BAB 8

Romance Completed 779

Jannah sendirian di dalam kamarnya, kenangan sewaktu dulu kembali
memagut ingatannya. Air matanya mengalir perlahan di pipi.
“Sayang, kenapa menangis ni?” suara itu membuatkan Jannah berpaling.
Aqil tersenyum memandang isterinya itu, perlahan dia mengambil duduk di
sebelah isterinya itu. Wajah Jannah dielus lembut, air mata yang basah
di pipi itu segera diseka.
Jannah merasakan jantungnya berhenti berdenyut saat Aqil berbuat
begitu. Perlahan dia memandang wajah Aqil , pertama kali dia dapat
memandang wajah suaminya itu sedekat ini, wajah Aqil kelihatan segak
dan kemas, tiada sebarang cela dan manis sekali. Saat mata mereka
bertentang, cepat-cepat Jannah menunduk pandangan. Malu masih menguasai
dirinya kerana tidak pernah berada sebegitu dekat dengan mana-mana lelaki.
“Jannah terkenang saat abang bertarung nyawa dulu lepas ditikam
Emmet ,” Jannah meluahkan isi hatinya.
“Jannah ...” Aqil bersuara lembut sambil memegang dagu isterinya dan
didongakkan untuk memandang wajahnya kembali.
“Ya abang...”Jannah membalas malu-malu. Jantungnya kian berdetak laju.
“Terima kasih kerana memberi kekuatan pada abang selama ini.”
Jannah memandang wajah suaminya takut-takut. Perlahan dia cuba mengukir
senyuman.
“Jannah takut sangat masa abang kena tikam, tapi mujur abang kuat
bertahan. Alhamdulillah jodoh kita masih panjang.”
“Ini semua atas kuasa Allah sayang, tapi abang bersyukur sangat kerana
diberikan kesempatan untuk bersama Jannah .”
“Jannah pun bersyukur sebab diberi kesempatan untuk mengenali dan
mencintai abang.”
Aqil tertawa kecil. “Mujur kita bertaaruf kan?”
Jannah mengangguk tanda bersetuju. Kerana taaruf yang diaturkan ibu
bapa merekalah, Jannah dan Aqil dapat bersatu. Jannah merasa begitu
bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik Aqil .
“Taaruf cinta, dari Jannah .”
Jannah tersenyum bahagia. Aqil menghampiri Jannah lantas mengucup
dahi isterinya itu, perlahan dia menarik Jannah dalam pelukannya,
kejap dan lama.
“Abang cintakan Jannah ...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience