BAB 2

Mystery & Detective Completed 474

“APA?” terkejut Maisura mendengar ucapan Azura itu.

“Semalam Wawa pengsan dalam tandas. Kau kan yang pergi tandas dengan dia
semalam?” soal Azura . Semalam dia menemukan Syazwa yang sedang pengsan
di dalam tandas. Dan yang peliknya, Maisura tidak mengetahuinya.

“Mustahil! Semalam aku sendiri nampak dia keluar dari tandas. Aku siap
tegur dia lagi. Mustahil dia pengsan dalam tandas.”

“Betul! Aku yang suruh Razlan bawa dia pergi hospital semalam. Sampai
sekarang dia tak sedarkan diri lagi. Aku pelik betul! Kalau kau nampak
dia keluar tandas, habis tu kenapa dia boleh pengsan dalam tandas pula?”
Azura sudah pening.

“Mana aku tahu! Tapi… tak ada apa-apalah!” pada waktu itu fikiran Maisura
hanya terlintas satu perkara sahaja iaitu makhluk misteri yang pernah
didengarnya dahulu. Adakah makhluk misteri itu yang menyerupai Syazwa
semalam? Dia tidak pasti tetapi ada kemungkinan perkara itu boleh berlaku.

“Kenapa?”soal Azura . Lamunan Maisura terhenti.

“Wawa masuk hospital mana?” Maisura tidak mengendahkan Azura . Dia perlu
bertemu dengan Syazwa untuk mendapatkan kepastian. Dia juga perlu
membantu Syazwa yang lemah semangat itu.

MAISURA cuba menenangkan Syazwa yang meracau-racau sendirian. Sejak
Syazwa sedarkan diri, dia tidak berhenti menangis. Syazwa seperti berada
dalam ketakutan. Maisura seakan-akan mengerti dengan apa yang dirasai
rakannya itu.

“Sabar,ya? Kau kena kuat, tak boleh terus lemah macam ni. Kalau kau
terus lemah dan takut macam ni, syaitan lagi suka ganggu kau,”nasihat
Maisura . Kasihan pula Maisura melihat Syazwa yang ketakutan itu. Memang
tidak disangka lagi, makhluk misteri itu memang benar-benar wujud di
dalam bangunan syarikatnya itu.

“Tapi aku takut…” Syazwa masih lagi tidak boleh melupakan peritiwa dalam
tandas itu. Dia sendiri telah melihat makhluk misteri yang berwajah
hodoh itu. Mana mungkin dia dapat melupakannya dengan mudah.

“Sabar, Wawa. Kau kena kuat. Aku ada minta tolong daripada kawan lama
aku, dia kenal seorang ustazah ni. Nanti ustazah tu boleh tolong ubatkan
kau. Buat masa sekarang kau amalkan ayat Kursi dengan tiga Qul sebelum
tidur. Kalau kau rasa takut lagi, kau baca ayat ni,” Maisura menghulurkan
sekeping kertas yang terkandung ayat al-quran di dalamnya.

Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau daripada
bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau agar
mereka tidak mendekatiku,” (Al-Mukminun, 23:96-97)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience