BAB 1

Mystery & Detective Completed 474

SUDAH masuk dua bulan Maisura bekerja di syarikat barunya itu.
Bermacam-macam cerita yang dia dengar tentang syarikat barunya itu. Yang
paling dia tidak suka dengar adalah cerita mengenai makhluk misteri yang
selalu berkeliaran di bangunan sayarikat itu selepas pukul enam petang.
Banyak juga khabar angin yang didengarnya daripada kakitangan dalam
syarikat itu mengenai makhluk misteri yang diceritakan itu. Pernah juga
dia mendengar cerita daripada rakan sekerjanya yang pernah terlihat
seorang wanita berbaju putih sedang menangis di hadapan tandas.

Cerita misteri itu sedikit sebanyak menggangu fikirannya ketika dia
masuk ke dalam tandas. Bukannya dia takut dengan khabar angin itu tetapi
lebih baik berhati-hati sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Sue, teman aku pergi tandas!”ujar Syazwa, rakan sekerjanya. Dia
betul-betul ingin ke tandas pada waktu itu. Syazwa sememangnya lemah
semangat. Dia paling gerun tatkala mendengar khabar angin mengenai
makhluk misteri itu.

“Okey, kejap!” Maisura menutup komputernya memandangkan semua kerja dalam
komputer itu sudah diselesaikannya. Dia pun sebenarnya mahu ke tandas
pada waktu itu. Setelah selesai, mereka melangkah ke tandas yang
berdekatan dengan pejabat mereka.

Maisura mencuci mukanya dengan air di singki kecil di dalam tandas itu.
Entah mengapa jantungnya tiba-tiba berdebar-debar tatkala berada di
dalam tandas itu. Tidak pernah pula dia berasa seperti itu ketika berada
di dalam tandas. Dia melihat jam tangannya. Baru pukul lima petang,
mungkin perasaan aku sahaja. Dia cuba menyedapkan hatinya pada waktu itu.

“Wawa, kau dah habis belum?”tidak ada suara menjawab. “Aku tunggu kat
luar tau! Cepat sikit!”ujar Maisura lagi. Lebih baik dia tunggu rakannya
itu di luar tandas kerana dia berasa tidak sedap hati ketika berada di
dalam tandas itu.

Selang beberapa minit, Syazwa melangkah keluar dari tandas. Mukanya
kelihatan pucat. “Kau okey tak ni? Muka kau pucat semacam je,”ujar
Maisura . Pelik benar dia melihat rakannya itu terdiam seribu bahasa.
Syazwa hanya menganggukkan kepala.

“Aku nak balik sekarang. Kau nak ikut balik sekali tak?”soal Maisura .
Syazwa hanya mengelengkan kepalanya pula.

“Oh, kerja kau tak siap lagi eh? Kau balik dengan Azura kejap lagi kan?”
soal Maisura lagi. Syazwa hanya mengangguk dan tidak bersuara. Syazwa
terus berjalan meninggalkan Maisura di belakang. Pelik benar Maisura
melihat gelagat rakannya itu. Maisura fikir mungkin rakannya itu terlalu
penat bekerja seharian. Mungkin juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience