BAB 3

Romance Completed 779

Aqil menanti dengan sabar sambil menikmati hidangan yang disediakan di
rumah bakal mertuanya. Hilang seleranya untuk menjamah namun di gagahi
jua, dadanya berdebar menanti jawapan dari Jannah . Dia mahu mendengar
sendiri isi hati Jannah supaya hatinya tenang. Dia tidak mahu
meneruskan semua ini andai Jannah terpaksa menerimanya. Aqil sedar di
dalam hatinya sudah wujud rasa cinta buat Jannah , namun dia tidak
berhak memaksa Jannah merasakan hal yang sama.
Selesai segalanya, mereka meminta diri untuk pulang. Aqil merasa
sedikit kecewa kerana belum mendapat sebarang balasan dari Jannah .
‘Pasti dia merasa terpaksa menerimaku,’ hatinya berfikir sendiri.
Dari kejauhan Aqil melihat seseorang sedang menuruni tangga. ‘Jannah !’
hatinya menjerit. Jannah memanggil seorang budak, anak saudaranya
barangkali dan memberi sesuatu padanya. Budak itu pantas berlari ke arah
Aqil yang sedang memerhatinya dari jauh.
“Abang, mak ngah bagi ni...” budak itu menghulurkan sepucuk surat.
Segera Aqil mencapainya lantas berpaling untuk melihat Jannah kembali,
namun sayang, Jannah telah tiada.
Assalammualaikum w.b.t
Menemui bakal pemilik hatiku, terima kasih atas surat yang dikirimkan
dan terima kasih juga kerana prihatin dengan perasaanku padamu.
Dirimu sudah cukup sempurna bagi diriku jadi janganlah dipuji aku
terlalu tinggi kerana aku jua manusia biasa, hamba Allah yang kerdil di
muka bumi ini. Masih terlalu banyak kekurangan padaku namun dengan
kehadiranmu, aku yakin hidup kita kan lebih sempurna dan saling melengkapi.
Benar kita tidak pernah mengenali sebelum ini, namun itu bukanlah
alasan untuk kita tidak mampu membina rumahtangga yang bahagia bersama,
dengan bimbinganmu, aku yakin segalanya kan dapat dilaksana dengan
sebaiknya.
Sesungguhnya kerendahan hatimu telah menyebabkan rasa cintaku kian
menebal padamu. Janganlah risau tentang perasaanku kerna aku menerimamu
seadanya, kerana Allah.
Semoga dirimu menjadi nakhoda yang terbaik dalam bahtera rumahtangga
yang bakal kita layari nanti.
Aku mencintaimu seikhlas hatiku kerana Allah, Raees Aqil .
Maktubahmu,
Jannah Kasidah .
Aqil terkesima membaca balasan dari Jannah . Hatinya berputik rasa
bahagia yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. ‘Terima kasih Ya
Allah!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience