BAB 1

Romance Completed 779

Raees Aqil gelisah di ruang tamu itu, ibu dan ayahnya asyik berbual
sambil sesekali mengerling padanya. Rancak sungguh mereka berbual, entah
apa yang dibualkan Aqil sendiri tidak pasti. Hatinya terlalu gementar
hingga tidak mampu memasang telinga dan fokus pada perbualan orang
tuanya bersama tuan rumah itu.
Jannah Kasidah membancuh air di dapur, entah mengapa hatinya berdegup
terlalu kencang waktu itu, cawan yang dipegangnya bagaikan hendak
terlepas dari tangan namun Jannah gagahkan jua dirinya untuk menahan
debaran.
“Jannah ! Mari ke sini nak!” suara ibu yang memanggil dari arah ruang
tamu membuatkan Jannah segera membetulkan tudung labuhnya lalu mengatur
langkah.
“Inilah anak saya, Jannah ...” suara ibu yang memperkenalkan Jannah
membuatkan Jannah segera memandang tetamu-tetamunya. Ada tiga orang
kesemuanya, Jannah memandang satu persatu lantas mengukir senyum. Dua
dari mereka agak berusia, namun yang seorang lagi...
‘Subhanallah!’ Aqil menyebut di dalam hati. Matanya terpana memandang
wajah itu, wajah yang seumpama bidadari syurga. Cepat-cepat dia mengalih
pandangan, bimbang syaitan berbisik ke dalam hatinya. Dadanya dirasakan
berdegup lebih kencang,
Jannah sempat mengerling ke arah pemuda di hadapannya itu sekilas. Ada
getar dalam dadanya, usai menghidangkan air minuman dan sedikit kerepek,
Jannah cepat-cepat meminta diri untuk ke belakang semula, segan untuk
berlama di situ. Saat melangkah ke dapur, Jannah rasa bagaikan dirinya
tidak jejak tanah lagi.
“Macam mana bang? Ok tak pilihan saya?” Hajjah Qasidah, ibu Aqil segera
menyoal sambil tersenyum pada suaminya.
“Ish awak ni, tanya saya pulak, macam la awak carikan saya bakal madu
awak. Tanyalah pada tuan empunya badan tu,” Haji Mukhriz segera
memuncungkan bibirnya pada Aqil . Hajjah Qasidah mencubit paha suaminya
membuatkan Haji Mukhriz mengaduh, geram dia mendengar usikan suaminya itu.
Aqil cuma tersenyum mendengar omelan ibu dan ayahnya, tanpa sedar dia
kembali memandang ke arah dapur, mencari kelibat Jannah di situ.
“Ehem, jauh ke dapur nampak,” Hajjah Qasidah bersuara membuatkan Aqil
tersipu, tidak sangka ibunya sedang memerhatikan gelagatnya.
“Jadi macam mana Kak Idah?” Datin Zafura yang cuma memandang sedari tadi
segera bersuara, tidak sabar hendak berbesan dengan rakan karibnya itu.
“Ish kamu ni sabarlah sikit, anak kita tak ada apa, kamu yang lebih,”
Dato’ Mahad tiba-tiba mencelah.
Datin Zafura tersenyum.
“Saya tak sabar nak berbesan dengan Kak Idah. Lagipun Aqil memang
sesuai sangat dengan Jannah kan bang?”
Dato’ Mahad cuma mengangguk.
“Aqil ? Macam mana?” Haji Mukhriz tiba-tiba bersuara.
Aqil terdiam. Wajah setiap insan di hadapannya itu dipandang. Wajah
kedua orang tuanya, juga wajah Dato’ Mahad dan Datin Zafura .
Sedari kecil ibu dan ayahnya tidak menggalakkan dia bercinta, malah
seumur hidupnya Aqil tidak pernah cuba untuk bercinta kerana istilah
cintan cintun memang tiada dalam kamus hidupnya. Baginya cukuplah ibu
dan ayah yang mengenali dan memilih bakal isterinya, dia akan menerima
dengan hati terbuka.
Tapi saat melihat Jannah tadi, entah mengapa hatinya bergetar dengan
laju sekali, gadis itu benar-benar menarik hatinya. Adakah dia insan
yang Allah ciptakan untukku? Aqil terfikir sendiri.
Aqil kembali memandang wajah ibunya. Ibunya menguntum senyum sambil
sabar menanti jawapan Aqil .
“Ibu rasa macam mana?”
Hajjah Qasidah memegang bahu anaknya dan dielus lembut.
“Kalau bagi ibu, Jannah memang sesuai sangat dengan Aqil ... ibu suka
sangat kalau dia jadi menantu ibu.”
Aqil mengangguk seraya memandang wajah Datin Zafura pula.
“Jannah boleh ke terima saya Datin?”
“Pasal Jannah Aqil tak perlu bimbang, dia terima sesiapa saja pilihan
ummi, yang penting, ummi nak dengar persetujuan dari mulut Aqil ,” Datin
Zafura pantas bersuara.
Perlahan Aqil mengangguk.
“Saya setuju, tapi kalau boleh Datin tanyakan pada Jannah dulu, saya
tak mahu dia terpaksa menerima saya. Saya harap dia dapat terima saya
seikhlasnya, bukan kerana paksaan sesiapa. Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda, tiada boleh dikahwinkan perempuan janda, sebelum meminta
pendapatnya, dan tiada boleh dikahwinkan gadis perawan sebelum diminta
keizinannya."
“Kalau macam tu, tunggu kejap ya.”
Datin Zafura segera melangkah ke dapur. Jannah yang sedari tadi
termangu sendiri di meja makan segera bangun saat memandang umminya.
“Ada apa ummi? Mereka dah pulang ke?”
Datin Zafura mengelus wajah anaknya lembut, sudah besar panjang puteri
yang diasuhnya selama ini, sedar tak sedar Jannah sudah mahu dikahwinkan.
“Belum lagi sayang, bakal suami kamu suruh ibu tanyakan pada kamu.”
“Bakal suami? Tak biasa pulak bila mendengar perkataan bakal suami
ummi, Jannah rasa pelik,” Jannah tersenyum memandang umminya. Datin
Zafura turut tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.
“Dia bakal suamimu Jannah , Raees Aqil . Dia sudah bersetuju untuk
menerimamu.”
Jannah terkesima, perlahan dia mengangguk, namun dalam masa yang sama
hatinya bergetar kencang. ‘Dia bersetuju menerimaku? Adakah aku layak
untuk insan sebaiknya Ya Allah?’ hati Jannah bertanya sendiri.
“Namun dia minta ibu tanyakan pada kamu, soal hatimu,” Datin Zafura
menyambung.
“Soal hati Jannah ?”
“Dia suruh ibu tanyakan, Jannah sanggup ke terima dia sebagai
isterinya? Dia tak mahu Jannah terima dia sebab terpaksa.”
Jannah tersenyum. ‘Dia ambil berat tentang perasaan aku,’ hatinya berbisik.
Jannah memegang tangan ibunya.
“Kan ummi dah tahu jawapan Jannah , bila ummi cakap nak jodohkan Jannah
dengan anak kawan ummi pun Jannah dah setuju, jadi tak perlu Jannah
jawab lagi persoalan tu. Lagipun Jannah yakin dengan pilihan ummi, dan
sekarang bila Jannah tengok sendiri pilihan ummi, Jannah pasti pilihan
ummi tepat.”
“Terima kasih sayang.” Datin Zafura mengucup dahi anaknya dengan
linangan air mata. Terharu punya anak yang mendengar kata dan tidak
pernah membantah keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience