BAB 4

Mystery & Detective Completed 474

SEMALAM Maisura mendapat mimpi yang mengerunkan. Entah mengapa dia
mendapat mimpi aneh seperti itu. Apa mungkin ini ada kaitan dengan
kejadian semalam? Peristiwa semalam pula menjadi perbualan terhangat
pada hari itu. Azura telah menceritakan kejadian semalam kepada
beberapa orang rakannya dan cerita tersebut telah tersebar kepada ramai
orang. Dia pula yang tidak senang duduk kerana ramai juga orang yang
datang kepadanya untuk mendapatkan kepastian tentang kejadian semalam.
Maisura tidak mahu kejadian semalam dikecoh-kecohkan tetapi sudah
terlambat kerana Azura telah membuka cerita itu dahulu..

“Sue, betul ke korang kena kena kejar dengan bunian semalam?” soal
Razlan sambil tersengih-sengih.

“Bunian? Hish, apa-apalah!”dengus Maisura . Tadi sudah beberapa orang yang
menyoalnya tentang kejadian semalam. Dia sudah letih memberi jawapan
yang sama. Dia hairan, rakan-rakannya itu tidak bosankah dengan cerita
itu? Apa yang menarik sangat tentang cerita itu pun dia tidak pasti.

“Betul ke tidak?”soal Razlan lagi. Dia tahu Maisura sudah bosan dengan
soalan yang sama seperti itu. Lihat wajah Maisura sahaja dia sudah tahu
bahawa Maisura seperti malas ingin menjawab soalannya itu.

“Betul ke, tidak ke, itu masalah aku. Korang ni tak penat ke bergosip
tentang makhluk misteri tu?” Maisura naik rimas. Selepas Razlan, entah
siapa lagi pula yang akan menyoalnya tentang kejadiaan semalam itu.

“Tak!”jawab Razlan. “Seronok je kita orang bergosip. Kau tu, ceritalah
sikit apa yang terjadi semalam,”sambung Razlan lagi.

“Kan Azura dah ceritakan semuanya. Apa lagi aku nak cerita? Betullah apa
yang Azura cakapkan tu. Asyik bergosip je kerja korang. Pergi buat kerja
lagi bagus tau!”bidas Maisura . Sengaja dia membidas seperti itu supaya
lelaki di hadapannya itu berhenti menganggunya pada waktu itu. Kerjanya
akan tergendala jika terus berbual kosong seperti itu.

“Okey! Kau memang tak nak cerita, tak apalah,” setelah itu Razlan
beredar dari tempat Maisura . Sengaja dia buat-buat merajuk. Melihat
Maisura tidak meneruskan perbualan, Razlan terus melangkah dari situ.
Betul juga cakap Maisura . Dia masih ada kerja yang belum diselesaikannya
lagi.

Maisura menggelengkan kepalanya melihat gelagat rakan sekerjanya itu.
Setiap hari suasana di syarikat itu akan kecoh kerana banyak sangat
hidangan cerita tentang makhluk misteri yang berkeliaran dalam bangunan
itu. Maisura menyambung menyiapkan kerjanya.

‘Tanam!’

Maisura melihat sekeping kertas kecil yang diconteng itu. Tulisan pada
kertas itu agak comot. Tanam? Dia teringat pula kepada mimpinya semalam.
Di dalam mimpinya, seorang wanita yang sedang mendukung seorang budak
berkali-kali memintanya untuk menanam sesuatu. Tetapi Maisura tidak pasti
benda apa yang perlu ditanamnya. Maisura melihat semula kertas yang
diconteng dengan comot itu. Apa maksudnya ini? Apa yang dia perlu
lakukan? Adakah ini satu petunjuk? Pelbagai persoalan bermain-main dalam
fikirannya tatkala itu.

“Encik Khaleed,” tiba-tiba Maisura teringat akan majikannya. Encik
Khaleed telah lama berkhidmat di syarikat itu. Berkemungkinan majikannya
itu lebih mengetahui mengenai bangunan syarikat itu. Apa-apa pun dia
perlu mendapatkan kepastian mengenai sejarah bangunan syarikat itu.
Setelah itu, dia boleh membuat keputusan seterusnya untuk mencari
jawapan mimpinya dan notis kecil itu. Maisura meninggalkan kerjanya itu
lalu menuju ke pejabat Encik khaleed yang berada di tingkat tujuh. Dia
menggunakan tangga memandangkan jarak pejabatnya dengan pejabat Encik
Khaleed hanya jarak satu tingkat sahaja.

Dalam hati dia begitu berharap agar Encik Khaleed dapat meluangkan masa
untuk menceritakan sejarah bangunan syarikat itu.Lebih bagus jika Encik
Khaleed mengetahui cerita mengenai makhluk misteri yang hangat
diperkatakan itu. Maisura mengetuk pintu pejabat Encik Khaleed setelah
tiba di hadapan pejabatnya. Setelah mendapat kebenaran dia terus
melangkah ke dalam pejabat Encik Khaleed.

“Ya, Maisura . Awak nak minta cuti ke?”soal Encik Khaleed. Maisura menduga
Encik Khaleed sudah mengetahui tentang kejadian semalam. Jika tidak,
pasti Encik Khaleed tidak akan menyoal seperti itu.

“Jadi, Encik Khaleed dah tahu tentang kejadian semalam?”teka Maisura
untuk mendapatkan kepastian. Encik Khaleed menggangukkan kepalanya
sambil tersenyum.

“Satu bangunan ni dah kecoh tentang hal awak semalam, takkan saya tak
tahu. Saya rasa kakitangan syarikat ni semua dah tahu tentang cerita
awak dengan Azura semalam. Saya tak sangka perkara macam ni boleh
berlaku dalam syarikat ni,”ujar Encik Khaleed. Maisura tidak sangka
perkara itu menjadi topik terhangat pada hari ini. Dia tidak boleh
mengelak daripada menjawab soalan majikannya itu.

“Itulah, saya sendiri tidak sangka perkara macam ni boleh berlaku di
syarikat ni. Saya sendiri pun macam tak percaya saya lalui kejadian
semalam. Tapi, nasib baik semuanya selamat dan tidak ada apa-apa yang
berlaku. Cuma Azura sahaja yang pengsan,” terang Maisura .

“Itulah, nasib baik Azura pengsan sahaja. Lupa pula, awak nak apa
tadi?”Encik Khlaeed menukar topik perbualan mereka. Jika dia sudah mula
berborak memang susah hendak berhenti.

“Saya nak minta tolong sikit.”

“Minta tolong? Apa dia?”

“Saya nak minta tolong daripada Encik Khaleed untuk ceritakan sejarah
bangunan syarikat ni.” Maisura meneruskan niat asalnya. Dia perlukan
penjelasan mengenai bangunan itu dengan lebih terperinci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience