BAB 5

Mystery & Detective Completed 474

BARULAHdia mengerti mengapa bangunan itu sering mendapat undangan
daripada makhluk misteri yang selalu berkeliaran di dalam bangunan itu.
Tapak bangunan itu merupakan tapak bangunan lama yang pernah runtuh
beberapa tahun yang lalu. Beratus-ratus orang telah terkorban dalam
kejadian runtuhan itu. Banyak keluarga mangsa yang kehilangan keluarga
mereka.

Encik Khaleed turut menceritakan bahawa ada seorang wanita yang baru
beberapa hari sahaja melahirkan anak telah meninggal dunia akibat
kerutuhan itu. Berita mengenai wanita itu mendapat perhatian daripada
rakyat tempatan dan media massa.

Bangunan lama itu telah runtuh tepat pada pukul enam petang. Setelah
pukul enam petang, pasti bermacam-macam perkara aneh yang akan berlaku
dalam syarikat itu. Mungkin juga sebab daripada peristiwa itu bangunan
syarikat itu akan menjadi bangunan berhantu setelah pukul enam petang.
Misteri enam petang itu perlu diselesaikannya segera.

Lamunan Maisura terhenti tatkala ramai orang sedang kecoh dan berlari ke
suatu tempat. Maisura berasa hairan. Dia turut melangkahkan kakinya
mengikuti langkah orang ramai yang sedang berlari itu. Apa pula yang
sedang berlaku?

Itulah nak sangat balik pukul enam petang. Maisura berasa geram pula
dengan kakitangan syarikat itu yang mahu pulang lewat kerana ingin
mendapatkan kepastian tentang makhluk misteri yang berkeliaran di dalam
bangunan itu. Maisura melhat jam di tangnnya. Pukul enam petang? Hatinya
berdebar-debar.

“Raz, kenapa?”soal Maisura tatkala terserempak dengan Razlan. Razlan juga
tidak melepaskan peluang utuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia pun
sebenarnya tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Yang dia dengar,
ada orang dirasuk tetapi entah betul entah tidak perkara itu.

“Entah! Aku dengar ada orang kena rasuk.”

“Kena rasuk? Itulah pandai-pandai sangat nak balik lambat. Dah tahu
dalam bangunan memang tempat untuk berehat selepas pukul enam
petang,”perli Maisura .

“Dah, jom cepat!” Razlan malas bertekak dengan Maisura .

Dari jauh Maisura melihat ramai orang sedang berkumpul di hadapan lif di
tingkat bawah. Situasi menjadi huru-hara kerana memang ada orang dirasuk
pada waktu itu. Maisura tidak pernah sangka perara itu boleh berlaku pada
waktu itu.

“Tanam! Tanam!”jerit salah seorang daripada tiga orang yang dirasuk itu.

Tanam? Fikiran Maisura bermain-main pada waktu itu. Ya, mimpinya semalam
dan notis tadi seperti ada kena mengena dengan apa yang sedang berlaku
pada waktu itu.

“Raz, aku rasa aku tahu apa yang dia cakap.”

“Hish, kau jangan nak pergi sana. Tak pasal-pasal kau pulak yang kena
rasuk nanti,”larang Razlan.

“Aku dapat mimpi pelik semalam. Tadi pula aku dapat notis pelik, nah kau
tengok ni,”Maisura menghulurkan kertas kecil misteri itu. Razlan
membacanya. Berkerut dahinya melihat tulisan cakar ayam itu.

“Ta…nam? Pelik juga. Jadi, kau nak buat apa. Sekejap lagi ada ustaz nak
datang, tak payahlah pergi dekat sana.”

“Aku nak cuba berkomunikasi,”ujar Maisura lalu laju sahaja kakinya
melangkah mendekati tiga orang yang dirasuk itu. Razlan tidak dapat
berbuat apa-apa lagi. Dia mengekori lanngkah Maisura dari belakang.

“Tanam apa? Apa yang nak ditanam?”soal Maisura . Tiga orang yang dirasuk
itu memandangnya dengan serentak. Seram sejuk Maisura tatkala itu.

“Tanam aku! Kau pergi tanam aku…” ujar salah seorang daripada mereka
yang dirasuk tadi. Selepas itu dia menangis. Maisura tidak mengerti.
Kenapa pula dia menangis? Sungguh Maisura binggung pada waktu itu. Kenapa
dia perlu tanam makhluk itu?

“Buat apa aku nak tanam kau?”soal Maisura lagi. Razlan masih berada di
sisi Maisura .

“Roh aku tak tenang!”garau sahaja suara itu.

“Sue, sudah lah tu. Ustaz dah datang dah.” Razlan membawa Maisura jauh
dari tempat itu. Maisura terpaksa mengikut Razlan. Dia hanya berharap
agar kejadian tentang makhluk misteri itu segera diselesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience