Lionel Messi [2]

Mystery & Detective Completed 1217

Selepas latihan pertama beliau bersama pasukan utama, Ronaldinho, memberitahu rakan sepasukannya yang beliau percaya budak yang berumur 16 tahun ini bakal diangkat sebagai pemain paling bagus berbanding dirinya. Ronaldinho kemudiannya mula berkawan dengan Messi, di mana beliau memanggilnya "little brother" (adik), yang banyak membantu Messi dalam membiasakan dirinya bersama pasukan utama.

Prestasinya kemudian diterjemahkan dalam bentuk kontrak profesional pertama beliau, yang ditandatangani pada 4 Februari 2004, yang berakhir pada tahun 2012 dan mengandungi klausa perpindahan sebanyak €30 juta. Sebulan kemudian, pada 6 Mac, beliau melakukan debut untuk pasukan Barcelona B dalam liga Segunda División B, dan klausa perpindahan dinaikkan secara automatik kepada €80 juta. Secara fizikalnya, beliau dilihat sangat lemah apabila berdepan dengan pihak lawan, yang rata-ratanya lebih tua dan tinggi menyebabkan beliau berusaha keras untuk meningkatkan jisim ototnya dan tenaga keseluruhannya bagi menakutkan pihak lawan. 

Beliau menjaringkan gol senior pertama pada 1 Mei 2005, menentang kelab Albacete, yang mendapat bola dari Ronaldinho, dan menjadi pemain termuda menjaringkan gol untuk kelab pada ketika itu.Barcelona, di bawah musim kedua bersama Rijkaard, memenangi liga buat pertama kali dalam masa enam tahun.

Messi yg hanya bermain di 1 club ini selalu disamakan dengan legenda Argentina Diego Maradona.Baru baru ini Messi dikatakan tidak mampu melawan Maradona selagi tidak memenangi World Cup.Messi juga selalu dibandingkan dengan Mega Bintang yang satu lagi iaitu CR7.

Jika diikutkan trofi yg diterima CR7 unggul sedikit berbanding Messi.Messi hanya mendapat 130 trofi berbanding CR7 157 trofi.Malangnya keduanya tidak pernah memenangi World Cup.Dalam usia yg sudah mencecah 30 lebih ini CR7 dan Messi masih lagi belum ingin bersara dari Dunia Bola Sepak.Walaupun Messi mengatakan ingin bersara untuk Negaranya kini dia menarik balik katanya itu.

Tidak dapat diragukan dengan 5 Trofi Ballon D'or Messi layak menjadi pemain terbaik dunia sepanjang masa.Tidak kalah CR7 dengan 4 Ballon D'or.Kita hanya perlu menunggu bintang bintang lain menyerlah selepas persaraan 2 Bintang ini.

Ok..Untuk kuiz kali ini :

Anugerah Puskas dinamakan dari pemain yg bernama??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience