bulan Februari 2001, keluarga Messi berpindah ke Barcelona, di mana mereka mendiami di sebuah pangsapuri berdekatan dengan stadium Camp Nou, iaitu stadium tuan rumah untuk kelab Barcelona. Pada tahun pertama Messi di Sepanyol, beliau jarang sekali membuat penampilan bersama akademi disebabkan konflik perpindahan dengan kelab Newell's; dan sebagai pemain asing, beliau hanya boleh diturunkan dalam perlawanan persahabatan dan liga Catalan. Tanpa bola sepak, beliau bergelut untuk mendapatkan keserasian bersama pasukannya. Di rumah pula, beliau mula merindui kampung halamannya di Argentina setelah ibunya pulang kembali keRosario bersama abang-abangnya dan adik perempuannya, María Sol, manakala bapanya menemani beliau di Sepanyol.

Selepas setahun bersama akademi bola sepak Barcelona, La Masia, Messi akhirnya diterima oleh Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) pada bulan Februari 2002. Dibenarkan bermain dalam semua pertandingan, beliau cuba berkenalan dengan pasukannya, antaranya ialah Cesc Fàbregas dan Gerard Piqué.Selepas selesai menjalani rawatan hormon pertumbuhan semasa berumur 14 tahun, Messi merupakan sebahagian daripada "Baby Dream Team", pasukan belia paling terbaik dimiliki Barcelona. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience