Cristiano Ronaldo

Mystery & Detective Completed 1217

Cristiano Ronaldo(CR7).Nama yang tidak asing di seluruh dunia.Antara pemain bola sepak terbaik sepanjang abad ini.Mari kita kaji selidik tentangnya...

Nama penuhnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro.Lahir pada 15 Februari 1985. Ronaldo dilahirkan di Santo António, dalam kejiranan Funchal, Madeira, dan merupakan anak bongsu hasil perkongsian hidup pasangan Maria Dolores dos Santos Aveiro, seorang tukang masak dan José Dinis Aveiro, bekerja sebagai pekebun untuk majlis perbandaran. Nama "Ronaldo" diberikan bersempena dengan nama presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Ronald Reagan, yang merupakan idola bapa beliau. Adik-beradik beliau terdiri daripada seorang abang, Hugo dan dua orang kakak, Elma dan Liliana Cátia. Moyangnya, Isabel da Piedade berasal daripada negara Tanjung Verde. Ronaldo menyatakan bahawa pada kehidupan awalnya, beliau hidup dalam keadaan miskin, dan berkongsi bilik bersama adik-beradiknya.

Cristiano Ronaldo sempat berada di antara hidup dan mati karena penyakit jantung. Pada usia 15 tahun, Ronaldo harus menghadapi operasi jantung yang boleh mengakhiri kariernya sebagai pemain bola, bahkan mengakhiri hidupnya.
Keadaan ini boleh menyebabkan Ronaldo terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan karier bola sepak. Beliau kemudian menjalani pembedahan di mana laser digunakan untuk membuang kawasan yang dijangkiti berdekatan dengan jantungnya dan menyambung latihan bola sepak beberapa hari kemudian.

Semasa berumur 16 tahun, Ronaldo telah dinaik taraf kepada pemain untuk pasukan utama Sporting Lisbon oleh pengurus pasukan utama László Bölöni, yang tertarik dengan aksi lincahnya. Beliau merupakan pemain pertama kelab yang bermain untuk kesemua pasukan belia termasuklah pasukan bawah-16 tahun, bawah-17 tahun dan bawah 18-tahun serta pasukan senior termasuklah pasukan B dan pasukan utama dalam satu musim. Setahun kemudian, pada 7 Oktober2002. Ronaldo melakukan debut pertamanya dalam perlawanan liga domestik Primeira Liga, menentang pasukan Moreirense dan menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang dengan jaringan 3-0. Sepanjang musim 2002-03, aksi yang ditunjukkan beliau menyebabkan wakil Ronaldo mencadangkan beliau kepada pengurus kelab Liverpool pada ketika ituGérard Houllier dan presiden kelab BarcelonaJoan Laporta. Pengurus kelab Arsenal,Arsène Wenger juga sangat berminat untuk mendapatkan Ronaldo, dan pernah mengadakan perjumpaan dengannya di padang latihan Arsenal pada bulan November untuk berbincang mengenai potensi perpindahan.

Ronaldo kemudian menarik perhatian pengurus kelab Manchester United, Alex Ferguson pada bulan Ogos 2003, pada ketika itu pasukan Sporting menewaskan United 3-1 dalam perlawanan sulung di stadium Estádio José Alvalade di Lisbon. Prestasi yang ditunjukkan Ronaldo menyebabkan pemain Manchester United berasa kagum, yang mendesak Ferguson untuk mendapatkan khidmat beliau. Ferguson sendiri menganggap Ronaldo yang berumur 18 tahun pada ketika itu sebagai "salah seorang pemain muda paling menarik" yang beliau pernah saksikan.

Ronaldo merupakan pemain Portugal pertama yang menyertai kelab Manchester United di mana beliau menandatangani kontrak sebelum bermula musim liga 2003-04. Yuran perpindahan sebanyak £12.24 juta yang dibayar, merupakan yuran tertinggi bagi perpindahan seorang pemain muda dalam sejarah bola sepak England. Pada awalnya, Ronaldo meminta jersi dengan nombor 28, nombor yang digunakan ketika beliau bersama kelab Sporting, namun begitu beliau diberikan jersi bernombor 7, yang sebelum ini pernah digunakan oleh beberapa bekas pemain United seperti George Best,Eric Cantona, dan David Beckham. Ronaldo menyatakan bahawa memakai jersi bernombor 7 memberikan motivasi tambahan kepadanya dan matlamatnya adalah untuk mengembangkan bakatnya menjadi seorang pemain terbaik dunia dalam masa tiga tahun. Elemen utama yang membawa kepada perkembangan bakat beliau adalah Alex Ferguson itu sendiri, di mana Ronaldo kemudian menyatakan, "Beliau (Alex Ferguson) adalah bapa saya dalam sukan, salah satu faktor penting dan utama dalam karier saya".

SAMBUNGAN DI BAB SETERUSNYA....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience