BAB 3

Mystery & Detective Completed 474

MAISURA masih lagi tekun menyiapkan tugasannya itu. Sejak dari pagi tadi
dia tidak berhenti menyiapkan kerjanya yang banyak tertangguh. Hari ini
berkemungkinan dia akan pulang pada lewat petang kerana dia perlu
menyiapkan semua kerja yang ditangguhnya itu.

Hari semakin lewat petang. Maisura masih ada sedikit sahaja lagi kerja
yang perlu diselesaikannya sebelum pulang ke rumah. Sepanjang dia
menyiapkan kerjanya itu, ada sahaja perbualan mengenai Syzawa yang
digosipkan oleh kakitangan di dalam syarikat itu. Ada yang kata Syazwa
dirasuk makhluk misteri itu sehingga pengsan. Ada juga yang kata Syazwa
pengsan sebab penat bekerja dan makhuk misteri itu hanya direka-reka
Maisura untuk menakut-nakutkan orang lain.

Maisura tertarik dengan satu cerita yang didengarnya tadi. Ada yang
menyifatkan perkara itu berlaku kerana makhluk misteri itu ingin
memberikan suatu pentunjuk kepada seseorang. Petunjuk apa? Itu dia
kurang pasti. Tetapi benarkah cerita yang didengarnya itu? Ah, semua tu
mengarut, Maisura ! Kau tak patut fikir benda yang bukan-bukan.

Maisura mencapai beg tangannya. Semua kerjanya sudah disiapkan. Jam
hampir menjejak ke angka enam petang. Nasib baik dia sempat menyiapkan
semua kerja sebelum hari berlarutan malam.

“Sue, jom balik sama!”ajak Azura yang berada tidak jauh darinya. Maisura
dapat menduga mengapa Azura mengajaknya pulang bersama. Mereka menuruni
anak tangga memandangkan lif pada waktu itu telah ditutup. Tepat sahaja
pukul enam petang, lif di bangunan syarikat itu pasti akan ditutup.

Mereka kedengaran bunyi orang sedang bermain air semasa berada di
tingkat enam. Kedengaran juga suara seorang perempuan sedang seronok
bermain air dengan seorang budak kecil. Maisura dan Azura memandang
serentak. Bermacam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran mereka
tatkala itu. Mereka ingin tegur tetapi berasa bimbang pula. Jika tidak
tegur, mereka akan dipersalahkan pula kerana bermungkinan suara itu
suara pencuri.

“Assalammualaikum! Siapa tu? Tak balik lagi ke?”Azura menegur dari
jauh. Maisura hanya mendiamkan diri sahaja.

Sunyi.

Tiba-tiba situasi menjadi terlalu senyap. Bunyi air tadi sudah tidak
kedengaran. Azura memandang Maisura yang mengajaknya supaya beredar dari situ. Selepas beberapa kaki Azura melangkah, bunyi air tadi mulai
kedengaran semula. Mereka berasa tidak sedap hati pada ketika itu.
Azura pun agak terkejut tatkala mendengar bunyi air itu.

“Kejar dia, kejar dia…” tiba-tiba kedengaran suara halus seorang budak
dari tandas itu. Azura dengan pantas berlari ke arah Maisura dan mereka
berlari menuruni anak tangan bersama-sama.

“Sue, aku takut…”ujar Azura yang sedang berpeluh-peluh.

Bunyi tapak kaki dari belakang mereka sangat kuat dan semakin hampir
dengan mereka. Seperti bunyi beratusan tapak kaki yang sedang menuruni
anak tangga pada waktu itu.Maisura dengan Azura menuruni anak tangga
dengan lebih pantas.

“Azura , cepat!”

“Sue, aku tak larat aku nak pitam!”ujar Azura cemas. Maisura pula berasa
cemas melihat Azura yang seperti hendak pengsan itu. Maisura memapah
Azura sambil menuruni anak tangga. Mereka semakin hampir dengan pintu
keluar kecil yang terdapat di tingkat bawah sekali. Sebaik sahaja mereka
menutup pintu keluar itu, bunyi ratusan tapak kaki tadi serta-merta
tidak kedengaran lagi. Suasana menjadi sepi begitu juga suasana di luar
bangunan syarikat itu.

Maisura memapah Azura ke dalam kereta. Azura terus pengsan apabila
berada di dalam kereta. Maisura juga agak gerun pada waktu tetapi nasib
baik dia masih kuat. Dalam hati dia berdoa agar dia dilindungi daripada
makhluk misteri itu. Memandangkan tiada orang di sekitar bangunan itu
selain daripada mereka berdua dan dua orang pengawal yang berkawal di
pondok pengawal, Maisura terus memecut keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience