BAB 6

Mystery & Detective Completed 474

SUDAH seminggu bangunan syarikat itu kembali tenang dan aman.
Rupa-rupanya, sisa tulang mangsa runtuhan bangunan lama itu masih
tertinggal di suatu tempat. Sebab itu roh mereka tidak tenteram dan
sering berkeliaran di dalam bangunan itu. Setelah sisa-sisa tulang
mereka dikutip dan ditanam, tiada lagi kejadian pelik atau cerita
mengenai makhluk misteri itu lagi. Rupa-rupanya itulah cerita disebalik
kejadian pelik yang berlaku di dalam bangunan syarikat itu. Akhirnya
misteri enam petang itu telah diselesaikan.

“Sue, ada surat untuk kau,”Syazwa menghulurkan sekeping sampul surat
bewarna coklat bersaiz sederhana kepada Maisura .

“Surat apa ni?”

“Entah! Pangawal kat pondok tu bagi kat aku tapi surat tu ada nama kau.”

“Oh, okey. Terima kasih.”

Maisura membelek-belek sampul surat itu. Entah apa isi yang terkandung di
dalam sampul surat itu. Dia membuka sampul surat itu dengan berhati-hati.

Alangkah terkejutnya Maisura tatkala melihat sekeping potongan akhbar
yang terdapat cerita mengenai keruntuhan bangunan lama yang telah runtuh
beberapa tahun yang lepas. Siapa yang memberikan semua ini kepadanya?
Kenapa dia harus menerima surat itu? Jantungnya berdebar-debar tatkala
itu. Dia mencapai pula sekeping nota yang terdapat dalam sampul surat itu.

“Tanam!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience