Diego Maradona [2]

Mystery & Detective Completed 1217

Dijaringkan dengan memukul bola dengan tangan. Maradona menafikannya secara malu-malu, menyifatkan jaringan itu sebagai "sedikit kepala Maradona dan sedikit tangan Tuhan." Jaringan itu digelar "Tangan Tuhan," (Sepanyol: la mano de Dios). Akhirnya, pada 22 Ogos 2005, Maradona mengakui di rancangan TV beliau bahawa beliau sengaja memukul bola dengan tangan, lalu menyediari jaringan itu tidak sah. Katanya, seingat beliau sejurus selepas jaringan itu:

“Saya tengah menunggu rakan sepasukan saya memeluk saya, tetapi tiada yang datang … saya cakap, 'Mari peluk aku, kalau tidak pengadil takkan benarkannya.'”

Sebaliknya pula, jaringan kedua Maradona merupakan penyerlahan kemahiran teknik dan menggelecek bola Maradona. Beliau mengambil bola di kawasan pasukan diri lalu berpusing-pusing dan meluru lebih separuh padang sambil menyentuh bola 11 kali, memintas lima pemain England: (Glenn Hoddle, Peter Reid, Kenny Sansom, Terry Butcher, dan Terry Fenwick) serta penjaga gawang Peter Shilton. Gol inilah yang bergelar Goal of the Century di undian Internet 2000 oleh FIFA. Pada tahun 2002, kedua-dua gol ini menduduki tempat ke-6 dalam 100 Greatest Sporting Moments oleh saluran TV Channel 4 UK.

Kejohanan Piala Dunia FIFA 1994 diAmerika Syarikat, Maradona bermain di dua perlawanan, sempat menjaringkan sekali gol menentang Greece, sebelum dihantar pulang selepas didapati menyalah guna efedrinadalam ujian dadah. Dalam autobiografinya, Maradona mendakwa hasil ujian itu disebabkan pelatih peribadunya memberikan minuman tenaga Rip Fuel kepada beliau. Dakwaan beliau ialah versi A.S. minuman ini, berbeza daripada versi Argentina, mengandungi kimia terbabit, dan setelah kehabisan minuman versi Argentina itu, pelatihnya tidak sengaja membeli formula A.S.
Pihak FIFA terus membuang Maradona dari kejohanan manakala Argentina disingkirkan di pusingan kedua. Maradona juga mendakwa dalam kenyataan berasingan bahawa beliau mengadakan persetujuan dengan FIFA, yang mana pertubuhan berkenaan memungkiri janji membenarkan beliau menggunakan dadah itu untuk tujuan mengurangkan berat badan sebelum pertandingan agar dapat beraksi. Menurut Maradona, ini adalah agar Piala Dunia tidak kehilangan prestijnya gara-gara ketiadaan beliau. Dakwaan ini tidak pernah dibuktikan, dan ramai peminat beliau berpendapat kenyataan beliau itu ("mereka memotong kaki saya") berkaitan dengan kemarahan beliau atas penggantungan beliau.

Maradona juga pernah menjadi pengurus sebelum AFA sebulat suara memutuskan tidak memperbaharui kontrak Maradona.Beliau juga mempunyai banyak trofi yg diterima antaranya

Bola Emas untuk Pemain Terbaik Piala Dunia B-20 FIFA: 1979Argentine league Top Scorer: 1979, 1980, 1981Argentine Football Writers' Footballer of the Year: 1979 — 1981, 1986South American Footballer of the Year (El Mundo, Caracas):1979, 1986, 1989, 1990, 1992Argentine Sports Writers' Sportsman of the Year: 1986Golden Ball for Best Player of the FIFA World Cup: 1986Best Footballer in the World (Once): 1986 — 1987World Player of the Year (World Soccer Magazine): 1986Serie A Top Scorer: 1987/1988Golden Ball untuk khidmat kepada bola sepak (France Football): 1996Argentine Sports Writers' Sportsman of the Century: 1999"FIFA best football player of the century", people's choice: 2000"FIFA Goal of the Century" (1986 (2–1) v. England; gol ke-2): 2002Penghargaan pencapaian sepanjang hayat"Domingo Faustino Sarmiento" Senat Argentina: 2005

Beliau juga dianggap sebagai salah seorang pemain paling kontroversi dalam sukan berkenaan. Maradona digantung selama 15 bulan pada tahun 1991 setelah gagal dalam ujian dadah yang mendapati kokaina di Itali, selepas itu didapati mengandungi efedrinapada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Setelah bersara dari persada bola pada hari jadi ke-37 pada tahun 1997,beliau mengalami masalah kesihatan dan berat badan, diburukkan lagi oleh salah guna kokaina yang berterusan. Bagaimanapun, pembedahan mengokot perut membantunya mengawal penambahan berat badan. Semenjak mengatasi ketagihan kokaina, beliau menjadi hos TV di Argentina.

Ok,untuk kuiz kali ini :

Piala Dunia pertama kali diadakan pada tahun??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience