BAB 4

Romance Completed 779

“Jannah !” suara itu membuatkan Jannah berpaling.
“Jannah kan?” jejaka itu bersuara lagi. Jannah terpinga-pinga saat
memandang jejaka itu.
“Siapa ni?” Jannah bersuara. Jejaka itu cuma ketawa.
“Ni Emmet la, sepupu Jannah ,” Datin Zafura tiba-tiba bersuara.
“Emmet ? Anak Mak Long yang menetap kat UK tu?” Jannah cuba mengingati.
“Hah! Ingat pun,” Emmet bersuara sambil tersenyum.
“Emmet ! Dah lama tak jumpa kan? Hampir 10 tahun rasanya, kenapa
tiba-tiba balik Malaysia?” Jannah laju bersuara.
Datin Zafura cuma tersenyum melihat kedua-dua sepupu itu. “Emmet duduk
dulu ya, Mak Ngah buatkan minuman dulu,” Datin Zafura meminta diri.
Emmet pantas mengangguk.
“Emmet balik Malaysia sebab ada beberapa urusan syarikat di sini, kalau
tak ada hal, nanti Emmet akan uruskan cawangan syarikat abah di
Malaysia,” Emmet kembali menjawab persoalan Jannah .
Jannah mengangguk perlahan. Sepupunya itu sudah besar panjang dan kacak
bergaya, tidak seperti zaman hingusan mereka dulu, Emmet lah kawan
sepermainannya dulu.
“Jannah makin cantik sekarang,” pujian Emmet itu menyebabkan Jannah
tersedar dari lamunan zaman kanak-kanaknya.
“Eh, tak adalah Emmet . Biasa-biasa saja,” Jannah bersuara.
Jannah tergamam saat melihat Emmet merenungnya dalam seperti hendak
ditelan, pantas dia menundukkan pandangan.
“Jannah tahu tak? Emmet ada hajat lain yang menyebabkan Emmet pulang
ke Malaysia...”
Jannah memandang Emmet semula. “Sebab apa?” soalnya.
“Emmet nak melamar Jannah !” Jannah tersentak mendengar jawapan itu.
“Melamar?” Jannah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Ya, walaupun Emmet menetap di UK, tapi Emmet selalu mengikuti
perkembangan Jannah . Emmet selalu tengok gambar Jannah yang Mak Ngah
kirim pada mama. Emmet rasa dah jatuh cinta pada Jannah .”
“Jatuh cinta? Tapi...”
“Tapi apa Jannah ? Kita cuma sepupu, kita boleh berkahwin.”
“Tapi Jannah dah bertunang...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience