Diego Maradona

Mystery & Detective Completed 1217

Diego Maradona atau nama penuhnya Diego Armando Maradona merupakan seorang bekas pemain terbaik sepanjang abad.Lahir pada 30 Oktober 1960 berkongsi anugerah FIFA Player of the Century bersama Pele, setelah diundi ke tempat teratas dalam satu pantauan Internet di laman web FIFA untuk memungut pendapat mengenai pemain paling cemerlang sepanjang abad ke-20 pada tahun 2000.

Diego Armando Maradona lahir di Villa Fiorito, sebuah kawasan melarat di pinggir selatan kota Buenos Aires, dalam sebuah keluarga miskin yang berpindah dari wilayah Corrientes. Beliau merupakan anak lelaki pertama selepas tiga anak perempuan. Beliau ada dua orang adik lelaki, iaitu Hugo (el Turco) dan Eduardo (Lalo), kedua-duanya juga pemain bola sepak profesional.

Ketika berusia 11 tahun, Maradona diundang oleh seorang pencari bakat sewaktu bermain di kelab setempatnya, Estrella Roja (Bintang Merah). Beliau menjadi bintang utama pasukan Los Cebollitas (Bawang Kecil), pasukan junior Argentinos Juniors Buenos Aires. Pada usia 12 tahun, beliau mengagumkan penonton dengan menunjuk-nunjukkan kepintaran bermain bola ketika waktu rehat separuh masa perlawanan divisi pertama.

Sepanjang kerjaya bola sepak antarabangsa yang merangkumi 91 kali turun padang dan 34 gol, beliau beraksi di empat kejohanan Piala Dunia FIFA, memimpin pasukan kebangsaan Argentina sehingga mencapai kejuaraanpada edisi tahun 1986, yang mana beliau meraih anugerah Bola Emas selaku pemain paling cemerlang sepanjang kejohanan. Beliau menambat kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 terhadap England di pusingan suku akhir kejohanan 1986. Gol pertamanya merupakan handball tidak didenda yang dikenali sebagai "Tangan Tuhan", manakala gol kedua merupakan aksi celah-mencelah mengagumkan sepanjang 60 meter memintas enam pemain England, yang dikenali sebagai "The Goal of the Century" atau "Layang-layang Kosmos" (Sepanyol: El barrilete cósmico) di Argentina.

Maradona muncul buat julung kalinya sebagai profesional pada 20 Oktober 1976, 10 hari sebelum hari jadinya yang ke-16, bersama Argentinos Juniors Beliau bersama pasukan itu dari tahun 1976 hingga 1981, sebelum dipindahkan ke kelab pujaan beliau, Boca Juniors, yang bernilai £1 juta. Maradona yang menyertai pasukan di pertengahan musim 1981, beraksi sepanjang musim 1982, lalu meraih pingat juara liga pertama beliau.Sesudah Piala Dunia 1982 di bulan Jun, Maradona dipindahkan ke FC Barcelona diSepanyol dalam pertukaran bernilai £5 juta yang memecah rekod dunia ketika itu.

Maradona beraksi di kejohanan Piala Duniadi Sepanyol buat julung kalinya pada tahun 1982. Pada pusingan pertama, Argentina selaku juara bertahan, kalah di tangan Belgium. Meskipun sempat menumpaskan Hungary dan El Salvador agar layak ke pusingan kedua, mereka ditumpaskan oleh Brazil dan Itali yang menjadi juara. Maradona bermain di kelima-lima perlawanan tanpa diganti, menjaringkan dua gol menentang Hungary, tetapi diarahkan keluar padang 5 minit sebelum tamat perlawanan menentang Brazil kerana bermain secara kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience